me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 1 July 2011

minggu buah2an tempatan :)

assalamualaikum...


lama dah teringin nak makan buah durian. last makan pun tahun lepas. ada jugak nampak orang jual kat pasar tani & pasar malam tapi xberani nak beli. takut harga mahal xpadan dengan isi. sebab masa ngandung kat sofia dulu pernah la teringin sangat nak makan durian. abah pun cari merata. xjumpa..

last2 dapat la sebiji yang xbesar mana harga dia rm35! bila dah bukak, cuma ada 4 ulas yang saiznya besar jugak la tapi sayang isi keras..! frust sungguh tapi makan jugak sebab dah teringin sangat :)


kali ni abah beli buah durian untuk anak menantu dan cucu. jauh mari.. dari utara nun. besar hati abah nak bagi anak cucu makan. achik asyik ngadu kereta bau deroyan hahahahahahahaha penin katanya :)

oleh sebab abah transit kat kuantan sebelum ke kerteh maka dapat la kitorang makan durian fresh dari utara. fresh lagi ker? hahahahaaha abah bagi 5 biji kalau xsilap. saya makan pagi2 hari as breakfast :) en gie pun sempat makan sebelum gi kerja. kalau xmakan nanti takut xboleh nak fokus plak dengan kerja hehehehehehe



isinya kuning cantik.. lemak, lembut dan berkrim :)


kalau xsilap dah banyak tahun xmakan manggis.. nape ntah la. mungkin sebab buah ni bukan la favourite saya walaupun saya gila purple :) saya makan sekadar gitu2 aje. senang kata xda nak pulun sangat hihihihii 





cantik sungguh combination colour buah ni.. indah ciptaan Nya

 saya suka buah tembikai sebab kandungan airnya yang banyak berbanding buah lain boleh buat kita hilang dahaga.. manis nya pun dah cukup rasa xpayah nak tambah gula bagai kalau buat jus. tapi kalau dah blend dgn ais kena jugak la tambah sikit gula. saya gigih makan buah2 sebab nak bagi khasiat pada badan sendiri selain share dengan anakanda kami yang xmakan buah tu.. sofia



selalu jumpa yang warna merah je.. kuning jarang sekali



 yea.. sofia xmakan buah... segala jenis buah dia xsuka. tapi kitorang tetap ajak dan ajar dia untuk cuba makan buah. setakat ni kalau buah yang dipotong memang langsung dia xtelan. cara lain? kami bagi dia minum air buah.. haaaa senang kan? sebab semua orang suka minum jadi secara xlangsung dia tetap dapat khasiat buah tu walaupun dia xmakan secara terus

alkisahnya kat rumah sewa kami ni xda blender, jadi mama nya kena la kreatif demi nak bagi khasiat pada anakanda. saya lecekkan buah tembikai dengan sudu dalam cawan. tapi kena pastikan buah tu dah sedia sejuk sebab kalau xsejuk kurang sedap rasanya. kalau nak tambah ais pun boleh tapi oleh sebab saya xnak campur gula jadi saya biar rasa buah tu asli dengan manis tembikai tu aje. ingat.. kurangkan gula untuk sikecil :)


tercapai jugak la hasrat saya nak bagi sofia makan buah walaupun kena adjust sana sini serba sedikit :) kalau anak2 anda jenis yang makan segala buah dan sayur, alhamdulillah..banyak khasiat dia dapat. si ibu pun xda nak risau apa dah. kalau yang ada masalah macam saya ni, harus kena usaha lebih selalu ..




p/s : jangan putus asa dalam mendidik anak :)

xoxo

Wednesday, 29 June 2011

Wordless Wednesday : i do !



i do by colbie caillat :)



enjoy!




xoxo

Monday, 27 June 2011

sofia pada 1 tahun 9 bulan 12 hari

assalamualaikum..

