me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 13 June 2011

pencapaian terhebat saya :)

assalamualaikum..

selalu jugak saya singgah blog masak2 dan antara blogger yang selalu menjadi rujukan saya ialah cik mat gebu, mamafami, dari dapur madihaa dll .. saya xmampu la nak masak hebat2 macam diorang tapi sedikit sebanyak membantu saya terutama bila xda idea nak masak apa. selain belajar memasak resepi yang sedia ada dan semua orang sedia tahu kecuali saya :)

kadang2 tu resepi yang mudah tapi oleh sebab xtahu maka xpenah buat hihihihihi selain menu lauk pauk, saya belajar resepi kuih muih.nak beli tiap2 hari almaklum je la.. en gie balik keja pun dah maghrib mana nak jumpa kuih :p


maka gigih la saya mencari resepi karipap sebab anakanda kami yang suka makan karipap :)
dah x ingat mana saya jumpa resepi tu.. lama dah saya save tapi xbuat2 hehehe

resepi saya ikut sukatan agak2 sebab sukatan yang diberi dalam timbangan gram.. mana nak cari penimbang dalam rumah orang yang masak ikut suka campak ni :)


proses menguli dan mencanai saya buat cepat2.. sebab sofia pun sibuk nak sua tangan nak tolong mama katanya  hmmmmmm


saya buat khas untuk sofia :)

bahan2 asas ialah tepung gandum, air suam * kalau guna air sejuk mungkin sama je kot ... ,sedikit garam dan marjerin * saya guna planta

semua bahan diuli mengikut kesesuaian, yang penting masukkan air sikit2


menu makan pagi kami hari ni :)


saya buat inti sardin sebab rempah kari yang ada tu agak pedas.. saya ada banyak stok rempah kari giling made from lunas, kulim.. terbaik... sedap! tapi memikirkan nak bagi sofia makan, maka saya pilih sardin cap ayam :)


sofia makan kulit luar je :) keutamaan kat kelepet karipap

saya guna acuan jadi dapat la karipap yang cantik je kelepet nya hihihi

untuk adunan tepung yang lebih kurang 3 senduk saya dapat karipap 20+biji


selebihnya saya goreng separuh masak untuk simpan dalam peti sejuk..

en gie cakap sedap hehehehe pandai abang amik ati :)



p/s: nak belajar buat kuih apa pulak lepas ni?


xoxo :)

Sunday, 12 June 2011

kalau xcuba, sampai bila pun xkan tau ....

assalamualaikum..


anak2 kecik ni kadang2 kalau ditegah yang tu jugak la yang dia nak cuba buat. kita sekat keinginan mereka yang secara xlangsung boleh menyebabkan mereka malas mencuba benda baru bila semakin besar


awalnya saya bagi 2 mangkuk plastik berisi sayur dengan tujuan dapat alih perhatian dia sementara saya nak siapkan menu lain. sambil tinjau2 saya tengok ok je jadi saya biarkan. bila dah lama dia senyap, saya tengok rupa2nya dia tengah concentrate nak siang sayur2 tu. pandai anak mama!


sofia memang susah makan sayur. macam2 cara dah cuba tapi xjalan jugak. kalau sesiapa ada tips sudi2kan lah share dengan saya.. terima kasih!


warna terang menarik perhatian + rasa ingin tahu

tersengih dapat 2 mangkuk sayur :)

tolong bukan main tapi xmakan sayur...

kubis yang siap di koyak2 oleh sofia




xoxo

Saturday, 11 June 2011

itu tandanya dia ingat pada kawan2 :) .....

assalamualaikum...

