me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 18 February 2011

Day 18 ~ 5 things that irritate me about opposite sex ..

assalamualaikum..


pengumuman penting! sebelum terus ke senarai, saya minta maaf kalau pendapat saya xdipersetujui mana2 pihak yea.. sekadar menyuarakan pandangan saya. jauh sekali menghentam kaum adam. nak hentam2 pun, seorang wanita tetap memerlukan lelaki sebagai pelengkap hidup. peaceeee!

jom cepat2 ke senarai berikut ..* harus secepat kilat sebab sofia dah tarik2 ajak masuk tido*


1 ~ kurang selesa melihat si lelaki berjalan jauh di depan. biasa berlaku pada pasangan suami isteri lah ni.. si isteri jenuh mengawal anak2 sambil tolak troli barang sementara si suami berjalan dengan bahagia sambil tangan bersilang di belakang

*xpatut tau.. apa salahnya amik tanggung jawab sorang satu kan?.. kalau xnak bawa barang, mungkin boleh tolak stroller, dukung atau pegang tangan anak..

p/s: en gie, saya harap anda akan kekal prihatin sampai bila2. tenkiu :p




2 ~ tidak sensitif .. bukan bermaksud harus nangis teresak2 masa tengok panggung sabtu yea :p tapi lebih kepada mengesan perubahan perasaan orang lain amnya dan wanita khususnya hihihi selain tu perlu peka pada perubahan/perbezaan fizikal pasangan. kalau si isteri balik dengan potongan rambut baru, tegur la atau puji sikit pun dah sangat membahagiakan wanita.
jangan tunggu pasangan bersuara meminta tolong menguruskan rumah atau anak2. sambil layan tv lepas makan malam, jenguk2 kalau diapers anak perlu di tukar, kutip pinggan mangkuk yang perlu dibasuh. kalau x basuh pun tlg letak dlm sinki pun dah banyak membantu..

 hehehehehe


3 ~ ego .. sekali sekala mengaku anda memerlukan pasangan anda, apa salahnya kan? dah terang2 hidup serba gundah gulana bila isteri balik kampung seminggu.
cari stokin x jumpa, stok baju bersih habis, balik kerja penat2 kena keluar cari kedai makan, bangun lewat sebab xda orang nak tolong gerak hahahaha
sesekali tunjuk penghargaan pada pasangan kan bagus.. kata2 lebih bermakna dari bunga berkuntum2 :p tapi kalau nak bagi juga, terima kasih banyak2 :D


4 ~ tidak mementingkan kebersihan .. yea lelaki2 diluar sana sila check kuku anda sekarang. kalau rasa2 dah panjang+hitam sebab baiki rantai basikal petang tadi sila la potong dan bersihkan yaaaaaa... point kedua kena minta maaf banyak2 dulu kalau agak sensitip; sila kemaskan bahagian ketiak *euwww paham sendiri lah yea. selain mengundang pemandangan yang membuat orang lain geli geleman, ia juga boleh mengundang bau2an yang jelas xwangi!

p/s : pernah berlaku situasi di swimming pool tuuuuut .. ada sorang mamat cina dengan selamba mandi x berbaju sambil main bola dalam pool. terserlah la bulu2 yang xpatut ditayang pada umum.. huishhh loya sekejap! saya sampai sekarang pelik dan xfaham2 kenapa ada segolongan manusia yang malasssssss nak jaga kebersihan / kekemasan di bhgn ketiak

same goes to janggut/misai/dll. kalau susah sangat, xpayah berangan nak simpan janggut/misai macam orang lain..

... xmo letak sebarang gambar.. geli!


5 ~ apa lagi yea? .. alahai lupa plak. tadi macam banyak sangat nak disenaraikan haihhh ..

last but not least~ lelaki yang tinggal anak bini sebab perempuan lain.. xkira la apa alasan anda sama ada isteri x izin kawin dua ke, kesian ke, aniaya sekalipun. cuba duduk dan bertenang sekejap lepas tu ingat balik siapa yang bersusah payah bertarung nyawa lahirkan anak2, bersengkang mata siapkan urusan rumah dan sediakan makan minum tepat pada masa, berjaga malam ketika anda mengadu demam, memicit kaki anda yang lenguh dll. dan kini semudah tu aje, anda beralih kepada orang lain?.. besar mana pengorbanan bakal pasangan sampai boleh tolak anak bini ke tepi? haiiihhh emo sekejap!

sebab isteri sekarang dah xcantik macam dulu2? badan dah berubah saiz? isteri lebih banyak melayan keperluan anak?.. hadoiii buka mata la, semua benda akan berubah satu hari nanti

pahammmm?....