short n3 hari ni sebab jadual yang padat sepanjang hari.. insya Allah esok2 nanti akan sambung sesi bercerita panjang lebar sampai tertunggu2 tagline 'xoxo' hehehehehe

semalam abah, mak dan achik buat surprise malam2 hari. lebih kurang kul 9pm achik call tanya 'alang, kalau nak gi umah kau, ikut exit mana yang senang?' ehhh betoi ke ni :) masa tu diorang dah sampai temerloh dah pun. bertolak dari kulim lebih kurang kul 3+pm. berhenti makan minum, solat, rehat. akhirnya sampai ke rumah kami lebih kurang kul 12+ tengah malam :)


masa tu sofia dah tido jadi gigih la aki nak kejut jugak sebab excited nak main dengan cucu yang sorang ni. sofia bangun juga akhirnya tapi moody sikit. lepas achik bagi cadbury baru la berani main laptop sama2 sambil bercerita apa ntah

jadi pagi ni abah ajak kami berdua *read as saya dan sofia.. en gie pegi keje* pegi kerteh umah kaklong. abah xsabar nak jumpa cucu yang lagi 5 orang tu. memandangkan abah ada dan kebetulan sofia pun ada date dengan cik misi maka saya ajak abah ke klinik kesihatan ibu dan anak jalan gambut.

kat sini  ramai sungguh umat yang menunggu giliran sebab klinik ni cover kawasan yang luas. kami tuju ke bilik 1 bagi kawasan telok cempedak dan yang sewaktu dengannya

lama jugak menunggu nak masuk bilik 1 tu, mana la cik misi tu merayap padahal no giliran dapat yang pertama tapi orang2 yang kemudian sampai dah masuk bilik lain dan selesai. kami dua beranak dok berjalan ke hulu hilir sambil jenguk cik misi yang xkunjung tiba. lenguh saya mendukung sofia yang asalnya tido masa sampai klinik tadi. kasut xbawa turun, terlupa.. jenuh la mama usung ke sana sini.


sofia pada hari ni :

10.2kg / 1tahun 9bulan / ~

sofia kena cucuk sebab masa lawatan 1tahun setengah, sofia belum cukup beberapa hari untuk genap umur 1tahun setengah. hahahaha ayat berbelit2

so far sofia menangis sekejap je.. elok keluar dari bilik cik misi yang ngular tu sofia dah diam sambil mama dukung masuk kereta. opah suruh tuam tempat kena injection tu. mujur ada face towel 2 3 helai dalam kereta, jadi letak kat dashboard yang panaihhh agak2 suam letak kat paha sofia

tujuan nya nak bagi ubat tu berjalan lancar jadi xde la bengkak kaki tu yang kadang2 menyebabkan si kecil merengek meragam sepanjang hari bawa ke minggu sebab rasa lenguh kat tempat cucuk tu



ehehhh baiknya baby ni.. gambar mintak kat mr google




dah selesai urusan sofia maka kami berlima bertolak dari kuantan ke kerteh.. cuaca panas sepanjang jalan, dugaaannnn.. banyak kan minum air yea untuk gain tenaga


nanti sambung cerita lagi.. xda gambar n3 hari ni sebab xsempat nak snap, kelam kabut cari tempat register, amik no giliran dan bilik rawatan. ni kali pertama sofia ke klinik ibu dan anak kat kuantan, faham2 je la yea


p/s : sampai sini baru saya sedar ni bukan versi short n3 hahahahahahaaha ampunnnnn!




xoxo

Friday, 24 June 2011

si dia yang makin lewat tidur dan bangun tidur ...

kadang2 je bangun pagi sengeh2 macam ni.. selalunya nangis sebab cari mama dgn ayah xda kat sebelah :)




assalamualaikum semua..