terima kasih buat pengantin baru en akmal dan paun azian. akmal ni kawan se ofis en gie. yang terharu nya   *ehh terharu sangat ke? diorang ingat kat kawan2 yang xdapat nak pergi kenduri mereka di kl hari tu


kepada pengantin, doa kami sekeluarga semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah :) bila la agaknya dapat jumpa pengantin baru ni yea?.. last jumpa en akmal pun masa outing ytl kat pantai sepat hari tu.. dengar kabar wife nya lecturer.. waaah harap2esok anak2 pun berjaya macam mama dan papa nya hehehehehehe baru kawin saya dah pandai2 panggil mama papa hihihihihi

kami dapat gift yang best dari pengantin .. dari kami kepafa pengantin?.. erm xde hahaha




dapat coklat 4bj yang cumelll dan sedappp!

coklat bar cadburry sofia dah pulun awal2.. tinggal choclairs je :)

gift dari pengantin :)

pengantin of the year :p





p/s : kadang2 kita sangka kawan kita selalu ingat pada kita tapi hampeh je...


xoxo

Thursday, 9 June 2011

dia belajar perkataan baru.. ~

assalamualaikum semua ..

petang tadi cuaca baik dan sesuai untuk sesi riadah. maka mama pun dengan hati yang gumbira nya bawak sofia turun berjalan kat parking lot yang view nya mengadap laut weeeeeeee best tau!


seronok sofia berjalan sana sini sambil tunjuk bird, pokok, flower dan semut ehhheehehehehe .. kebetulan angin masa ni agak kuat, sofia pun excited siap nganga2 mulut. motif? xpasti ...

angin yang disebut sofia sebagai 'anging' hehehehehehe

sofia tunjuk pokok pinang :)

siap mencangkung tengok semut bekerja..




sofia at the age of 1 year and 9 months dah boleh sebut banyak perkataan .. yang buat mama dan ayah  banggga dengan pencapaian baru nya :)


ada satu video yang saya sempat rakam masa sofia sebut perkataan angin as 'anging'  hehehehe tapi belum transfer. td dah suruh ayah tolong transferkan tapi terlupa plak.. lain kali saya upload


xoxo

Wednesday, 8 June 2011

mendidik hati ~

assalamualaikum ..




 macam mana caranya nak menghalang diri dari berfikir yang negatif tentang orang lain?

selalu terjadi bila bercerita tentang seseorang, kita lebih mudah membuat tanggapan yg kurang baik.

contohnya, bila orang lain memberitahu yang si dia dah 'maju' setapak kita dengan mudah berkata, ' alah.. boleh la dapat macam tu sebab dia ......' jarang sekali kita dengar 'alhamdulillah, bagus la dia dapat macam tu'


contoh kedua ~ tiada balasan mesej setelah 10min berlalu.. hmm yang ni selalu jadi kat kita kan? ala ngaku je hihihihihihhihihihi mula la dalam hati dok ingat 'sengaja xmau reply, kalau call tanya jap lagi mula bagi alasan ada meeting la, xdengar mesej masuk la bla bla bla' tapi sebenarnya banyak lagi tanggapan negatif yg kita cipta selain contoh diberi.. betul tak?


nak jadi manusia yang peka pada hati dan keperluan orang lain :)


pokok pangkalnya macam mana nak mendidik hati supaya bersangka baik dengan semua orang..?         xmau tambah dosa setiap masa ;(



xoxo

Tuesday, 7 June 2011

"7th Anniversary GA !!!!!" ~ by ajumohit aka sweet family ~




assalamualaikum..

firstly thanks alot to yanna yang sudi tag saya untuk give away kali ni dari blogger sweet family :) dah lama x join, harap2 kali ni ada rezeki untuk menang sebab teringin nak dapat hadiah nya yang best tu!