amboiiii garang sungguh penutup n3 malam ni. hahahahaha


p/s : terima kasih daun keladi tu en google.. lain kali saya copy lagi  :)

Thursday, 17 February 2011

Day 17 ~ how you hope your future will be like ..

assalamualaikum...

bercakap pasal harapan masa depan, saya meletakkan keutamaan untuk melihat kebahagiaan orang tersayang.. mereka keutamaan saya. kalapun tidak dizahirkan dengan wang ringgit dan harta tapi mereka sentiasa ada dalam doa saya .. insya Allah


gembiranya saya kalau pada ketika tu nanti, abang sudah bekerja tetap dan bergaji lumayan .. hahaha perlukah? dan paling penting bekerja mengikut office hour!

huuuu penat tunggu abg balik kerja tiap2 hari tau. selalu sampai rumah pukul 7.30 mlm. jarang dapat keluar jalan2 petang hari bekerja. banyak urusan kena tunggu hari cuti iaitu ahad jer..

selain tu, saya mohon pada Allah semoga abg sihat dan kuat sebab abg pelindung buat bee dan sofia :) we need you!

p/s: mudah2an abg dapat stop smoking satu hari nanti ....


mama harap sangat nanti dapat hantar sofia ke sekolah yg terbaik..

semoga sofia membesar menjadi anak yang sihat, bijak, solehah dan pandai membawa diri. mungkin mama xmampu beri kemewahan tapi kalau soal pendidikan, apa pun sanggup mama tunaikan... insya Allah




saya yakin akan dapat jugak lesen kereta 1 hari nanti.. bersemangat nih!.. kemudahan tu akan di gunakan untuk hantar dan ambil sofia dari sekolah.. selain tu, boleh beli keperluan2 dapur, xpyh tunggu en suami. weekend blh dgunakan untuk aktiviti riadah sekeluarga termasuk shoppinggggggg hihihiiiii


teringin nak buat family trip at least once a year..  boleh gi kutip stoberi hihihi


xsemestinya kena pegi oversea *pasport pun xbuat..haihhh* dalam malaysia pun x pusing habis lagi. untuk jimat kos boleh survey2 tempat yang ada rumah saudara mara hahahaha


nih request untuk en gie :-

1~ kalau boleh nak ada saving tetap setiap bulan (direct to account.. kalau bg kat tgn, xda jadi saving pun...)

2~ buatkan satu akaun saving insurans macam sofia ... boleh yea?

ni kan untuk kegunaan masa depan.. hehehehe boleh jugak guna masa sofia nak masuk asrama nanti2.. erk sofia nak dok asrama ke sayang?..


harap2 nanti kita dah ada rumah sendiri.. kecik pun xpe *kita dok ber3 je kan?...senang mama nak kemas dan sapu sampah hihihiihihihi


comei haih... ada jual ke rumah mcm ni? :p

mak & abah.. kalau dapat hulur duit setiap bulan kat parents banyak pahala kan?... ni x, kadang2 ingat je baru bagi.. hopefuly time tu nanti boleh hulur duit kat mak & abah setiap bulan tanpa masalah dan alasan


saya nak gi haji dan umrah bersama abang.. kalau boleh nak pergi masa masih muda, dengan harapan dapat buat amal ibadat banyak2 kat sana. moga diberi kesihatan dan kekuatan serta dijauhkan sebarang halangan :)


last but not least, a family business *bee + abang ... belum decide nak buat bisnes apa tapi ada plan ke arah itu...


huuu banyak gak harapan saya yea?.. mudah2an dpermudahkan segala urusan

to myself :~ good luck! tiada yang mustahil.. tapi kena berusaha, berdoa dan bertawakal





xoxo

Wednesday, 16 February 2011

Day 16 ~ my short term goal for this month and reasons ..

salam..

kalau nak ikutkan goal saya banyak juga rasanya hehehehe .. tapi bila baca tajuk terus jadi faham bahasa semula :) sebab senarai yang berjela2 tu lebih sesuai utk loooonnnnnggggg term kerana ia memerlukan komitmen yang banyak dan kerja keras

definisi 'short term goal' saya sangat mudah! xpayah nak pening2 fikir dan pilih. ala kalau setakat nak pilih azam yang paling mudah untuk ditunaikan apalah sangat cabarannya.. kan?  tapi nak merealisasikan short term goal itu supaya terlaksana dalam tempoh terdekat sangatlah mencabar hahahahahaha biasalah belum apa2, banyak halangan tersedia.. sama ada saya nak elak dan buat2 xnampak alasan yang banyak tu atau saya teruskan sifat suka bertangguh,.. hurm... saya akan cuba!.. cuba apa? mesti lah cuba tunaikan short term goal saya tu. haih kena bersemangat lebih mulai hari ni :p


ok ok .. back to the topic please!...



my short term goal for this month is ~....

tadaaaaaaaaaa ..