biasa x terjadi kita yang si ibu2 ni dah letih mengantuk xlarat nak bukak mata tapi si kecik ni still aktif main atas katil? hmmmm masa ni la dia nak usik sana sini , naik turun katil

sebab risuakan si kecik maka mama gigih bukak mata tahan selagi mampu sebab xmo jiran2 terkejut dengar sofia menangis terjatuh katil nanti hehehehehe


secara amnya berapa jam sebenarnya waktu tidur yang wajib bagi seorang kanak2 yang sedang meningkat usianya? wahhh ayat baku sungguh hahahahahaha

meh kita baca kat sini yea kawan2. setiap anak adalah berbeza jadi sesuaikan mengikut keperluan dan keselesaan mereka..

dok mengeliat x abih lagi.... :)


jadi kalau nak anak kita tidur lebih awal pada waktu malam, sebolehnya elakkan anak tidur pada lewat petang. means jam 5petang ke atas tu galakkan diorang beriadah 

biar diorang main puas2 dan letih jadi lepas mandi, makan malam dan berehat jap boleh la pujuk anak masing2 tidur yea.. bagi peluang mama nya on9 hahahahaha part ni jangan amalkan :p


kadang2 tu terjadi gak situasi yang xblh nak dielakkan, cth nya rytin tido siang yang terganggu sebab berjalan sana sini *shopping le tu, atau tetamu ramai di rumah *bising + jumpa kawan baru sibuk ajak main etc


apa2 pun kena pandai atur masa agar anak dapat waktu tidur dan rehat yang cukup. baru la xmeragam. tapi kalau sesekali miss ruotine xpe la bukan selau kan? mungkin anak pun nak merasa layan movie dengan mama dan ayah lewat2 xpun join mama teman ayah gi supper kat kedai mamak ehhehehehe



selamat beramal :)


xoxo

Thursday, 23 June 2011

mood : hijaukan bumi :)

assalamualaikum..

gambar ni di ambil pada sabtu yang lepas tapi hari ni baru sempat nak upload hihihii bukan busy mana sangat tapi banyak alasan yang tertangguh2 semua kerja hmmmmmm....

kami 3 beranak ke nursery terdekat dgn rumah. ikutkan mmg banyak nursery di jalan teluk sisek menghala telok cempedak. tapi sebab nak bawak sofia pegi playground sebenarnya maka terus singgah kat sini. lebih dekat dan banyak pilihan.. cuma harganya agak mahal :( jadi cuci mata je tengok pokok bunga yang segar2 dan terus ke misi sebenar beli tanah untuk tanam pokok serai dan kari hahahahahaha


gigih nak berkebun jugak padahal luas balkoni xbesar mana pun :) tapi sebab keperluan penting untuk masak memasak maka nak jugak try test bakat berkebun ..




cantik .. tapi agak mahal :(


sesuai untuk laman yang luas.. kalau dok apt xpayah berangan! :p


nak susun berderet kat balkoni tapi en gie lebih risaukan anak daranya ..


mak pesan jangan beli bunga macam ni sebab lepas habis berbunga langsung xberbunga2 dah.. terus layu mati kering


en gie yang tolong part kotor2 tangan. saya cuma bagi arahan je huhuuhuhu yea korek dalam sikit, jangan sampai tercabut akar tu bla bla bla ..


kami tanam pokok serai dalam pasu sederhana besar .. try je entah menbesar sihat dan kuat ke tak tak tau la :D pokok kari tu di pindahkan sebab pasu semai tu kecik sangat. dah nak kering sangat pokok kari tu tunggu tuan nya lambat sangat tukar pasu dan tambah tanah.. bertahan la yea?.. hihihhiiii


p/s : nanti saya tunjuk proses tumbesaran pokok saya yea.. itupun kalau panjang umurnya hehehe




xoxo

Tuesday, 21 June 2011

manusia sekarang semakin kurang peka ...? betul ke?..

assalamualaikum semua..

nak berkongsi pengalaman sendiri yang baru je terjadi minggu lepas. rasanya semua orang biasa melalui keadaan yang sama : sedang sedap makan di restoran terbuka atau tempat awam tiba2 kabus tebal lalu depan muka.. haaa asap rokok la tu..

