me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers
Showing posts with label pet lover. Show all posts
Showing posts with label pet lover. Show all posts

Wednesday, 7 September 2011

kalau xsuka sekalipun jangan sakiti dia ..

assalamualaikum..


sebelum sibuk nak balik beraya di kampung hari tu, mesti ramai antara kita mencari2 tempat yang sesuai dan selamat untuk tinggalkan haiwan peliharaan masing2. yang paling femes sekali mesti lah kucing.

rata2 sanggup keluarkan duit yang banyak setiap bulan untuk grooming, kesihatan segala injection dan vaksin yang patut.jadi kalau boleh nak jugak tempat tinggalnya yang selamat dan sihat


bila cuti panjang bermula, seboleh2nya bagi yang nak berjalan sini sana akan cuba cari jalan terbaik untuk meninggalkan kucing2 ni tanpa rasa risau dan bersalah. yea la kalau dah di tinggalkan aje kucing2 kat rumah tanpa ada manusia berhati mulia tolong bagi makan mesti hati pun xsenang jadinya.



biasanya time ni kita jadi prihatin dengan jiran sebelah rumah. tiba2 jadi berminat nak amik tau dia balik kampung atau x.

hahahahahahaha tu semua taktik nak memudahkan hidup sendiri je. time susah kelam kabut cari jiran. time buat open house untuk ofismate, jiran selang 2 pintu tengok sayu je huhuhuhuhuhu


tapi kali ni bukan nak cerita hal kita yang xnampak jiran. hal yang lebih serius dan sedih ni patut kita jadikan iktibar supaya semua orang boleh fikir panjang dan jangan hanya pentingkan keuntungan semata2.

isu kucing yang didera dengan dibiarkan kelaparan atau bahasa mudahnya kebuluran ni mendapat liputan meluas awal minggu ni. *tiba2 rasa macam ayat yang di copy paste dari paper je hihihihihi.
PetKnode nama syarikat durjana tu. femes la kompeni ni lepas ni. tapi sah2 makin kurang la customer, silap2 hari bulan gulung tikar terus.

kalau ikut apa yang dibaca, syarikat ni bukan ada lesen sah pun untuk mengendalikan haiwan. diorang cuma ada lesen untuk jual makanan haiwan je. tak ke jauh sungguh bezanya tu.. haih ni betul2 otak pikir nak dapat duit je


khabarnya jugak ada kucing2 yang jatuh sakit dan mati sebab dibiarkan kelaparan tanpa diselia selama lebih seminggu. hmmmm,  apa la agaknya alasan diorang buat macam ni kan? mungkin xda staf sebab semua pakat balik kampung sambut raya.. ntahla..



setahu saya, kucing ni antara haiwan kesayangan nabi. besar pahalanya kita berbuat baik dengan kucing. bagi yang xsuka kucing xkira la atas apa alasan sekalipun, jangan la di aniaya kucing2 tu. lepaskan mereka dan mungkin ada manusia lain yang sanggup mengambil berat




p/s : dengarnya owner sykt tu dah minta maaf tapi xmendapat respon yg baik di fb mereka.. :(




xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...