1~ saya nak ganti puasa yang banyak tu :( 10 hari tu!.

halangan aka alasan

* asyik dok fikir terjejas x susu saya nanti.. padahal dah pernah puasa sebelum ni, sofia ok jer... mama bagi alasan malas nak ganti puasa

* sofia makin kuat nyusu.. makin kerap, makin lama. part ni yang buat saya lemah semangat sikit. bukan apa, hari2 yang biasa ni pun iaitu hari2 yang saya boleh makan xkira waktu dan minum xkira jam pun kadang2 saya lelah aka letih .. sebab xlalu nak bangun minum air padahal tekak dah kering. dahaga sangat2 setelah sofia bf selama 1/2jam atau lebih. inikan pulak saya harus menunggu azan maghrib.. ohhhhhhh

banyaknya alasan .. seolah2 saya meletakkan bf sebagai halangan pulak.. alamak, kena perbetulkan balik ni! saya yakin saya mampu sebab keputusan untuk bf sepenuhnya adalah pilihan saya dan saya xnak menyekat hak sofia.. insya Allah saya mampu. itu tanggung jawab saya jadi xpatut sangat rasanya kalau saya menyalahkan orang lain... kan?


kenapa saya memilih mengqada' puasa sebagai short term goal saya untuk bulan ni..?

~ berdasarkan pengalaman lepas, 1 minggu sebelum ramadhan saya masih terkial2 mengganti puasa yang masih berbaki huhhh teruk kan? punya la banyak hari dan bulan lain, saya tetap memilih untuk bersusah payah dalam 1 minggu terakhir sya'ban.. sampaikan pernah sekali tu, puasa yang harus diganti masih berbaki sedangkan nak sambut ramadhan hanya 3 4 hari lagi, 'kawan baik' pulak datang.. hah padan muka saya!





walaupun ramadhan masih lambat, tapi saya berazam nak selesaikan yang wajib secepat mungkin.. mudah2an ketika rejab dan sya'ban tiba, saya dapat berpuasa sunat dengan selesa .. insya Allah



2~ minum air 8 gelas sehari

haaa pelik sikit rasanya kan? xpe2, biar saya explain hehehehehe saya ni jenis yang susah nak minum air kosong aka air suam. jadi saya nak mulakan dengan 1 target yang mudah

sebagai permulaan, saya nak wajibkan diri sendiri untuk pastikan botol air berisi penuh sentiasa ada di atas meja sebelah katil saya.. bila dah ada, xkan saya xnak minum langsung kan? mungkin mula2 ni xhabis pun sebotol tu tapi saya harap pada malam yang ke3, saya mampu mengubahnya

pastu, pagi2 sesudah mencuci muka dan menggosok gigi benda pertama yang akan melalui tekak saya adalah segelas air kosong :) wahhh bersemangat sungguh ni!

dan diikuti pada waktu2 lain yang mana akan dikerapkan pada waktu tengah hari dan selepas penyusuan




halangan saya ialah saya malas nak ke tandas.. bermula esok pagi nak kena rajinkan kaki melangkah ke bilik air. saya sendiri masih confuse kenapa saya malas nak minum air banyak2 dan malas nak ke tandas. ada sapa2 yang mengalami kekeliruan yang sama? echehhh ...

goal ke2 ni saya nak jadikan amalan sebab saya sedar sebagai ibu yang menyusu sepatutnya saya memandang berat tentang hal ni,.. mudah2an lepas ni saya xlagi mengeluh letih dan kurang tenaga selepas menyusukan sofia .. selain tu ia bagus untuk melembapkan kulit dan teladan terbaik untuk sofia :)


jadi itulah short term goal saya. doakan saya berjaya!


gtg.. sofia minta di bf kan hihhihihhhihi




xoxo

Tuesday, 15 February 2011

Day 15 ~ something i don't leave my house without

assalamualaikum ..

