me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 11 July 2011

menonton wayang di rumah lebih indah .. dan mudah sebab boleh pause sesuka hati :p

assalamualaikum ..

sejak kami ada sofia memang belum pernah pegi panggung wayang. sebab rasanya macam xberapa nak sesuai environment sekitar untuk kanak2 kecik. esp kalau time nak mula tayang movie ialah waktu tidur anak huhuhuhu haru dibuatnya bila satu panggung bergema suara anak menangis terkejut tido hihihihi


jalan paling mudah layan movie kat rumah lagi senang. bila nak tengok, bila nak berhenti kita yang tetapkan sendiri. silap2 baru 5 min cerita berjalan, sempat pause sebab masuk bilik air tukar cd anak hahahaha



kami bertiga malas nak ke mana2 petang tadi. sebab cuaca macam nak hujan. mendung sangat2 tapi xhujan pun sampai ke malam tertunggu2

mula2 tengok 'KaraK'.. erm best jugak la sebab jalan cerita nya unexpected. yang sedih sikit part akhir bila si awek 'zura' dapat tahu yang sebenarnya pakwe dia 'nik' dah mati awal2 lagi. jadi sepanjang dia diganggu tu dia ditemani roh pakwe nye.. 

shahir kata ' walaupun kita xsempat bersama tapi saya harap awak akan selalu ingatkan saya.. tolong lepaskan saya pergi...' ~ lebih kurang camtu la ayatnya. kalau nak lebih confirm apa kata tengok sendiri hihihihi

memang terbaekkk!
hensem hero ni :)

'source code' cerita pasal seorang kapten tentera yang tiba2 bertukar identiti setelah terlibat dalam satu nahas. ayat complicated nya dia di bangunkan sebagai manusia lain menggunakan sistem komputer sedangkan dia dah pun mati

dia dapat satu task untuk cari sapa yang letak bom dalam train. otw nak menyelesaikan tugas tu dia berjumpa dengan sorang awek yang cantik dan baik.

lepas berjaya cari sapa punya angkara dia buat 1 permintaan kat pihak yang kawal dia melaui komputer tu untuk selamatkan semua orang dalam train tu. dalam masa yang sama dia sempat call bapak dia dan minta maaf sebab sebelum dia mati diorang ada berselisih faham kalau xsilap. dia cuma ada masa 8 minit setiap kali cubaan cari suspek termasuk la kali terakhir dia cari bom dan halang dari meletup. ending nya best sangat. tapi kalau cerita semua kat sini nanti xmenarik la pulak nak layan movie dari awal sebab dah tau ending kan? :)
    

cerita pasal alien ^-^
heroin nya comelll dan lembut sangat .. suka2!
   ' i am number four' pasal alien yang terselamat dari cubaan bunuh oleh alien jahat di planet diorang nama apa ntah.. dah lupa. hanya 9 terselamat dan hidup di bumi bersama penjaga masing2. sampai kat yang no 4 ni dia bergabung dengan no 6 untuk misi menyelamat dan berusaha cari alien selebihnya yang masih bersembunyi.

no 4 ialah hero kat atas tu yang ada kuasa melalui tapak tangan  dan no 6 ialah alien perempuan yang terer berlawan. yang dalam gambar kat atas tu awek dia yang dia jumpa kat sekolah. awek ni suka tangkap gambar dan berkongsi minta dengan si hero 

ehh macam dah cerita sepenuhnya je.. erm kalau nak puas hati baik tengok sendiri sebab cerita ni best xmacam cerita alien lain yang banyak edisi mengarut-ngarut


cerita ni kalau xtengok pun xrugi langsung ... hampeh je!
mana ada girl zaman sekarang yang berperangai macam ni .. xlogik langsung. siap sanggup gantung banner jadi badut..
  
movie yang last ni xbest langsung. cerita cinta tapi xlogik langsung jalan ceritanya. cerita bila xlogik boleh buat kita rasa menyampah sambil xsabar tunggu cerita ni habis


sedar2 dah pukul 1 pagi rupanya.. layan movie sepanjang hari. tapi banyak jugak breaknya. mandi, makan, tidurkan sofia.. lepas tu en suami pun ikut tido maka saya sempat berfacebook sekejap. lepas tu sambung tengok movie lagi. berenti buat cucur dan bancuh air untuk minum petang. sambung cerita selanjutnya. masak diner simple. sementara en suami dan sofia mandi. selesai makan sambung tengok movie sampai sofia tertido selepas kenyang bf.


