me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday, 21 May 2011

jom tengok nur kasih the movie ~ .. en gie say no no no :(

assalamualaikum..


melayan kecewa tak dapat tengok nur kasih the movie .. blogwalking merata baca review orang lain hehehehe at least dapat gak faham sket jalan cerita dia :) tq cik epal yang rajin update blog dia .. maka dapatlah manusia2 seperti saya ni tersenyum sebab dah dapat clue cerita yang xdapat nak ditonton :)



nur amina yang cantikkk .. sweet dan sopan :)
 

mia pun ada :) best2!
romantiknya ..
keluarga nur kasih ..
wondering apa jadi kat watak siti sarah.. yang buat saya geram masa tgk dia kat drama nur kasih dulu.. ada lagi ke watak dia kali ni?.. erm ntah la kena tanya orang yang dah tengok.. anybody?



itu saje, saya dalam mood yang terbuai2..




xoxo

Friday, 20 May 2011

bila semakin sibuk dan banyak tanggung jawab kita perlu bersiap seringkas mungkin .. tapi tetap sweet :)

assalamualaikum...


semakin hari saya rasa makin semput nak bersiap. mana dengan nak iron shawl, siapkan anak, siapkan baju suami.. last2 saya paling sempoi sampai baju pun x iron! main kibas2 lebih kurang je.. erm ok nih xkedut sangat :p


tergerak hati nak mencuba fesyen bertudung yang dah lama ketinggalan tapi masih menarik dengan macam2 pembaharuan warna, teknik dan corak tudung. yea, dulu saya xberminat tengok orang pakai tudung syria sebab pelik dengan inner yang melekap rapat kat dahi. dalam hati dok ulang cakap iskhh kalau saya yang pakai harus buruk rupa..

sampai la bila dah mula terjebak dengan inner cotton, saya tertarik nak cuba tudung syria. bila dah cuba, puas hati sangat rasanya. sebab inner cotton boleh dibentuk sesuai dengan bentuk muka. jadi xda dah masalah pipi yang teserlah ketembamannya hihhihihhhiihihihihi

cara nak pakai pun mudah sangat. pakai inner.. sesuaikan dengan muka. sarung outer syria. adjust sana sini.. dah siap .. best!



cth tudung syria yang chumell.. sengaja pilih pic ni padahal ada je gambar model2 ayu tapi takut kena bayar pulak sebab guna muka diorang tempek kat sini hihihihihihihi


cantik jer.. simple plus fleksibel ehh yea ke? entah... hahahahaha



inner yang pelbagai warna.. boleh disesuaikan mengikut warna baju. pilihan terbaik buat saya yang cuma ada 1 outer syria hitam.. kesiankan? xpe nanti saya tambah koleksi lagi hehehehehehe

saya yang bertudung syria.. selesa ber outing dengan anak kecik yang suka tarik tudung mamanya.. :p


maka misi saya sekarang ialah menambah koleksi tudung syria hehehehehehe.. dah ada beberapa blog dan page di fb yang dikenalpasti. tunggu nak terjah je :)


p/s: apa gaya anda? mind to share?...



xoxo
   

Thursday, 19 May 2011

nursing strike ~ bila si bayi menolak penyusuan susu ibu ...

assalamualaikum..

terpanggil untuk berkongsi ilmu mengenai satu lagi topik yang berkait rapat dengan penyusuan susu ibu. iaitu nursing strike..? apakah?,..

nursing strike ialah satu keadaan bila si bayi menolak untuk menyusu susu ibu. 'a baby refuses to breastfeed'
ok, dapat x maksud nya? jangan risau teruskan membaca supaya kita sama2 faham dan seterusnya dapat mengelakkan masalah ini berlaku atau berulang :)

masalah ini berlaku bukan pada hari pertama bayi dilahirkan yang mana bayi masih baru dan sedang belajar menyusu dan tidak berjaya.. tidak tidak tidak.. no no no
nursing strike 'melanda' kepada bayi yang telah menyusu selama beberapa bulan dan tiba2 tanpa satu sebab yang anda sedar atau tahu, bayi menolak untuk menyusu susu ibu.


kebiasaan ibu akan mula membuat andaian ada yang tak kena dengan susu ibu atau bayi yang tidak selesa dengan posisi penyusuan. mungkin ya atau mungkin juga tidak.. terus membaca :)


terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan penolakan susu ibu atau nursing strike iaitu ..