rasanya rata2 akan bagi jawapan standard yang sama untuk tag di atas.. kan? antaranya; kunci rumah, purse/wallet, handphone, etc


biasanya sebelum keluar, en gie akan pastikan saya bawa hp dan kunci rumah. sebabnya kunci rumah cuma ada satu *x duplicate sampai sekarang* jadi memang harussssss sangat dipastikan sentiasa dibawa setiap kali keluar walaupun masa pegi buang sampah.. itupun kalau en gie xda kat rumah la

hp satu aset terpenting sekarang. kepentingan nya ketara sampaikan bila keluar makan xbawa hp, rasa macam nak kena makan cepat2 xpun tapau je sebab risau kalau2 ada urgent call. pada hal kalau xda, xkesah pun ada orang nak cari ke x. tu la manusia.. makin tinggi teknologi sebenarnya mengundang privasi yang semakin kurang



nak memeriahkan n3 ni, saje google2 dan tempek gambar dibawah. kiri hp yang sewaktu dengan milik saya dan di kanan milik en gie :)




pernah x berdepan dengan situasi bila mana hp salah seorang tertinggal, dan pasangan seolah2 marah atau menyalahkan kita..? hahahahaha

punya la berkuasanya hp ni yea? biasa la bila dah masing2 nak bersiap pastu kelam kabut nak keluar rumah, yang ingat di kepala cuma nak capai keperluan sendiri je.. tapi sejak dah berkahwin ni, banyak pulak yang nak kena angkut bila nak keluar *sigh


banyak tau sampaikan nak gi carefour kat ecm je tapi kena usung beg jugak..

beg yang banyak berjasa .. beli on9 rm59 kalau xsilap. simple dimple shield diaper bag. hah panjang nama! best sebab sangat berguna setiap bahagian. siap ada lapik untuk alas baby masa tukar lampin.. :) wah, tolong promote plak,.. hihihi



jarang usung cd utk outdoor sebab mama malas nak bungkus+sumbat dalam beg+berbau+... lagipun stok cd cuma ada 5pc. buat masa ni masih terpaksa rela usung huggies dd je :p



 walau keluar sekejap atau dekat, baju spare harus usung sepasang dua. pernah jugak bila x bawa baju spare time tu la baju dipakai kotor tumpah itu ini, kena air kencing sebab mama ralit shopping sampai lupa nak tkr diapers hihihi





trainer cup harus ada.. sebab sofia suka minum air. 1st trainer cup sofia brand avent kaler hijau bee. lepas tu tukar kpd dr brown dan baby kiko xda gambar. latest baru beli masa balik kulim ari tu trainer cup disney.. jenuh google, xjumpa jugak. gigih semua nak tempek gambar hahahahaha




kalau dah ada air mesti la ada snek nya jugak. sekarang sofia dah beralih ke biskut2 spt 'harimau', 'chip banyak' dll


sedar2 barang sofia je yang banyak diusung setiap kali keluar. handbag mama jarang sekali dibawa. kesudahannya selalu campak purse dalam diaper bag atau kalau lebih 'rajin' pas ic je kat ayah :p


p/s : ni baru anak sorang, kalau bertambah anak entah besar mana saiz beg yea?.. bajet kalau boleh semua nak bawa biar selesa dan mudah..

baru ingat.. tu belum tambah segala wet wipes, bedak, lotion *wajib, sebab kulit sofia kering dan mudah gatal*, vicks for baby, baby bip.. tu je la kottt


esok sambung cerita lain pulak yea?... babai



xoxo

Monday, 14 February 2011

Day 14 ~ A tv show i'm currently addicted to ..

assalamualaikum ..


n3 hari ni kena buat cepat2 sebab en gie nak guna laptop.. macam ni la keadaannya bila berkongsi harta benda hahahahahaa jangan ingat kongsi kereta je, laptop pun kena rembat sama sebab laptop yang lagi satu tu lembab teramat sangat.. selingan : 'en gie bila nak antaq pi kedai?'.....

 okeh, seperti tajuk diatas.. maka diumumkan ketika ini saya sangat suka mengikuti program tv ni. rasanya setiap suri rumah dok tengok tiap2 hari bekerja (isnin to jumaat la tu..)

biasanya saya akan masak awal2.. awal tu xkonsisten sangat kadang2 lagi 10 min nak start baru saya teringat yang saya belum masak menu tengah hari hahahahaha teruk sungguh perangai kan?..



dari 12 - 1 tengah hari. pengacara bertukar setiap hari.. topik pun makin menarik sejak 2011 ni. tapi ada jugak la hari2 tertentu yang saya rela lipat kain sambil layan sofia main sebab tajuk xbest.. atau pengacaranya yang x umphh hihihihihii

saya suka tgk irin putri, azizah arifin, hasfiza aswaty, etc.. yang kuranggggg best xpayah la mention kot.. kecik ati dia nanti.. ehehhh macam la dia baca blog ni hahahahahahahaha ikut kau la labu!


yang ni pulak xpasti la masih dalam tajuk diatas atau x..  :p

best layan cerita ni, en gie pun suka. 1 family yang ada kuasa superhero.. si emak yang berlari pantas, anak perempuan yang boleh baca fikiran orang, anak lelaki yang bijak dalam math.. si bapa tu kalau xsilap boleh angkat berat dan lawan penjahat...