best jadual hari ahad saya kan? hihihihihihihi



p/s : esok nak kemas barang.. soon : good bye kuantan


update pukul 3am gara2 mata xboleh nak lelap :)




xoxo

Sunday, 10 July 2011

lewat di pagi ahad ~

assalamualaikum ..

bangun pagi lewat di hujung minggu. puncanya sebab rumah kami black out pukul 4am tadi. sedar2 je en suami dah bangun selak langsir bagi masuk cahaya sikit dan bukak pintu bilik bagi masuk angin. terus rasa berhaba atau orang utara kata 'berkuap'..


ihsan mr google


saya bangun jugak walaupun mata xlarat nak buka sebab rasa macam baru je nak tido tau2 dah kena bangun hahahaha sambil gosok2 mata, gigih buka laci cari kipas mini sofia. 

anak dara saya dah mula gelisah. merengek sikit sebab panas. sofia memang xtahan peluh, kalau xsekejap je badan jadi gatal2. sebelum dia mengamuk, saya pasang kipas mini yang guna bateri kecik 2 biji tu. diam je dia sambung tido. tapi mama pulak dah nak krem tangan dok hala kipas ke sofia.

en suami call guard house tanya apa masalah. sebab rasa dah lama sangat xda elektrik. katanya satu kuantan bergelap sebab tnb ada problem. entah betul ke x, saya xtau. cuba jugak nak lelap tapi mengenangkan sofia yang terganggu tido kalau mama terlepas kipas sebab tersengguk maka bertahan je selagi boleh.

akhirnya bekalan eletrik bersambung semula. lega air cond berfungsi semula. ni lah susahnya guna aircond sebab xda lubang udara langsung. bila blackout harus la berpeluh berlengas satu badan. nak bukak tingkap serupa la macam bagi derma darah kat en nyamuk. sebab rumah sebelah bukit. imagine la yea..

menyalahkan bekalan elektrik yang terputus kami sambung tido selepas subuh. celik2 mata, ehh awat panas? jenguk kat tingkap..'ohhh dah nak tengah hari rupanya hahahahahahaha' xsenonoh punya perangai! huhuhuhuu

en suami suruh siap nak ke pasar tani katanya. laaa.. awat xbagitau awal2, kalau x mengantuk macam mana pun sanggup saya xsambung tido pagi tadi. kesian pulak sofia berpanas nanti. tapi memikirkan stok lauk yang hujung2 je dalam peti ais tu maka kena la mandi dan bersiap secepat mungkin.

dalam hati dok pikir ' erm ada lagi ke lauk pukul 10 camni?' mujur ada rezeki kami :) beli ayam, udang dan sotong. ikan xberapa menarik. nanti2 je la beli kat tanjung api.

destinasi seterusnya ke kedai makan. alang2 dah lapar maka kita brunch la yea. kami makan nasi kukus ayam rempah kat warung maznah. sedap nasi kukus kat sini. selalu datang, kalau xsilap hampir tiap2 minggu tapi xpernah ingat nak amik gambar. segan nanti orang pandang..'eh nak makan pun kena amik gambar dulu ke?' hehehehehehehe


  

mujur jumpa kat google.. tq la kat tuan punya gambar ni yea

sampai kat rumah, layan sofia makan ais krim sekejap. pastu sambung kemas rumah, sidai kain, cuci cd sofia dan siang lauk siap2. dah selesai semuanya, masa untuk rehat2 dengan en suami dan anak dara saya *wink



p/s: jom layan tengok 'KaraK'   



xoxo

Saturday, 9 July 2011

bayi menyusu susu ibu lebih chubby?..

assalamualaikum ..



nak berkongsi ilmu tentang perkembangan berat badan bayi yang menyusu susu ibu.