bertambah sakit hati bila orang yang dok perasap tu boleh nampak dan patut nampak yang kat kawasan tu ada budak kecik. huhuhuhuh angin mama jadinya!
...
macam tu la yang jadi masa kami sekeluarga tengah makan kat fast food atuk janggut tc. memang sedia maklum kat tc tiap2 malam memang ramai orang. tapi sebab itu je yang paling dekat dengan rumah xsampai 5min jadi tuju ke situ aje la .. plus en gie dah lapar sangat katanya

kami amik seat kat luar iaitu kawasan meja luar restoran yang terbuka. xda aircond hanya angin laut kuat bertiup. kebetulan kat dalam agak crowded. antara lain yang memilih duduk di luar ialah kaum ibu bapa sebab temankan anak2 main playground sebelah tu. xkesah la walaupun agak bingit dengan jerit pekik budak2 janji kami selesa makan di meja sendiri.

xsampai 10min, ada la budak2 remaja lelaki lebih kurang 6 7 orang duduk meja sebelah.. sangka saya xpe lah, tengok cara budak2 baik je.

tapi xlama pun.. elok diorang selesai makan sorang demi sorang pakat perasap rokok.. adoiii saya yang tengah makan sambil suap sofia dah mula susah hati. rasa pening tiba2.. yea saya sekarang memang xtahan dengan bau rokok walaupun saya akui en gie pun hisap rokok. tapi satu hal yang saya boleh terima ialah en gie xhisap depan kami anak beranak. erti kata yang lain kalau dia merokok dia akan ke tempat lain. kalau kat rumah dia akan duduk di balkoni dan sliding door bertutup ...


en gie merungut bila asap rokok kaw2 kena ke arah muka sofia. saya masa tu diam lagi.. dalam hati saya doa moga2 en gie akan berhenti hisap rokok sebab terkesan dengan perangai orang lain yang xsensitif..

saya pandang ke arah budak2 tu. xda respon. masing2 leka makan, merokok dan bersembang... saya rasa saya patut tegur sebab saya ada hak untuk anak saya, sofia 


lain kali tolong peka dengan keadaan sekitar sebelum fikir nak memuaskan kehendak sendiri

akhirnya saya bersuara.. ringkas dan pendek ' sorry, ada baby kat sini ' sambil tangan tunjuk ke arah rokok .... saya ingat dia akan bangun minta maaf dan beredar ke tempat lain.. rupa2nya x! selamba je budak tu hisap rokok tapi kali ni rokok di hala ke bawah meja.. sama je sayang oii asap rokok tu tetap mai ke arah kami ni :( tapi saya perasan ada kawan dia yang semacam segan dengan saya .. pandang dengan riak bersalah. yang xberkenaan tu xpe saya faham, mungkin susah bagi awak nak menegur kawan sendiri kan?

xda cara lain saya makan secepat yang mungkin dan mengalah. mujur ada kotak chicky meal sofia, saya sumbat segala fries dan lain2 yang xmampu saya habiskan secepat kilat :)

saya harap satu hari nanti en gie akan terdetik nak berhenti merokok sebab memikirkan keselamatan orang lain sekeliling :) saya ada memujuk tapi en gie xmampu nak berhenti tiba2. xpe lah, biar lambat asalkan ada insiatif nak mencuba... mudah2an

kepada yang lain di luar, kalau nak merokok tu tolong lah perhatikan siapa di sisi anda. saya sakit hati tengok si ayah mendukung anak di kanan sambil tangan kiri memegang rokok yang berasap.. tolong lahhhhh prihatin pada anak sendiri. mujur en gie xmacam ni..

cerita panjang2 pun xmampu nak ubah hati manusia sekelip mata selagi dalam hati xda sedikit pun rasa nak berubah. buat en gie, bee sayang abang dan bee nak abang berhenti merokok.. tolong...demi bee dan anak

we love you!


mungkin atuk janggut patut letak sign ni besar2 kat open area tu :)


p/s : doakan en gie berhenti merokok yea.. terima kasih!!
xoxo

Monday, 20 June 2011

her bestfriend ~

assalamualaikum..