haihhh kata suka tengok tapi boleh lupa plak hahahaha nama pelakon sorang pun xkenal, x amik tau :) yang penting layan cerita je ..


itu saja untuk hari ni... lama x cerita pasal sofia dan aktiviti seharian.. sebok menyiapkan tugasan 30 hari ni jer ... nanti nak cerita pasal sofia . tapi kena tunggu en gie lapang sebab boleh blogging lama2 sambil sofia bermain dengan ayahnya :p


cu


xoxo

Sunday, 13 February 2011

Day 13 ~ A picture of your favourite band or artist

salam semuanya..,

saya xpernah spesifik minat pada mana2 artis. asalkan ada 1 2 lagu yang best, saya kan cari dan ambil tahu siapa penyanyinya. itu saja.. xsampai ke tahap saya turut serta dalam setiap program nyanyian dia atau mereka.

sejujurnya saya kini yang semakin hampir ke angka 30 mahu berubah.. saya mahu jadi matang dan beralih ke tahap wanita.. bukan lagi gadis remaja yang biasanya mahu mengambil tahu setiap perkembangan artis diminati. ketika masih gadis dulupun, saya xpernah kemana2 konsert, itu bukan saya.

minat pada artis atau mana2 band cukup bagi saya mengetahui nama penyanyinya. sekadar tahu dia orang kita atau luar negara. minat sampai ulang2 nyanyi lagu pun, saya xmampu hafal lagu mereka. asal tahu rentak dan liriknya kadang2 saya tukar ikut selera sendiri yang terlintas di kepala hihihihihihi ~ rosak lagu orang tu kan?

saya rasa kalau ditanya siapa artis yang saya suka, jawapannya mungkin yuna.. saya juga suka dengan lagu2 faizal tahir tapi bukan si empunya diri ~ xsesuai saya minat pada suami orang hahahahahahaha

yuna menarik minat saya kerana dia berhijab. saya suka tengok gayanya berhijab. jelas sekali hijab bukan halangan, tapi dalam bab seorang wanita menyanyi di khalayak ramai saya xmau comment..

lagu nya pun ada la 3 4 buah jer yang saya tahu dan ingat ketika ini. salah satunya 'dan sebenarnya', lagu yang memperkenalkan yuna kepada setiap lapisan manusia di malaysia. ~ diluar negara, wallahualam saya xpasti!

cinta sempurna, liriknya menyentuh hati saya .. terasa terbuai2 dan sampai sekarang saya masih cuba memahami maksud di sebalik setiap bait2 liriknya..,,

lagu2 lain.. gadis semasa ~ sebab saya dok ikut 'gadis semasa sunsilk' tv3.. selain tu, saya xtau apa lagi lagu yuna... maaf yea peminat2 yuna


so, inilah yuna ~ wink wink


xoxo

read more

Saturday, 12 February 2011

Day 12 ~ Your current relationship, if single discuss how single life is

assalamualaikum semua..

~ my current relationship, is married :).. so lets share some story of how married life is..
* english berterabur.. paham2 je la maksud ayat kat atas tu*


hidup berumah tangga adalah berbeza bagi setiap manusia. ada yang memulakannya dgn hati yang gembira berbunga2 dan ada jugak yang berduka lara. hmm biasa kita dengar ada perkahwinan bukan berlandaskan cinta, bahasa mudahnya ialah kerana pilihan orang tua, dipaksa atau terpaksa dan sebab2 lain yang xbest nak bincang kat sini..

opps lari tajuk sudah! hahahaha selalu macam tu kan? sabar2.. bukan apa ni, sambil2 menaip nak kena pupuk mood blogging. mana lagi dengan nak layan assistant kan sebelah ni. sekejap dia kacau si tikus, pastu nak cabut modem aduiiii dugaaannnn  ha ni pun salah satu cerita dan bezanya hidup berumahtangga.. nak buat apa pun kena dulukan anak dan suami. kalau x selagi tu x aman :)

sesuatu yang pasti life saya sejak berkahwin hingga ada anak dara seorang *waaaa anak dara? apakah?.....*sangat la busy .. sungguh! dari celik mata solat subuh yang selalu nak hujung2 waktu sampai la nak lelap. saya bukan merungut yea :) tapi itu kenyataannya. jadi yang bercadang2 nak kawin sangat sila pastikan anda bersedia dr segala aspek hihihihihihi

saya dan en gie bercinta dari 2005 dan bernikah pada 2008. masa bercinta2 dulu memang ada gaduh2 dan selalu gak protes2 hehehehe bila dah berkahwin kena banyak toleransi aka bertolak ansur la.. kenapa? senang jer jawapan saya. saya nak hidup lama disamping dia. perkahwinan bukan utk 2 ke 3 minggu jer. jadi kalau ada tersalah silap, maafkan aje. xpyh nak muncung lama2. x payah nak tunggu dapat bunga berkuntum2, coklat cadburry atau kasut baru  :p

lagi pun redha suami yang tentukan di mana kita 'nanti' ...