' bayi menyusu susu ibu sepenuhnya kelihatan gempal dipercayai kesan daripada kerap menyusu di waktu malam. manakala bayi yang agak kecil lebih kerap menyusu pada siang hari dan kurang melakukannya pada waktu malam. hal ini kerana pada waktu malam susu ibu lebih berlemak (hindmilk) '

~ sumber pa&ma julai 2011



nur raisa sofia yang lahir 2.9kg :) kini 10.2kg

berta badan sofia yang hanya 10.2kg kini selalu dianggap sebagai ringan bila dibandingkan dengan yang seusia dengannya. tapi kalau tengok depan2 ramai pulak yang kata, iskhh ni dah berapa kilo ni? mesti berat kan? jenuh la mama dia nak kena dukung hari2..

kalau dengar dan terima apa je yang orang cakap memang boleh buat kita pening kepala. ada nurse tu sound saya masa check up kat klinik. 'ni dah berapa kilo nih?' sambil gelak2 bila saya letak sofia kat penimbang.. pastu bila jarum tunjuk angka 10 *10kg, boleh pulak dia diam je. sentap mama :(

cara dia cakap macam anak saya ni kategori overweight kot sebab dia nampak chubby aka berisi. sebab tu dia rasa boleh buat modal nak gelak. saya marah pun x, menjawab pun tidak. saya diam dan menilai dalam hati...,


selagi berat badannya stabil , xda apa untuk dibimbangkan ~


lega dan lapang dada bila baca info kat atas tu. ia buat saya yakin yang sofia okay dengan keadaan sekarang. dia xmengah bila baru berlari xjauh mana, dia aktif bermain dan memanjat. dia xda masalah berjalan dan menari.. jadi yang bermasalah mungkin orang2 yang jeles sebab sofia yang chubby hahahahahaha


p/s: kadang2 perlu cari sumber maklumat untuk menguatkan andaian hati seorang ibu .. selain melegakan perasaan sendiri :)



xoxo

Friday, 8 July 2011

setelah hampir 5 tahun berjasa, akhirnya .....

assalamualaikum..

dari semalam nak post asyik tertangguh gara2 cik sofia conquer laptop sepanjang hari. lepas satu, satu cd dia suruh pasang. sebelum ni xda gangguan pun sebab guna dvd player. suruh je dia pilih dvd yang berkenan di hati pastu tekan play dan siapkan tempat dia landing. dah start movie dia dah xkisah mama nak buat apa pun. xde dia nak kacau


tapi tu la setiap yang bermula mesti berakhir satu hari nanti chewahhh ayat novel :p  .. dvd player yang diharap2kan akhirnya buat hal haihhhh kalau yea pun tunggu la en suami dapat bonus dulu iskhhhh


dah banyak kali juga si dvd player ni bagi hint yang dia nak rosak tapi mama dan ayah gigih godek sana sini sambil tepuk2 manja bila dia 'hang'.. last2 jenuh menunggu x play2 pun dvd nya. sah la!..





mogok depan laptop.. camner saya nak update n3? ce citer ce citer....

plan xmenjadi sebab mama buat xlayan, sofia amik usb cable buat main.. dugaaaaannnnn!

ni la rupa nya dvd player yang akhirnya ke tong sampah huhuhuhuhuhuhuu bye2


dvd player ni lama berjasa. saya beli masa bujang dulu. masa tu baru masuk rumah sewa baru kat setapak. rumah flat je pun tapi susah sungguh nak dapat siaran tv. maka setelah dikira2 tolak duit deposit rumah, bil, belanja nak gi kerja. maka dapat la beli dvd player ni..

