me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday, 27 August 2011

mood raya sudah mari ..

si comel manis posing baju baru kat dapur .. hihihihihihi





assalamualaikum ..


sekejap sungguh rasa bulan ramadhan tahun ni. rasanya macam baru semalam gigih kunci jam pukul 4 pagi sebab nak gerak en suami yang bersahur berjauhan. tapi dari 1 pagi dah asyik terjaga lepas tu belek hp tengok jam. takut kalau xdengar bunyi alarm.


selang seminggu dapat berpuasa bersama, setiap pagi berlatih kejut en suami bangun tidur dengan suara yang kontrol perlahan sebab xnak bagi anak terjaga dan kacau masa mama nak tambah nasi makan sahur.


berkat doa saya supaya dapat bersahur setiap pagi, alhamdulillah saya xpernah miss waktu sahur. gumbira hati berbunga2 dapat pahala sunat bangun bersahur di pagi hari walaupun pernah sekali terjaga nak pergi toilet tengok jam dah pukul 5. makan nasi dengan lauk sejuk dalam kuali sambil fikir apa motif tinggal lauk dalam kuali siap2 supaya xkelam kabut tapi still tak panaskan pun huhuhuhuhuhuhu


kalau xda aral, saya teringin nak ganti puasa dalam bulan syawal. dalam hati dok kalut berfikir nak makan itu ini sambil jeling2 laksa, bihun sup atau nasi tomato masa pegi beraya nanti. nafsu qadha' makan lebih tebal berbanding nak tunaikan yang wajib iskhhhhh..




menerai @ men'try' baju kurung baru baki kain baju nikah mama 3 tahun yang lalu






 p/s : berapa pasang baju raya tahun ni?







xoxo




















Friday, 26 August 2011

assalamualaikum..

salam aidilfitri buat semua. kepada bloggers yang sudi singgah setiap hari mahupun selang 2 3 hari, saya doakan semoga semuanya baik2 belaka.

tinggal lebih kurang 4 hari nak sambut 1 syawal tapi saya masih belum ada mood nak mengupdate status fb dengan ucapan selamat hari raya. jauh sekali nak send application kad raya tru fb mahupun sms. jujurnya semangat raya masih xkunjung tiba. xpasti kenapa..


insya Allah kalau xda aral hari ni saya balik ke rumah kakak ipar. ayah mertua tinggal di situ. cadangnya nak berpuasa sehari dua sebelum ke rumah mak mertua sambut raya di sana. belum apa2 saya dah lelah mengemas baju. bukan senang nak kumpul, pilih, lipat dan susun baju kami bertiga dalam beg molek2. kalau boleh nak elakkan dengar ayat, 'ehh baju tu xbawak ke?' 'ala tudung xmatch la pulak..' hihihhihihihihi

saya update n3 sambil sofia menyusu. gigih saya mengemas bilik. tukar cadar baru *ehh baru ke?


ok lah, nak bersiap2 ke sana. insya Allah saya update lagi nanti. raya hebat2 mana pun tapi azam kuat xnak miss update n3. hahahahahahaha

semoga semua selamat sampai, insya Allah :)




xoxo

Thursday, 25 August 2011

spontaneous thursday : bacaan ketika duduk di antara dua sujud

assalamualaikum...


Ya Allah, ampunilah daku      (rabbighfirlii).
Rahmatilah daku                  (warhamnii),
kayakan daku                    (wajburnii),
angkatlah darjatku            (warfa'nii),
rezekikan daku                  (warzuqni),
berilah aku hidayah          (wahdini),
sihatkanlah daku dan        (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku          (wa'fu 'annii).




doa ringkas yang sangat besar maksudnya..
sumber copy paste dari sini



wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...