elianto cosmetic ~ ;)


kepada semua yang baca n3 kali ni patut cuba join jugak sebab syarat2 nya simple je.. yang penting pemenang ditentukan oleh 'random.org'. sangat adil dan saksama kan? hihhhiihihihihiihihiihii

kepada yang berminat, jangan susah hati sebab peluang terbuka hingga 30hb jun 2011. so apa lagi, jom pakat2 terjah blog akak kita disini jangan lupa follow blog tuan rumah terlebih dahulu pastu baru boleh join GA :)


kepada sis ajumohit ;

saya doakan kesejahteraan anda sekeluarga :) ~ kesihatan, kekuatan dan kelapangan

keceriaan disamping suami dan anak2 :) ~ kerenah yang menjadi memori indah

kebahagiaan dunia dan akhirat ~ ketabahan memimpin dan mendorong keluarga

dan yang paling penting rumah tangga yang aman damai, saling bertolak ansur serta saling mengasihi



p/s : kebahagiaan bertahun2 melayari alam rumahtangga ~ saya nak juga! .. :) insya Allah ..


untuk itu saya dengan bahagianya nak tag rakan2 blogger ini ;





selamat mencuba nasib :) 

xoxo 

hari cuti bekerja buat ayah ialah hari bersama keluarga buat mama & sofia :)

assalamualaikum .. 


jom layan gambar sekeping dua :) aktiviti petang ialah beriadah sambil melihat keindahan alam .. bersiap apa yang patut, kami ke taman kejiranan teluk sisek

melayan sofia main gelongsor, buaian dll kami berjalan mengelilingi taman .. mesti diselitkan aktiviti mengeluarkan peluh .. baru la sihat dan kuat hehehehehe



sementara menunggu ayah siap mandi, kami bergembira dua beranak hahahahahaha


malamnya sofia mengantuk lebih awal dari biasa :) bagus2 bagi peluang mama on9 yea sayang ?..






p/s : sofia senyum sepanjang hari mengisi setiap masa dengan ayah si buah hatinya :)




xoxo


Monday, 6 June 2011

sofia yang sunyi ~ kesian sayang mama ni ....

main sorang2 kat balkoni sementara mama angkat kain kat ampaian


sambil cuba nak panjat tinggi2

hanya ber tshirt dan ber cd sebab agak panas dalam rumah ~ aircond bekerja keras :)


sambil main sambil panggil tupai, bird dan monkey :) mesra alam yea anak mama ni ?..



xoxo

Sunday, 5 June 2011

update dari kuantan ~

asaaalamualaikum ..

hari2 pun memang update dari kuantan. agaknya dah xda idea nak letak tajuk n3 hari ni hahahahahaha

malam semalam pak uda aka adik lelaki saya sampai dari kl. tujuan asal ke sg isap kawan se'mmu' dan se'ofis buat kenduri kawin. sampai kenduri lewat gila 5pm+ sebab kawan nya dari kuala terengganu sesat :p

dah selesai makan nasi kenduri yang dah xbanyak mana, diorang gi meronda kat ecm pulak. sempat layan movie 'insidious'.. sampai rumah kami pun dah 10pm+. makan nasi sorang2 sambil en gie layan berborak. sofia dah lama tdo tunggu pak udanya lambat sangat

esok nak pergi tengok cerita ni .. carik dvd je :) shhhhhh... 

 nanti kalau saya free saya akan buat review nya kat n3  akan datang.. tp xjanji ahh bergantung kepada kerajinan  hihihihihihh



pemandangan pantai yg dekat dgn rumah kami ~ masa ni air pasang

pagi ahad macam biasa kami ke pasar tani memenuhkan peti ais dengan stok untuk 5 ke 6 hari.xbanyak lauk yang dibeli sebab xjumpa orang yang jual daging yang selalu en gie beli tu ehhhh awat ayat macam xkena ja? sayur plak macam xbanyak pilihan .. balik2 carrot , kubis, tomato dan brokoli. macam dah jemu tengok lauk tu je ..

