me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 21 February 2011

biar dia meneroka kerana itu baik untuk perkembangan akalnya ~

assalamualaikum ..
seronok baca blog kawan2 tadi. macam2 cerita menarik yang di share bersama. sampai kat satu blog ni   **x ingat blog siapa, minta maaf banyak yea tuan punya blog. credit to her n3



leka membaca tiba2 sofia jerit 'mama, cat.. cat ' ooohhh dia dah nampak dulu gambar kucing comel dalam n3 tu.. lama juga dia tengok je kat skrin tu sambil tiru bunyi 'cat'. banyak jugak gambar yang empunya blog post kat situ. saya layankan aje sofia tengok puas2 gambar kucing tu
sekali lagi mohon maaf pada tuan punya blog sebab ambil gambar dari n3 beliau.. terima kasih..


ok n3 saya hari ni ialah nak bercerita sikit tentang perkembangan anak2 kecil kita. saya bukan lah pakar tapi sekadar berkongsi pengetahuan yang saya dapat dari rakan2 blog yang lain serta dari pembacaan melaui majalah dan lain2 sumber

kita biasa melihat situasi anak2 yang sedang leka bermain terus terdiam seketika sebaik ditegah oleh ibu/bapa/penjaga dengan nada keras.. contohnya, 'jangan main pasir, kotor la'..'jangan main air nanti jatuh'..
melalui pembacaan, kerap di ingatkan kepada ibu bapa atau penjaga agar tidak menghalang anak bermain asalkan pemantauan dibuat sepanjang masa

maksudnya, biarkan saja mereka bermain sama ada dengan membina istana pasir di pantai, bermain air di halaman rumah atau lain2 permainan asalkan ada orang dewasa yang menemani di sekitar mereka

selagi mereka tidak memasukkan pasir kedalam mulut atau menyentuh peralatan eletrik dengan tangan basah contohnya, biarkan mereka terus meneroka. melalui penerokaan itu, anak kecil belajar mengenal bahaya atau masalah di atas tindakan mereka. mereka akan lebih ingat bila kita menjelaskan bahawa tangan basah yang menyentuh peralatan eletrik adalah merbahaya daripada kita awal2 menegah mereka bermain air. anak2 yang sering ditegur sebelum mereka membuat sesuatu sedikit sebanyak membantutkan proses pembelajaran

selain tu, elakkan menggunakan perkataan 'jangan' dengan kerap atau lebih baik jika dapat menggantikan perkataan lain di awal setiap ayat.
contohnya, jika sebelum ni 'jangan pergi sana, nanti jatuh' cuba kita ganti dengan 'jalan kat situ licin, kalau nak lalu kena jalan elok2 tau..' guna ayat yang mudah untuk si anak faham. mudah2an bila anak faham, mereka akan ingat dan elakkan dari buat yg sebaliknya





saya biarkan sofia explore apa yang dia nak. dalam masa yg sama saya pastikan tak ada alatan berbahaya berdekatan .. selain tu kena kerap ingatkan sofia supaya x terlalu dekat dengan skrin tv atau laptop.

memang ada masanya sekali dua tegur belum ada kesan, jangan putus asa. ulang2 nasihat selalu


selain tu, sofia suka tolak basikal keliling rumah. masa tu dia belum tahu macam mana nak naik dan duduk kat seat basikal. biasa sangat kaki kena tindih dengan tayar basikal.



lepas tu, saya ajar cara nak naik basikal dan duduk dgn betul. kaki nya belum sampai pedal jadi pandai2 je dia tukar dan letak kat tayar belakang. saya biarkan dulu kalau basikal x bergerak. sblm saya tolak basikal saya bgtau dia untuk ubah kaki supaya x sakit kena tayar.

nak tegur atau ajar anak2 kecik ni kena tunggu mood yang sesuai. jadi lepas ni boleh la kita pakat2 bawak anak main dan biar dia meneroka sepuasnya   :p




xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...