work plan atau time schedule kena bagus. korbankan masa tidur yang berlebih2. sediakan keperluan suami dan anak sebaiknya. kalau dah plan nak sediakan sarapan pagi untuk keluarga, pandai2 la bangun awal. jangan asyik bagi alasan 'ala, orang baru nak masak air.. abang dah nak pergi keje ke?..' simpan je ayat2 standard tu hahahahahaha walau sesibuk mana pun anda xkira lah sebagai suri rumah sepenuh masa atau ibu yang bekerjaya, persekitaran dalam dan luar rumah harus masih kelihatan seperti rumah bukan seperti tongkang pecah :p jangan biasa kan kain berlonggok xberbasuh atau berlipat. sebab tu kena pandai manage bila patut kemas rumah, bila nak masak, anak dah mandi ke belum.. huiii banyak nak kena fikir kan? yang penting, elakkan situasi suami pulang ketika rumah dalam keadaan tunggang langgang  *sigh*


semakin ramai orang baru yang perlu kita kenal, bertambah besar jugak bilangan ahli keluarga. perlu belajar hormat keluarga inlaw, walaupun mungkin cara didikan setiap keluarga berbeza kita mesti terima seadanya.


setiap keputusan perlu dibuat atas persetujuan bersama. sebab bila dah berkahwin, apa saja yang berlaku akan dikaitkan dengan pasangan dan mungkin juga tempias pada anak2.. jadi jaga nama baik dan maruah suami serta anak2 tersayang


kalau dulu kita suka ambil jalan mudah dengan tanggapan orang xkan marah sebab kita masih mentah. sesuai dengan perubahan status, kena belajar tangani masalah bersama2 dan bersedia dengan segala risiko yang mungkin berlaku.

berkahwin juga bermakna tanggung jawab bertambah. tunaikan kewajipan masing2. suami sebagai pembela keluarga dan pencari nafkah, isteri pula sebagai penyokong dan penyedia keperluan keluarga di rumah.


kesan positif setelah berubah status : saya masih dalam proses mengubah pembawaan diri agar sesuai dengan status isteri kpd en gie dan mama kpd sofia.

walau sesibuk atau sesukar mana kehidupan saya kini, saya sentiasa positif dan gembira. mood happy dan teruja sebab setiap hari kita belajar dan berlaku perkara baru..



mereka akan sentiasa menjadi buah hati saya (:  



lagi cerita lain di sini yea....


xoxo

Friday, 11 February 2011

Day 11 ~ A picture of my favourite memory

assalamualaikum ..

banyak yg boleh dikaitkan bila bercakap pasal fav memory .. antaranya :

1 ~ majlis nikah dan kenduri kawin ..

2 ~ momen indah melihat sofia buat kali pertama

3 ~ beraya bertiga (tahun pertama beraya sebagai isteri dan ibu)



tapi gambar2 xda plak.. malas nak cari kat mana ntah. jadi kita bercerita tentang fav memory yang terkini je lah hihihihihi boleh yea?




sofia dah pandai guna pelampung .. sambil kaki cuba2 jejak lantai kolam tolak kedepan belakang 






xda langsung riak takut .. mama je yang nervous hihihihi sofia belum ada swimming suit jadi buat masa ni sofia guna romper atau baju n seluar pendek lubang2     :)



~ us ~

@ pavillion swimming pool kuantan tembeling resort



my second fav memory will be breasfeeding time .. yeay!




harap2 memori ni kekal sebagai memori indah buat kami sekeluarga , insya Allah.



whats ur fav memory? mind to share..?




xoxo

Thursday, 10 February 2011

Day 10 ~ A photo of my favourite place to eat

assalamualaikum ..

jom kita makan2 yeay!



antara tempat makan yang best ialah :-

*bukan disusun mengikut tahap terbaekkk yea
*tempat2 terpilih di sekitar kuantan je.. harap maaf  :)



1 ~ mula2 kita makan yang berat2 dulu hahahaha nasi lah tu kan?..

weekend biasanya hari cuti memasak, jadi selalu gak melilau cari tempat makan yg dapat memenuhi kehendak selera



*credit to ms widy @ dilakochan 

nasi beriyani nya layan ... selalu pergi dgn en gie tapi xpenah ingat nak snap gambar :p

sampai sofia pun suka makan nasi beriyani. setakat ni cuma bagi nasi beriyani kosong je..

so apa lagi jom pakat try nasi beriyani taj .. :)



2 ~ untuk minum petang ehh makan petang saya pilih big apple donut






*credit to en google

donut kat big apple so far terbaeekk .. donut nya lembut, filling choc x kedekut hehehehe

kalau pergi ecm mesti singgah sini, beli untuk makan kat rumah sambil layan dvd .. best!