masa tu rasa dah cukup mahal sebab gaji kecik je. tambahan pulak baru masuk rumah. macam2 nak kena beli.. jadi la, dapat gak layan dvd hujung minggu. save duit dari dok gi tgk wayang. beli dvd, ulang tengok sampai hafal jalan cerita hahahahaahhaa

jadi hari ni, setelah hampir 5 tahun dia bersama, akhirnya saya terpaksa melepaskan dia pergi huhuhuhu macam cerita orang putus cinta. sedih xboleh blah. saya sayang barang2 saya. semuanya saya hargai xkira mahal atau murah. sebab saya tau betapa susah nak dapat satu2 barang. nak2 lagi kalau yang saya beli masa masih bujang dan bekerja dengan gaji yang alahaiiiii sikit. tapi alhamdulillah. ada gak harta saya :)

takpelah.. selain si dvd ni masih ada barang lain yang saya tinggalkan kat rumah angah. harap2 nanti dapat la saya kumpulkan semuanya dan letak dalam rumah saya sendiri.
jadi mr fridge, en tv, makcik2 kabinet dan mr washing machine tunggu yea nanti saya datang hihiihihihihi



p/s : lepas ni lagi berebut nak guna laptop :( haihhhhh



xoxo

Thursday, 7 July 2011

3rd cum 2nd Giveaway ~ From Creative Cocoon & D'Amani Cottontherapy

assalamualaikum..

jom join satu lagi giveaway handmade items ~ .. yang sebelum ni xsempat nak join sebab asyik tangguh2 selain masa tu xpandai lagi nak join giveaway dan contest.

giveaway kali ni melibatkan the creative cocoon dan d'amani cottontherapy



kali ni nak cuba jugak mana la tau kalau terpilih boleh dapat hadiah yang super menarik!

hadiahnya ada 2 ;

Anissa clutches

Nicky drawstring pouches

1. empat (4) Anissa Clutches
2. empat (4) Nicky Drawstring Pouches

segala handmade items ni dari creative cocoon known as little iro iro. manakala untuk Anissa clutches fabriknya ditaja oleh d'amani cottontherapy 







kalau berminat nak join jangan segan2 klik je kat sini atau kat sini dan jawab soalan mudah. syarat2 pun senang cuma follow blog dan klik like kat fb *yang ni dah buat lama dah sebab nak join giveaway yang lepas :) 



"what's your opinion about handmade items?"

pada pendapat saya, handmade items adalah unik dan istimewa sebab dihasilkan dengan ketelitian dan seni yang tersendiri. 100% hasil dari kerja tangan yang meletakkan sesuatu item yang terhasil lain dari yang lain.

selain tu kelebihan handmade item ialah boleh direka, ditambahbaik dan di recycle mengikut kemahuan sendiri.

handmade item = kreatif , halus, unik, istimewa, seni


harap2 ada rezeki saya untuk menang giveaway ni..

p/s : pakat2 join sebelum 17hb july 2011 :)



xoxo

menyeru aura positif :)

assalamualaikum...


doa saya pagi ni agar saya kembali tenang dan positif dalam segala ujian dan dugaan esok lusa sampai bila2. xnak n3 moody serabut kepala. nak share yang indah2 aje. supaya yang membaca terjangkit rasa happy dan ceria. baru la orang singgah selalu kan?

apa yang jadi dalam 2 minggu ni saya anggap seperti satu teguran atau peringatan supaya xterlalu mengambil mudah dalam satu2 hal. setiap masalah ada punca dan jalan penyelesaiannya Insya Allah


pasal masalah susu kurang saya batalkan niat untuk gantikan dengan susu formula. saya nak cuba capai azam untuk susukan sofia sampai 2tahun. kalau ada rezeki dia selepas tu, alhamdulillah :) jalan terbaik yang saya nampak sekarang ialah saya yang kena usaha lebih. minum lebih banyak air dan makan buah. selain tu kerapkan pengambilan makanan tapi dlm portion sederhana. sebab saya mudah lapar lepas bf sofia. mudah2an usaha kecil saya memberi pulangan buat sofia.

ada jugak plan nak amik suplemen tapi belum decide yang mana satu. tengah survey lagi. kalau boleh nak yang dalam bentuk pil, senang xpayah nak bancuh2. byk step sgt lagi malas jadinya nanti.



pasal kawan baik tu saya positif je.. kalau ada, alhamdulillah. kalau xda pun alhamdulillah. setiap yang jadi tu ada hikmahnya yea tak?



tenang nya dia ~ buah hati mama dan ayah


p/s : walaupun sebenarnya tetap nak bagitau yang keputusan nya negatif tapi saya masih tersenyum.. belum rezeki kami :)


sofia yang sentiasa disisi mama ketika happy dan moody .. luv u sayang!