setiap manusia memerlukan teman dalam hidupnya. ada yang memilih manusia, haiwan peliharaan dan bagi budak2 biasanya toys atau watak superhero menjadi pilihan..

normal rasanya bila tengoksi kecik usung bear atau ben10 kemana2.. sampaikan ke tempat tidur. tapi kalau yang dah tua bangka pun usung bear besar gedabak kalah tinggi sofia, no comment lah! hahahaaha


diusung kemana saja :)

perkembangan terkini hidung pink si bunny dah tercabut !..


dapat meredakan sedih dan boleh berenti nangis bila dapat bestfriend dia yang satu ni..

ramai orang tegur sebab suka dengan bf sofia yang comeii.. cute diorang cakap bila tengok budak2 usung toys


p/s : nanti nak tunjuk bf ayah pulak.. hahahaha lagi dasyat kalau si dia ni.. sanggup tido lambat!



xoxo

Sunday, 19 June 2011

happy father's day ~

assalamualaikum..


buat dua lelaki yang amat saya sayangi dan hormati, selamat hari bapa! i love both of u so much!!


semoga abah dan en gie diberi kesihatan, umur yang panjang dan dirahmati Allah.. :)



abah yang amat sayangkan anak2nya.. kami tahu walau xdiberitahu :)

abah, kaklang minta maaf kalau sepanjang kaklang dibawah tanggung jawab abah, kaklang banyak menyusahkan abah..

kaklang doakan hajat abah untuk ke tanah suci akan termakbul xlama lagi. semoga abah kuat dan sihat untuk beramal ibadat, insya Allah

terima kasih juga sebab selalu ingat pada kaklang dan keluarga di sini. walau abah xbaca blog ni, kaklang tetap nak beritahu yang kaklang bersyukur sebab dapat abah sebagai abah untuk kami adik beradik.. harap2 dapat balik kulim jumpa mak dan abah x lama lagi.. rindu sangat2 :)

en gie and his two girl friend :)

abang, selamat hari ayah setiap hari .. walaupun kami xmampu nak bagi hadiah dan ucapan terhebat tapi kami sentiasa ingat.. ingat abang sebagai suami bee dan ayah sofia.

jaga kesihatan kerana kami memerlukan abang, kerana abang kekuatan keluarga ni. teruslah menjadi ayah yang penyayang dan peka pada keperluan keluarga.


kalau mampu disenaraikan, pasti banyak harapan dan doa buat mereka berdua... tapi cukuplah kalau mereka tahu kami menghargai setiap kasih sayang yang diberi...


selamat hari abah, ayah, bapa, daddy, papa etc



xoxo

Saturday, 18 June 2011

tahun ni warna apa pulak?

assalamualaikum..

orang lain dah lama gi tempah baju raya. saya baru nak pilih warna hahahahaha ketinggalan. memang tiap2 tahun pun selalu macam ni. last minute punya keputusan. kelam kabut xpayah cerita la kan? :)

bercerita hal baju raya tahun lepas, saya excited sungguh. siap tempah baju kurung untuk sofia yang genap setahun :) sayangnya baju tu pakai untuk bergambar je. baju je pulak tu, kain xpakai pun sebab saiz baju labuh + besar giler hahahahaaha tahun ni saya nak cari jugak sepasang pun jadi la..
sofia xtahan panas so point penting dalam pemilihan baju ialah kainnya nipis dan sejuk, xpayah berangan nak pakai baju berlapis2.

pilihan terbaik mesti la cotton yea tak? selain corak dan warna yang fancy sesuai untuk budak2, kain jenis cotton lebih tahan lama..
perfect untuk anak2 yang lasak pergerakannya. yea la kalau dah nama nya budak mana nak duduk sopan 24/7 kan? pakai baju kurung pun boleh berlari sana sini, terlentang dan berguling kat lantai :p


opah aka mak saya nak kaler putih .. hmmm.. nak tanya pendapat en gie pulak :) mat sorang ni payah sikit esp bab baju melayu. sanggup xbeli pun xpe, alasannya jarang pakai. lebih baik beli baju kat bee & sofia je.. huhuhuhuhuhuhuhu sabar je la!