  1. ear infection @ jangkitan dalam telinga. cuba perhatikan kalau2 bayi hanya mengiring pada sebelah sisi setiap masa. kemungkinan jangkitan pada telinga menyebabkan rasa sakit atau tekanan ketika menyusu
  2. mouth pain from teething or cold sore.
  3. stuffy nose
  4. anak yang lebih tua dan masih menyusu secara tidak sengaja menggigit payudara ibu menyebabkan puting luka dan si ibu menjerit kesakitan. si bayi akan menolak untuk menyusu apabila anda menjerit setiap kali si bayi menggigit puting payudara anda
  5. penggunaan botol susu dan pacifier boleh mendorong penolakan bayi kepada penyusuan susu ibu. daya hisapan pada puting botol susu berbeza dari puting payudara si ibu. susu dari botol yang sangat mudah mengalir menyebabkan bayi 'malas' berbeza apabila bayi menyusu susu ibu, mereka perlu menghisap dengan lebih 'kuat' untuk mengeluarkan susu. latihan menghisap ini juga bagus untuk membentuk rahang yang kuat .. bagus kan? kerana itu ibu tidak digalakkan mengguna botol susu dan puting kosong atau pacifier
  6. pengambilan ubat oleh ibu yang menyusu. ubat2 yang diambil sedikit sebanyak mengubah 'rasa' susu itu sendiri. penggunaan nipple cream juga mengganggu 'rasa' tersebut
  7. perubahan rutin penyusuan. bayi yang biasa menyusu terus dari payudara akan merasakan perbezaan apabila si ibu kembali bekerja. dimana pada waktu bekerja bayi disua susu ibu melalui botol atau lebih parah apabila ditukar kepada susu formula. perubahan ini menyebabkan bayi keliru. selain itu ibu yang berjauhan dari bayi dalam tempoh pendek juga mendorong bayi menolak susu ibu

sebelum anda mengambil sebarang keputusan untuk mencuba mana2 langkah, kenal pasti punca yang menyebabkan bayi tidak mahu menyusu susu ibu. nursing strike mungkin berlaku untuk 2 ke 5 hari atau lebih.. apa yang paling penting ialah bersabar dan terus memujuk bayi untuk menyusu susu ibu. kerapkan sentuhan kulit ke kulit seperti pesan kak sue hehehehehe supaya bayi 'kenal' dengan sentuhan dan bau ibu agar dia tahu kita si ibu always there to support them

jangan paksa bayi jika dia kembali menyusu tetapi dalam hanya sekejap. selagi dia menyusu apabila dia lapar, itu sudah mencukupi untuk langkah pertama ke arah kebaikan. bersabar dan teruskan penyusuan susu ibu. kebaikan yang terkandung dalam susu ibu terlalu banyak dan tak perlu diragui lagi ..




p/s : salam sayang buat semua yang menyusukan anak mereka dan kamu juga!


xoxo




Wednesday, 18 May 2011

kaitan kebaikan susu ibu & perkembangan anak by the founder of lunatots ~ acik sue :)

assalamualaikum ..


saje belek2 n3 lama tiba2 terbaca di sini .. ~ alamak terlupa sangat2 nak share pasal entry kak sue tu. kesian pulak 'kalau' ada yang mencari sambungan n3 tersebut di blog ni. tu pun kalau ada hihihihihi


memandangkan saya dah diberi keizinan untuk share ilmu penting lagi berguna ni maka dengan besar hatinya saya copy paste sedikit info dari blog kak sue.. antara point penting yang sangat menarik minat saya untuk terus membaca ialah


Antara kebaikan susu ibu untuk bayi mengikut sumber kajian ialah:



1. Bayi yang disusukan dengan susu ibu kurang mengalami risiko kematian akibat diarrhea (cirit birit) berbanding bayi yang disusukan dengan susu formula (bagi usia seawal 12 bulan pertamanya)


2. Susu ibu juga membantu mengurangkan risiko penyakit Haemophilus Influenza bagi bayi berusia dibawah 6 bulan.


3. Susu ibu memindahkan antibodi yang dibina oleh badan ibu kepada bayi yang membantu memberikannya perlindungan awal daripada penyakit.


bayi yang menyusu susu ibu lebih baik perkembangan nya

selain tu, terdapat tambahan info berkenaan kebaikan susu ibu iaitu


Kebaikan menyusukan anak kepada ibu tidak kurang menariknya:



1. Mengurangkan risiko kanser rahim, kanser payudara dan kanser serviks.


2. Memberikan ketenangan dan mood yang lebih baik. Hormon yang dihasilkan semasa menyusukan anak akan menyebabkan ibu berasa gembira dan tenang. Ini dapat membantu mengurangkan masalah sindrom kemurungan selepas bersalin.