 ada kawan di 'alam maya' ni banyak kelebihan. dapat share macam2 petua/ tips selain bertukar cerita. kat sini baru tau ohh macam tu rupanya, kalau buat macam ni jadi macam ni ... haa bagus kan? terima kasih pada yanna , sis aju, sis ain, sis anisalya 




budak comot makan rocky pagi2 hari ~


selalu buat mama senyum ketawa geram dan kadang2 marah ..



cuaca mendung di kuantan pagi ni.. harapnya tak melarat kat saya :) kerja rumah dah selesai awal2. tinggal nak masak2 je. jom jalan2 cari resepi menarik yang simple2 :)




xoxo

Wednesday, 6 July 2011

bila harus memilih .. ~

kenangan outing sekeluarga @ pantai sepat ..


assalamualaikum..

sangat  xsuka bila disuruh membuat keputusan. terutamanya bila pilihan2 yang ada tu boleh merubah keadaan sedia ada.

susah kan bila terpaksa memilih untuk tinggal bersama atau berasingan bila kita sedia maklum ada masalah yang sama akan berulang dan xdapat dielakkan..

en suami yang kerap outstation dan makin jauh berhari2

sofia yang sentiasa nak didukung dan makan dengan ayah

saya yang sokmo hujan bila tersentuh dengar sofia cari ayah


saya memang mudah menangis. hal kecik pun boleh jadi punca. pernah terjadi, sedara yang datang rumah mak cakap kat saya ' ehhh kesiannya kat sofia, kecik2 dah jauh dari ayah dia..' huwaaaa time tu jugak saya dah berkaca2. dalam hati dok doa jangan kelip mata kalau x, sure kantoi huhuhuhuhu


sofia demam dan merengek sepanjang hari.. saya call dan bagitau en suami sambil nangis. saya nangis sebab selalu rasa xkuat bila en suami xda disisi. saya rasa saya lah manusia yang paling lemah masa tu..

bila jauh, saya sensitif sangat2, nak buat apa pun mesti nak inform kat en suami dulu tanya pendapat dia sebab xnak dia tertinggal dalam apa2 keputusan. bila xdapat contact saya susah hati.. semua benda jadi jammed. tertangguh2... sampaikan ada masa saya terfikir yang saya xmampu berdikari bila en suami xda


dengan situasi bekerja en suami memang susah nak mintak cuti. macam mana pulak kalau kami tinggal berasingan? bila pulak nak jumpa?..

kalau stay, ada jugak masalahnya. en suami bimbang keadaan kami berdua bila dia keluar outstation. mana lah tau kalau masa tu sofia xsihat, saya bukannya ada transport.

jiran2 pun bukannya ada .. semua keluar bekerja. jadi dalam keadaan emergency, sempat ke saya nak call guard house bila ada 'tetamu' xdiundang? atau call dan tunggu taxi bila sofia demam?


semua pro dan kons dah terbayang dalam kepala tapi still blur nak buat keputusan.

sebelah kata stay sebab xnak jauh dengan suami. susah senang nak tanggung sama2

sebelah lagi kata saya harus fikir keadaan sofia. xboleh pentingkan diri sendiri yang nak berkepit dengan en suami setiap hari. saya kena pilih tempat yang selesa dan sesuai untuk sofia. mudah dengan segala kemudahan. ada orang boleh tengok2kan saya dan sofia

tapi macam mana dengan feeling sofia? dia okay ke bila berhari2 bawak ke minggu mungkin bulan xjumpa ayah? kuat ke saya nak uruskan sofia sorang2?

boleh ke saya buat keputusan segera sorang2?



sungguh saya rasa xboleh nak senyum sekarang ni. tiba2 mata rasa xboleh nak lelap. saya update entry ni kul 5am sorang2. masa semua orang dok sedap berdengkur dan mimpi. berkali2 saya taip panjang2 pastu backspace sebab rasa terlalu beremosi..