pilih kaler kat sini je .. baru 7 jenis dah rambang mata :)





xoxo

Friday, 17 June 2011

outing pantai sepat ~ mei 2011




cuma nak share video ni yang akan saya simpan selama mungkin.. dengan tujuan nak tunjuk kat sofia bila dia dah boleh faham apa yang mama nak sampaikan..

mama dan ayah sayang sofia.. sayang sgt2 tp tu xbermakna kalau sofia belum berani mama nak biarkan sampai bila2. selagi mama dan ayah ada disisi, mama dan ayah akan bimbing sofia untuk mengatasi rasa takut tu. .. takut boleh dibuang dengan tunjuk ajar untuk membezakan sama ada ia memudaratkan atau x.


jadi biasakan lah pijak pasir tu, mama dan ayah akan teman sama.. :) pasir je, xda apa yang bahaya pun hihihihihihihi tapi sofia menangis macam kena tinggal sorang2 dalam bilik gelap :)



xoxo

Thursday, 16 June 2011

'unfriend'? xmemusnahkan hidup sikit pun :)

assalamualaikum..

hari ni kita buat sesi perbincangan aka meluah perasaan sikit, boleh?.. ala sikit je, sekadar menghilangkan rasa sedikit kecewa


saya memang jarang update status di fb. on9 boleh kata tiap2 malam tapi saya hanya suka baca dan komen status kawan2. kalau ada status yang memerlukan sokongan, saya klik 'like'. selain tu saya suka tengok gambar2 yang di post dan di share di fb.


lama membaca satu persatu status, saya singgah di wall en gie. niat hanya untuk berkongsi cerita melaui status dan komen kawan2 yang xsemua saya juga berkawan di fb. erti kata lainnya, saya x add mereka atas sebab2 segan kerana tidak begitu rapat selain xda agenda nak diborakkan.

terpandang satu status hamba Allah ni.. berkaitan drama Nora Elena membuatkan saya tertarik nak membaca selanjutnya. tiba2 saya terfikir, ehh dia kan 'friend' aku jugak.. tapi nape xnampak apa2 update lama dah kat wall aku?'  tapi kat sini ada pulak? erm, ......?


saya selidik lama jugak.. ada la dalam 30min mencuba. saya taip nama hamba Allah ni di ruang search kat wall bahagian atas sekali tu. tapi xda. xkeluar nama atau gambar dia. muka orang lain ada la.. saya xpuas hati, mungkin salah eja nama kot. yea la xmau tuduh melulu so kena siasat habis2 kan?

sah ejaan betul tapi tetap xboleh nak pergi wall dia. akhirnya saya buat satu kesimpulan mungkin dia dah unfriend saya dari list kawan2nya. dan oleh sebab tu lah saya xboleh nak jenguk wall dia. erm.. mungkin dah block terus kot.. ntah la saya kurang arif dalam hal fb ni

saya kenal dia melalui en gie. dia isteri kawan baik en gie. kalau di ingat2 pun bukan la saya yang add dia sebaliknya en gie yang tolong search dan request sebab dia yang kenal dan mungkin pada fikiran dia bagus kalau kami berkawan. saya xsangka pulak dia akan unfriend saya


sebelum ni pun kalau berjumpa di luar, dia xbercakap dengan saya kecuali masa saya datang kerumah dia sebab ada majlis kecil. saya sangka xpe lah mungkin dia bukan jenis yang suka bersembang.


mungkin saya bukan di kalangan standard dia.. xpe lah puan FS, saya xkisah pun. cuma saya kecewa sikit je sebab 'membuang' seseorang yang awak kenal .. tapi saya okey.. diulangi saya okey!