3 ~ dah makan kenyang2, minum pun kena la yang best2 kan?



signboard kedai menjelaskan apa menu yang famous di sini

selalunya en gie tapaukan untuk kami .. pekena tengah hari lepas makan nasi layan oooo



tu jer kot yang best kat sini.. lain2 tempat xjalan habis lagi. nanti kalau ada tempat menarik mungkin boleh post kat n3 seterusnya untuk kita share. ok?



xoxo

posisi penyusuan ~

salam...

hari ni nak kongsi pengetahuan tentang posisi penyusuan :) semoga dapat menjadi info berguna untuk kegunaan masa hadapan, insya Allah..

p/s: buat pembaca yang masih bujang aka anak dara, jangan risau ilmu ini berguna buat semua bila tiba masanya. menyusu lah kerana itu yang terbaik.. jangan menidakkan hak anak2 anda. ingat susu ibu adalah hak mutlak bagi seorang anak. berikan yang terbaik selain kasih sayang dan perhatian seorang ibu :)





1~  posisi dukung buai @ cradle hold

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2 ~ posisi dukung bersilang @ cross cradle hold

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang

3~  posisi mendakap @ fotball hold

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.



4~  posisi berbaring @ lying down

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.



pastikan :
1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari

2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu

3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut

4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu

5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok

 
* tambahan : bagi ibu yang menyusukan dua bayi serentak sama ada tandem nursing atau kembar,
 
~ posisi dukung buai berganda : dengan meletakkan kaki bayi yang kecil diatas saudara tuanya
 
~ posisi double fotball hold : bayi duduk di sisi badan ibu (seorang di kiri dan seorang di kanan)
 
 
 
sumber info : ikhsan gambar dari mr google dan majalah 'mami & baby' - tandem nursing~ menyusukan dua bayi serentak
 
mohon maaf kalau ada ayat2 yang kurang difahami hingga menimbulkan kekeliruan..
 
 
 
xoxo ~

Wednesday, 9 February 2011

Day 9 ~ A photo of the item I last purchased

assalamualaikum..

last week en gie bawak gi east coast mall. xkan lalu je kan? lagi pun ada 50% sampai 70% sale cny..
oleh sebab tag untuk hari ni pasal photo, so let the pic do the stories ok? boleh yea....?


item pertama :


 baju putih & purple seed yang di plan nak pakai dgn inner.. en gie tegur, selalu sangat kalau beli baju atau barang mesti warna putih xpun purple... hehehehehe rilek la en gie, dah my fav color nak bt macam mana :p



closed up label baju.. murah2 sebab ada sale so dapat la 3 helai.. tapi baju2 ni x dibeli pada hari yang sama serentak.

brown blaus DP tu beli hari apa ntah.. tapi macam besar sket plak saiznya. mungkin kena simpan sebagai blaus ibu2 mengandung hahahahaha *ada plan ke? teeetttttt....


item kedua :



yang ni pulak shawl plain warna hijau gelap dan hitam with cotton inner..
model setia dengan pose *erm taktaunakbaginama..

p/s: erk anak dara mama seksi la, nampak pampers plak



item ketiga :



dapat kasut baru.. en gie beli :p weeeee....... thank you abang!
kebetulan kasut en gie dah nazak sangat, pastu lalu plak depan kedai boya tu. singgah jap try test

kesimpulannya, kalau nak shopping tunggulah sale ketika cny atau krimas sebab lebih murah. tapi kalau raya posa punya sale macam xda kurang pun padahal ada tag sale 50% la 70% la... lalalalalalala



happy shopping ~



xoxo

perkembangan bahasa kanak~kanak

jom kenali tahap perkembangan anak2 anda. credit to majalah 'mami & baby' isu feb 2011 ~ muka depan melisa mauren dan inca


Lahir sehingga 3 bulan
~ beralih ke arah suara anda dan bunyi yang dikenali
~ mula meniru beberapa jenis bunyi


3 hingga 6 bulan
~ membebel dan meniru bunyi
~ melihat ke arah anda apabila anda sedang bercakap
~ bayi yang tidak memberikan reaksi terhadap bunyi atau meniru bunyi bermakna mereka mempunyai masalah pendengaran


6 hingga 9 bulan
~ semakin kuat membebel
~ memberikan reaksi terhadap ayat pertama mereka