dada berdebar2.. xpasti dengan keputusan sendiri. lain orang lain respond nya. mungkin ada yang dengan mudah kata 'ala buat apa pikir teruk2, balik umah family duduk baik2 cukup bulan suami masukkan duit..' wahhhhhhhh senangnya yea?   atau 'tempat isteri disisi suami, susah senang tanggung sekali' yea saya tau tu tapi bila memikirkan keadaan sofia yang terpaksa berkurung dalam rumah 2 3 hari sebab ayah outstation. xda palyground konon elit sangat :p, xjumpa orang.. macam mana plak?

saya kena fikirkan perkembangan terbaik buat sofia. dia berhak dapat yang terbaik kan?

cari rumah lain? yea ada dalam list utama kami tapi belum tertunai sebab en suami xsempat nak survey. tiap2 minggu outstation, kalau xpun masuk ofis balik dah maghrib. sabtu pun keje. tinggal ahad nak setel semua memang xmampu. masih tertangguh hal tu

selain tu nak kena cukupkan budget untuk bayar deposit rumah sewa yang jumlahnya boleh buat saya telan air liur berkali2 sambil kelip2 mata fikir cukup ke duit kami? :)


panjang n3 saya pagi ni.. keputusan xda lagi. nak gerak en suami dan bincang sekali lagi. walau apapun keputusan yang saya pilih nanti semoga itu yang terbaik buat kami.. insya Allah!



p/s : rasa malu sebab suka buat luahan perasaan kat blog. habis semua kawan2 tau yang saya ni emo huhuhuhuhuhuu masalah kecik xboleh handle. bagi saya semua masalah besarrrrrr ..


p/ss : sofia mengigau dan nangis.. dah lebih 5 kali malam ni. :(




xoxo

Tuesday, 5 July 2011

bila kawan baik xdatang menziarah ..

assalamualaikum...


susah hati nya saya sepanjang minggu ni bila kawan baik yang ditunggu2 xkunjung tiba.. hmmmm nape yea? merajuk ke dia..?   :)








p/s : kalau ada, moody sepanjang hari.. kalau xda, sebok selak kalendar hahahahahahaha




xoxo

Monday, 4 July 2011

bila susu semakin kurang ..

assalamualaikum ..

lately mood terumbang ambing sungguh2 :( semak kepala susah hati setiap hari sepanjang masa esp bila dengar sofia cakap ' mama.. nenen *read as sofia mintak nak menyusu badan'..

sedih hati saya dengar dia mintak susu sedangkan susu saya makin kurang. macam mana saya tau? melalui gerak hati dan pemerhatian seorang ibu :)

sofia makin kerap mintak disusukan berbanding sebelum ni yang mana kalau dulu dia akan menyusu lebih kurang 20 ke 30 minit dan boleh bertahan ke 1 jam lebih. sama ada dia main atau tgk dvd. 


tapi sekarang sofia mintak susu selang 15 ke 20 min sedangkan dia dah menghisap lebih kurang 20 minit lebih sebelum tu.. faham x ayat saya yang berulang2 tu..? dah xtau nak susun ayat terbaik bila dalam kepala dok pikir cara terbaik nak selesaikan masalah kronik saya ni..

dari situ saya tau yang sofia xpuas atau xkenyang menyusu sebab tu dia keep on asking for more nenen and nenen .. dan mama diserang susah hati sebab kesiankan anakanda nya yang kekurangan susu :(

situasi saya kini :~

kekurangan penghasilan susu

faktor penyebab :~ belum dapat dipastikan tapi ada kemungkinan x dengan faktor usia sofia yang hampir mencecah 2 tahun?


.....
.....
.....

situasi sofia :~

masih mahukan susu dari mama. sampai menangis2 bila mama bagitau 'sofia dah nenen lama dah, mama pun dah lenguh2 kebas ni.. jap lagi kita sambung nenen boleh?'... meraung sakan dia lepas tu :(


mommies out there any idea of how to settle this 'big' problem?




tolong... jauh dalam hati mama memang nak terus susukan sofia dengan susu mama sampai sofia puas dan berhenti sendiri tapi bila jadi waktu macam ni.. sungguh mama xbersedia sayang



jangan tanya apa saya rasa sekarang sebab sebagai seorang ibu yang menyusu mesti anda cukup paham apa saya rasa ... uhukkkksss




xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...