3. Mengurangkan berat badan. Penyusuan susu ibu amat membantu ibu membakar lemak dengan cara menukarkannya kepada susu ibu yang berkhasiat. Ianya diet yang mudah berbanding senaman diluar rumah.



maklumat lebih lanjut tentang kebaikan susu ibu boleh baca disini .. dari n3 kak sue sendiri. tq kak sue :)

sekadar berkongsi pengalaman sendiri bila saya mengusulkan kepada rakan2 untuk menyusukan anak selepas bersalin dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun, ragamnya pelbagai.. ada yang awal2 menolak sekerasnya dengan alasan nanti susah bila mula bekerja, takut susu x ada  atau x cukup dll

lebih banyak alasan dari azam untuk mencuba.. cuba lah ibu2, anda xrugi apa2 sebaliknya jauh lebih banyak mendatangkan kebaikan buat anda dan bayi .. its a win win situation :)

dah namanya baby, mana reti bercakap kan?.. menangis aje la 'cara' dia berkomunikasi
apa lagi yang seorang bayi boleh buat selain menangis dan tidur?.. memang menangis ialah salah satu cara bayi 'memberitahu' sesuatu kepada penjaganya. kalau anak masih menangis selepas disusukan, cuba ikut langkah2 di bawah ~

  1. periksa lampin bayi.. mungkin dia x selesa kerana lampin nya lencun atau dia baru selesai 'melepaskan hajat'
  2. pastikan suhu sekeliling menyelesakan. tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. satu fakta penting, ada kalanya suhu bilik berbeza penerimaannya bagi orang dewasa dan bayi. jadi sesuaikanlah mengikut keperluan kedua pihak
  3. perhatikan jika terdapat sebarang tanda bayi dalam kesakitan.. sapu minyak pada perut, tapak kaki dan belakang betis bagi mengelak kembung dan sejuk selepas mandi. atau mungkin bayi di gigit semut atau nyamuk..
  4. cara penyusuan yang betul dan menyelesakan .. mungkin posisi penyusuan kurang menyelesakan ibu yang memaksa si ibu menghentikan proses menyusu lebih awal. jadi ubahlah posisi penyusuan sama ada duduk atau berbaring. pastikan bayi melekap dengan baik ke payudara ibu
  5. bawa bayi berjalan sambil mendodoikan nya, pujuk bayi dengan zikir dan selawat. siapa tahu bayi anda mungkin mahu 'merasa' tidur dalam pangkuan atau pelukan ibu nya

teruskan berusaha mengenali ciri2 pada bayi kita. setiap hari adalah berbeza. mungkin hari ini kita menyenanginya kerana dia x meragam, tapi mungkin esok dia menunjukkan sikap yang lain. bersabarlah wahai ibu..


jadi jangan salahkan susu ibu yang tidak cukup kalau si ibu sendiri tak yakin dengan kemapuan tubuh badan sendiri.
bagi mereka2 yang memberi alasan 'susah nanti nak pergi keje' 'leceh nak pam waktu keje' .. banyak kemudahan tersedia sekarang. pam susu yang pelbagai jenama dan harga mengikut kemampuan. pilih mana yang berkenan. hari ini ramai yang dah mula faham dan sedar tentang kebaikan susu ibu, termasuk lah majikan lelaki. berterus terang dengan rakan sekerja dan majikan, kalau ada yang mengahalang niat suci si ibu dia memang zalim!