saya tenang je.. masih tersenyum sebab saya masih ada kawan lain :)



tu aje yang nak cerita nya.. erm abis dah.


p/s : kalau yea pun rasa semak kat wall tu, jangan delete atau block manusia2 yang kita kenal.. buat2 xnampak je atau pun scroll cepat2 turun bawah :) kalau yang rajin dok tag hal2 bisnes jual baju, kuih tu lain la ..




xoxo

Wednesday, 15 June 2011

"1st Giveaway : ~ Princess House ~"



jom join giveaway ni.. klik kat banner utk terus ke blog tuan rumah..


hadiah menarik menanti peserta giveaway ialah :~

shawl / tudung siti + kelip comel / cute brooch dari "Princess House"

menarik tu :) dan yang best nya seramai 5 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah oleh tuan punya blog :) best2!


mereka yang bertuah untuk di tag kali ni, sila2 join bagi meriah majlis :)


dan semua yang rajin serta sudi singgah blog saya :D

harap2 ada la rezeki kali ni .. nak shawl :) mana tau kalau2 menang boleh buat pembakar semangat untuk lebih rajin join giveaway nanti hahahaha


ooooh lupa nak cerita giveaway ni dibuat bersempena pembukaan @ perasmian kedai mereka iaitu "Princess House" beberapa hari yang lepas :) tahniah dan good luck!

semoga perniagaan yang dijalankan akan mendapat pulangan yang lumayan insya Allah :D dan kuatkan semangat menghadapi dugaan dan ujian dalam dunia bisness


xoxo 

Tuesday, 14 June 2011

perlu ke mama risau jika anaknya geli nak pijak pasir & rumput?... :p

assalamualaikum..

lokasi : pantai sepat
masa : sebulan yg lepas :)
situasi : sofia mintak didukung sepanjang 1jam pertama sebaik sampai..


sofia menangis kaw2 sampai orang keliling pakat pandang *apa la mak dia buat sampai anak nangis macam tu..
hahahahahahaha punca nya senang je.. sila scroll ke atas semula dan baca tajuk n3 hari :)

yea dia geli @ takut nak pijak pasir. dan keadaan yang sama berlaku kat kawasan berumput. bayangkan sanggup pulak dia berpaut kat lengan saya sambil angkat kaki tinggi2. lama pulak tu. punya la xmo bagi kena pasir tu. kalau letak jugak dia akan nangis dan xbergerak ke mana2 walaupun saya berdiri hanya 5 tapak di depan. hah dasyat sungguh la!..

teknik yang diguna pakai untuk memesrakan dia dengan persekitaran ialah dengan dukung sambil berjalan. tunjuk segala siput dan tapak sulaiman yang ada. sambil tulis kat pasir guna kayu. lukis muka bunny dan bentuk apa ntah yang mama kenalkan sebagai 'cat' hahahahahaha

memang amik masa tapi akhirnya dia ok! alhamdulillah. saya sangkakan next outing xkan ada masalah macam ni lagi tapi rupa2nya sama je. dia akan amik masa lebih kurang 1/2 jam untuk cool kan diri lepas tu dia akan berjalan dan main macam biasa

yang penting jangan paksa anak. bagi masa untuk dia sesuaikan diri. teruskan usaha untuk pujuk dan pujuk ..

gambar ni setelah mama ulang kali keberapa ntah, 'jom lah balik.. xbest la kalau datang sini tapi xmau main..' mcm ada unsur paksa....?.. :)


dah boleh pijak tapi xmo sentuh pasir lagi ..

akhirnya .. habis sampai kekepala ada pasir.. main pasir dengan ayah, tutup lubang ketam :)



ada video jugak pasal ni .. nanti saya upload. terlupa nak post awal2 sebab semuanya dalam hp tu yang asyik tertangguh2. last2 dah agak basi baru nak letak sini :)


tu jer.. saya harap lama2 nanti dia ok dan xperlu ada sesi nangis geli setiap kali datang pantai



xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...