breakfast di kedai pagi ni . makan nasi kukus dengan ayam goreng berempah :) memang terbaikkkk :)

selesai makan, boleh pulak pergi jalan lagi.. haihhh rajin no? kami ke jalan beserah, membeli hasil laut segar2. tempat ni ialah tempat nelayan bawa naik hasil tangkapan masing2. jadi kualiti dan harga memang dijamin puas hati. apa entah nama tempat ni.. nanti kalau ingat saya snap gambar tempat ni.. lain kali la yea




en gie dan fahmi enjoy the view sambil sesekali basah dek percikan air laut yg tkena tambak


saya tengah memasak bila tiba2 terdetik nak tengok sofia buat apa.. sebab senyap sunyi rumah masa tu. hairan aihh

tinjau2.. rupa2 nya elok je diorang berdua dok berlepak sama2 sambil sofia cerita apa ntah




sofia dan pak uda tiba2 jadi bestfriend ~ layan boboi boy sambil pak uda tunjuk app iphone nya 'talking tom' :)

bagus2 akhirnya sofia dah baik dengan pak uda :) masa awal2 pagi tadi jenuh pak uda pujuk macam2 sebab nak ajak main sama. tapi xlayan .. bila dah tinggal berdua kat depan tv elok pulak diorang berkawan :) kualiti gambar x ok sebab kelam kabut nak snap sampai flash camera hp x adjust.. erm xsempat adjust sebenarnya..



nak kongsi cerita dengan kawan2 semua... saya masak lauk ketam hari ni! buat pertama kalinya setelah berkahwin hampir 3 tahun :D


xoxo

Saturday, 4 June 2011

menunaikan keinginan si dia :)

si comeii bertelinga panjang :)


berani dalam takut nak sentuh si bunny


seronok tengok si bunny makan nyum nyum nyum :p

bila mama ajak balik, kepala still tengok si bunny.. berat je nak melangkah :)



sekadar menunaikan keinginan dia.. dapat melihat, menyentuh dan mengenal en arnab aka bunny. sofia senyum lebar dan mulut asyik bercerita pasal arnab. mama dan ayah xfaham, tapi tetap angguk laju2


sempat jalan2 jenguk harga sangkar untuk letak arnab atau kucing. wahhhh boleh tahan mahal jugak! jadi cukup la kita sekadar melihat2 aje yea? kalau ada rezeki sofia, maka ada lah :)

yang susah hati tu sebabnya nanti sapa yang sudi voulenteer nak cuci sangkar dan mandikan segala pet yang ada? mama lah tu....!





xoxo

Friday, 3 June 2011

dunia kami bertiga ~

assalamualaikum..


en gie bercuti hari ni. katanya dah lama dah apply cuti sebab nak rehat puas2 kat rumah. letih bekerja sepanjang minggu. pergi site, panjat tower, outstation merata..

saya? mengalu-alukan dia untuk bercuti :) sebab itu tandanya saya ada teman berbual sepanjang hari hehehehehehehe


lokasi : restoran ketupat, kuantan



my sweet girlfriend and boyfriend .. always together2

banyak undangan kahwin sepanjang 2 minggu cuti sekolah ni.. tapi satu pun xdapat kami hadiri sebab semuanya di utara. jauhhhhhhh ............ perjalanan balik je dah makan satu hari. tambah dengan keadaan kereta yang masih sakit, maka kita dok diam2 kat kuantan aje yea :)

kita outing puas2 sekitar kuantan ok? hehehe outing la sangat, padahal asyik keluar gi kedai itu kedai ni beli barang dapur dan keperluan rumah. selain ayah bawak anak dara nya pegi playground :)


oohhh ada jugak kami keluar makan kat luar, almaklum lah hari bekerja xsampai hati nak ajak sebab en gie sampai rumah pun dah 8pm+ jadi bila dia dah tanya nak keluar ke tak, jangan tanya soalan lagi terus siap je hahahahaha

pembantu kedai xbergaji :) sebok tolong susun kerusi meja sebelah ..

big huggggg!


sambil tunggu air sampai, kita buat senaman ringan..


