assalamualaikum ..
cuti sekolah yang penuh dengan undangan kahwin sana sini. jauh atau dekat, dewan atau rumah. kalau dah dijemput maka seboleh2nya nak kena pergi juga
SOALAN: Dalam kehidupan bermasyarakat, kita selalu mendapat jemputan kenduri kahwin. Kadang-kadang dalam sehari, dua atau tiga jemputan diterima terutama pada musim cuti sekolah. Apakah hukum menghadiri kenduri kahwin?
JAWAPAN: Dalam ajaran Islam, menghadiri majlis kenduri perkahwinan, jika dijemput, adalah satu kewajipan. Berdasarkan hadis Rasulullah, kalangan ulama menghuraikan dengan panjang lebar mengenai jenis kenduri dan hukum menghadirinya sama ada wajib, makruh, haram atau harus.
Pada umumnya, kenduri terbahagi kepada dua jenis, iaitu kenduri kahwin dan bukan kenduri kahwin seperti kenduri atau jamuan kesyukuran atau jamuan hari raya.
Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:
"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."
Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib.
Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.
Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.
Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.
Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.
Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.
Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.
Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.
Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.
Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.
Dengan menghadiri jemputan itu, kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim serta dapat menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, bantu membantu dan mengukuhkan perpaduan sesama kita.
Kalau dalam sehari ada dua tiga jemputan, seboleh-bolehnya hendaklah menghadiri jemputan itu. Kalau tidak, hendaklah hadir ke majlis jemputan yang lebih awal diterima.
kami di majlis kahwin. tema kami anak beranak purple pink :) amboii kami pun nak ada tema jugak tau
turut serta dlm majlis makan2 ialah aki berbaju putih di belakang, opah dan acu tiada dlm gambar
cuaca panas terik ketika kami sampai rupa2nya petang tu hujan lebat. alhamdulillah hujan penutup majlis hihihihii senang nak buat kerja2 pembersihan kan? air free hehehehehe
sofia dengan 'hand fan tiger' nya ..mama tumpang sekali. tu la, sapa suruh pakai jubah hitam tengah2 hari? xpe2 yang penting ada style .. eheheh
kami makan laksa je sebab dah kenyang pulun nasi beriyani kat kenduri taman rumah kul 12 tadi. sekadar jeling2 lauk yang dihidang, not bad.. kalau lapar sangat confirm habis jugak kan?..
flower girl to be :) good girl posing baik je dalam bilik pengantin
*gambar kuranggg memuaskan sebab lighting yang kuranggggg baik. snap by 5800 xpressmusic
deco yaang simple dan menarik. combination warna yang sesuai dengan citarasa mama flower girl to be ..
lepas dah snap gambar baru perasan yang bantal nya masya Allah berselerak.. haiiihhh posing sakan yea pengantin nye? oppppssss *
walaupun begitu, abaikan bantal2 tu. mama flower girl to be tetap nak posing juga.. alahai gelap gile pic ni kan? xdan nak edit apa pun.. xpe2 anda boleh scroll ke atas balik untuk tengok muka saya yang xlapuk dek cuaca tu hehehehe
itu saje aktiviti hari ni ~ makan dan makan
balik pun lambat sebab cuaca yang tidak mengizinkan kami cabut lebih awal :)
p/s : terima kasih yea tuan rumah.. nanti jemput lagi hihihihi
xoxo
No comments:
Post a Comment