9 hingga 12 bulan
~ perkataan seperti 'mama' akan memberikan lebih makna
~ cuba untuk meniru perkataan dan menggunakan gerak bahasa


12 hingga 18 bulan
~ menghasilkan ayat pertama
~ memahami arahan asas


sofia dah pandai bagitahu bila dia nak bf, 'ma, nak nenen', bila minta diangkat, 'ma, kung (dukung)..... 'ayah work' bila ditanya ayah pergi mana setiap pagi

dah boleh di harap untuk ambil towel sendiri ( kena letak di tempat yang sama setiap hari untuk mula2 ajar)
sebelum ni masa pakai disposable diapers, dia sendiri akan masukkan diapers yang dah diguna dalam plastik yang disangkut kat hand towel hanger dalam bilik air
setiap kali dia punggah bekas2 plastik dan tupperware saya akan ingatkan, ' ok, lepas main mesti simpan balik' .. dan ironinya, sesudah puas dia main masak2, dia sendiri akan 'susun' dalam kabinet semula dan lepaskan pintu kabinet kuat2 sambil buat gaya terkejut sebab bunyi pintu terhempas :)


18 hingga 24 bulan
~ perbendaharaan kata telah berkembang
~ menghasilkan ayat dengan menggunakan dua patah perkataan
~ tahu mengikut arahan


setiap anak2 perkembangannya mungkin tidak sama. ada yang cepat dan ada yang mengambil masa. sebagai contohnya, anak anda mungkin tidak boleh merangkak sedangkan bayi seusianya dah laju kemana2 tapi mungkin bayi anda sudah mula belajar duduk ketika itu..tapi jika anda rasa ragu2, jumpa lah doktor dan buat pemeriksaan...

 yang penting bagi masa kepada anak2 dan nikmati sepuasnya setiap hari membesar mereka. kerana peluang hanya sekali, sedar2 anak sibuk pilih nak masuk kolej mana satu :p



xoxo

Tuesday, 8 February 2011

Day 8 ~ my dream wedding

assalamualaikum...

hmmm lama saya berfikir sambil baca berkali2 tajuk task di atas :) kalau saya nak skip dulu boleh tak?.... hihihihihi

ala boleh la yea? saya xda idea langsung sebab semua idea tu dah dikeluarkan dan dilaksanakan 2 tahun yang sudah :p

nanti kalau ada masa dan idea, saya akan cuba selesaikan n3 ni. insya Allah!


hiiihihihiihhhhiiiiihihihihihi



xoxo

Monday, 7 February 2011

Day 7 ~ A Photo Of an Animal you'd love to keep as a pet

sejak akhir2 ni, selalu jugak tupai datang main kat balkoni rumah.. kadang2 kalau ingat, en suami selalu tinggalkan biskut utk si tupai. jinak2 tupai ni, sofia pun suka tengok tupai ni pulun nak habiskan biskut.

 tapi en suami pernah kena gigit kat ibu jari kaki, hihihihihi alkisahnya tupai tu datang nak amik biskut yang en suami letak, en suami pun diamkan diri sebab xnak takutkan tupai. sekali lepas amik biskut, dia gigit ibu jari hahahahah en gie jerit terkejut 'tajam giler gigi dia...' hahahahahahaa

:) nampak x si tupai kat hujung atap tu? imej kurangggg jelas.. snap guna hp jer. rasanya dah zoom tapi erm... ^-^

kalau dapat bela tupai version cumelll dan baik2 macam ni saya nak sangatttttt.....en gie, boleh x? :D


 x boleh? urm, ok2 yang ni?... please.... cumellll kan? mesti sofia pun geram nak hug **


rabbit si bunny :)



en cat yang innocent sentiasa :)
sofia dah lama request... tapi ayah buat dekkk jer huhuhuhuhuhuhu

dulu masa saya masih bujang dan bekerjaya echehhh ayat... saya ada bela ikan. kurang pasti sama ada namanya gold fish jugak atau x. sebab beza sikit dari goldfish yang biasa. yang ni badan dia gemuk bulattt macam sebiji bola. pastu bila ikan ni makan, pipi dia pun bulattt macam seketul2 je.. tapi jangka hayat ikan ni xlama.. xtau nape :( ehhh saya jaga baik2 la, makan cukup, tukar air



 kalau bela ikan ni pun bagus jugak, xsemak rumah hihiihiihii makan xsepah :p

.....
.......
............
......................





last but not least, ni satu2nya tetamu xdijemput yang rajinnnnnn datang ke balkoni kami...



xpayah berangan la en monkey, sampai bila pun saya xberminat nak bela!... so sila balik sekarangggg!..... hahahhahahahahhahaha



xoxo ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...