sofia excited pakai baju baru ~ tshirt elmo yang en gie beli kat pasar payang semalam. cantik kan? rasa rugi plak xda saiz mama, kalau x saya dah rembat satu. nak sedondon dengan sofia ala2 twin hehehehehe

 

angkat tangan dan goyangkan pinggul.. bagus ni sebab kejap lagi nak tambah lemak lagi jadi buang yang stok lama2 dulu


sirap bandung ais untuk mama dan jus tembikai untuk ayah.. sofia? dua2 pun dapat! :)


ramai ibu bapa yang mengeluh katanya anak mereka lambat atau malas bercakap. satu langkah penting ialah setiap ibu bapa patut mula bercakap dengan anak dulu. kalau kita selalu memulakan perbualan dan pertanyaan, secara xlangsung anak akan berminat untuk bertanya lebih lanjut tentang sesuatu hal

ajar anak bercakap dan tanya sebanyak mungkin ..


contoh : untuk minggu pertama tunjuk dan sebut dengan jelas 'mata'. masuk minggu kedua tanya pada anak 'mana mata sayang/adik?' kalau betul tepuk tangan dan tunjukkan penghargaan. kalau salah jangan pakat2 ketawa atau marah sebab mak fed up dok ajar banyak kali. ajar lagi dan lagi


kalau pegi supermarket, ajar anak untuk kenal item2 penting yang ada kaitan dengan dunia baby. jangan la pulak di ajar untuk mengenal jenis2 ikan. yang tu mak pun fail! hahahahahahaha

kadang2 bila anak bercakap, ada ibu bapa yang buat xpeduli. sibuk dengan kerja, tgk tv, makan dan ada yg xfaham sebab anak masih pelat atau xjelas percakapannya. bila orang dewasa xbagi respond yang baik, maka budak2 akan anggap xda sapa nak dengar dia bercakap. jadi sedikit sebanyak ia mempengaruhi anak2 untuk  malas dan lambat bercakap


jadi ingatan untuk setiap parents, ajar anak bercakap dengan jelas sejak kecik lagi. kalau boleh elakkan mengajar anak menyebut secara pelat. esok dah pelat betul2 bising pulak mak bapaknya :)


p/s : ingatan buat diri sendiri :)


xoxo

Thursday, 2 June 2011

hari kedua kami di marang & kuala terengganu ~

assalamualaikum..


sampai kuantan 11 lebih tadi.. 11 malam yea bukan 11 pagi :) memandangkan n3 banyak gambar maka sikit aje la yang boleh di taipkan. kena la seimbangkan n3 kan? kalau dah banyak celoteh kena kurangkan gambar, kalau dah berderet gambar xpayah la nak cerita panjang2.. x gitu :p

*read as mama keletihan memangku sofia yang tido sepanjang dalam kereta. asal masuk keta je dia lena.. jadi alasan utk seimbangkan n3 tu bukan alasan utama :D


sofia bergaya dengan tudung baru ayah beli kat pasar payang.. mms kat opah n ummi :)

elok sampai rumah, sofia pun jaga. saya dah susah hati takut dia lewat tido. mama dah ngantuk tahap gaban ni sayang oii.
ha, sebelum terlupa gambar dalam n3 ni memang sengaja disusun macam ni. cerita mengikut gambar adalah dari malam sebaik sampai di kuantan reverse sepetang di masjid terapung dan makan pagi di marang.. sori la kalau menyusahkan readers utk faham cerita :) peacee!



mood extra happy dapat peluk bunny yang sengaja mama tinggalkan sepanjang 'percutian' ke kuala terengganu


en gie singgah solat asar di masjid terapung ~ cantik pemandangan kat sini. ramai orang datang bersolat dan berehat. kawasan berhampiran ada tempat jual2 baju dan cenderamata.