selain dari langkah2 diatas, banyak lagi cara penyelesaian yang boleh di dapati melaui pembacaan dan bertanya pada yang pakar. kalau ada alasan lagi, memang sah dia x mahu menyusukan anaknya, terpulanglah... kasihan si anak :(

yang paling penting harus kita ingat penyusuan susu ibu berdasarkan konsep 'demand and supply'.. kalau si bayi awal2 dah disumbat botol susu, maaf la memang pengaliran susu badan boleh terjejas. rugi kan? dah ada sumber yang percuma tapi rata2 sanggup membayar berpuluh ringgit setiap bulan untuk setin susu .. aduhai ibu!.. ada penjaga yang awal2 dah beli botol susu berbotol2 sambil survey jenama susu terbaik sedangkan bayi masih didalam.. masih mengandung lah tu

niat dari awal, saya nak menyusukan bayi saya sebaik dilahirkan.. bukannya asyik bertanya rakan dan saudara 'susu formula jenama apa yang bagus yea?' 'susu yang mahal bagus ke?' .. dll


panjang n3 saya hari ni kerana nak berkongsi ilmu dengan semua ibu dan bakal ibu. maaf kalau ada yang kurang senang dengan penyampaian saya. ini lah saya, .. baik itu dari Dia, dan buruk serta kasar itu saya :) mudah2an ada ibu yang sebelum ni berniat nak berhenti menyusukan baby sebaik habis pantang tapi setelah baca kebaikan2 yang kak sue list kan diatas terus ubah fikiran.. alhamdulillah!

suka biar sofia menyusu sampai terlena .. bahagia tengok dia tidur dengan perut yang kenyang dengan khasiat semula jadi dari badan mama nya sendiri

 
penyusuan susu ibu secara ekslusif ialah sejak bayi lahir sehinggan berusia 6 bulan. dalam tempoh itu bayi tidak diberi sebarang minuman lain termasuk lah air masak dan makanan bayi. sebaiknya penyusuan diteruskan sehingga bayi mencecah umur 2 tahun. perkenalkan makanan pejal mengikut peningkatan umur. susu ibu masih diteruskan sesuai mengikut keperluan pertumbuhan dan di tambah dengan nutrien dan khasiat dari makanan lain.


p/s : segala pendapat dan pengetahuan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri serta dari sumber pembacaan melainkan seperti di tulis.. segala kesilapan atau masalah berkaitan penulisan amat dikesali




tq for reading!



xoxo

Tuesday, 17 May 2011

mencari menu ~ mr google sila tolong saya :)

assalamualaikum..

teruja untuk berpiknik part 2 hujung minggu ni. insya Allah kalau tiada aral melintang, cuaca mengizinkan kesihatan baik maka boleh la kita makan2 di tepi pantai yeay! best wooo.. dengan angin yang sepoi2, walaupun cuaca cerah tapi xterasa panas pun sebab berlepak2 di bawah pokok disamping angin laut yang setia bertiup hihihihihihihhi ayat macam nak karang novel

oleh kerana keterujaan itu, maka saya berusaha keras menyenaraikan keperluan penting untuk di bawa bersama. xseronok la kalau dah sampai nanti baru sedar ehh ini xda tu xbawak.. erm rosak plan nanti



antara keperluan penting yang dah terbayang2 sejak siang tadi ialah ..

    tikar .. last week tikar yg dibawa alahai muat 2 adult duduk je. mujur saya yg prihatin ni bawa kain alas besar maka dapat la semua orang menumpang duduk hihihihi cantik cth tikar nya purple gitu








kalau dapat salah satu set ni confirm makin rajin gi piknik hehehehehe  comel ehh purple plak tu :)


Sun Busters One-Piece Swim Suit - Baby Girl's Long Sleeve
nak baju ni untuk sofia boleh?.. hhiiiiii



dan ini antara pilihan resepi yang boleh dan sesuai untuk berkelah aka picnic .. jom jenguk2 sambil buat pilihan berdasarkan bahan yang mudah dan xbanyak kerja hehehehe nak senang jer :p

  • ayam goreng ala kfc
  • sandwich pelbagai rasa
  • sosej dan nugget
  • keropok ikan / keropok sayur
  • bbq ~ yang ni memang on list.. 


 



setakat ni hanya 2 jenis menu yang saya rasa sanggup nak buat. mungkin esok lusa akan bertambah atau bertukar :) sebolehnya saya nak elakkan menu biasa seperti nasi goreng, nasi berlauk, mee, bihun dll. nak yang simple2 tapi confirm laku hehehehehe maklum la berpiknik dengan anak kecil xsama tau.. lebih baik spend masa dengan anak sebab bukan selalu ke situ. itu pendapat saya la. kalau berbeza pendapat mungkin boleh share kat ruang comment nanti ..? shall we? :)




p/s : terbang sekejap ke mesra.net cari resepi makaroni heheheheheehe




xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...