oleh sebab mama xdibenarkan masuk kawasan masjid atas alasan yang xboleh disangkal sesiapa pun maka kami dua beranak terus mencari toilet. misi nya nak salin cd sofia. sofia berpeluh sakan masa ni. cuaca pun boleh tahan terik walaupun dah lebih 5pm


kami sekeluarga di masjid terapung, kuala terengganu .. :)


sempat tukar cd dan mandikan sofia kat sinki kecik tu .. sofia berpeluh sakan time ni, rambut pun dah macam apa je

 tengah hari sebaik check out kami ke pasar payang di kuala terengganu. mulanya ingat xnak beli apa2 sebab bajet mesti harga mahal time cuti sekolah.. last bila dah jalan2 mula la tangan belek itu ini sambil angkat2 kening kat en gie hehehehehehe

mama dapat tudung saji *jauh2 kau pegi beli tudung saji hahahahahaha* yang cantik sebab ada anyaman, brooch tudung,

sofia dapat tshirt elmo dan tudung bling2

ayah borong makanan :D buah salak, dodol, keropok keping, lagi apa ntah ..

otw balik sempat singgah kelulut beli keropok leko yang sedap. makan panas2 best! terbaikkkk

sofia hepi sangat time ni.. riuh dia bagitau 'mama, cat cat ' sambil mata melilau tengok kucing keliling meja :p

 ni pulak cerita pagi tadi, kami bersarapan dekat je dengan guest house. saya makan nasi lemak berkongsi dengan cik sofia. en gie makan nasi dagang.

lepas makan, en gie dan en roy pegi site siapkan keje. kaum ibu dan anak balik bilik rehat2 tengok tv. hahahahaha best2 nikmat weii perut kenyang lepak diam2 dalam bilik ada air cond. mata layu jer, tapi sibuk belek hadiah sedar2 dah pukul 12 lebih. sofia tido lagi so cepat2 la kemas kain baju. kutip segala apa yang patut. buang sampah. elok je mama nya siap bertudung sofia pun terjaga hihihiihi bagus2!

mandikan sofia yang sibuk tanya ayah.. ayah belum balik la. entah kat site lagi ke xpun dah otw balik. saje malas nak mesej. yang penting siapkan barang2 dulu kalau xnanti lambat check out leceh la plak

sebaik check out kami ke pasar payang. 'memberi' wang kepada peniaga2 yang cantik dan peramah disana huuuhuuhuhu cantik la songket tenun kat situ.. harga pun boleh tahan mahal. padan la dengan hasil tenun yang superb tu

cubaan untuk turun sendiri setelah xberjaya memujuk ayah


leka sofia tengok kucing tu makan ayam :)


sofia bodek ayah nak turun bawah ..


anak kucing yang nyaris2 diangkut bawak balik ke kuantan :)

sinopsis : sarapan pagi di marang : en gie pegi site di rusila : check out 1+pm : shopping di pasar payang : bertolak balik : solat asar masjid terapung : singgah pantai kelulut beli keropok lekor : makan malam di balok : selamat tiba di kuantan



xoxo

Wednesday, 1 June 2011

dia bekerja, kami bercuti :p

assalamualaikum ..

keputusan yang dibuat last minute ~ asalnya kami mandi awal pagi ni sebab en gie ajak breakfast di luar sebelum dia ke outstation. makan nasi lemak sambil suap milo ais kat sofia pagi2 memang xboleh diamalkan selalu. mula2 nak mintak milo suam tapi dah termintak lain so terima aje la :p


sambil makan xsempat nak sembang banyak sebab sibuk layan sofia yang sekejap tegur kucing, pastu nampak lalat sibuk nak halau.. belum kira dia ralit tengok orang lalu lalang, mama suap suh bukak mulut dia xdengar. tiba2 en gie tanya 'bee kalau siap sekejap je kan? cuma pack baju je.. kan?' 'erm nape?' 'jom lah ikut abang gi sana, esok kita balik' 'ehh nape?' yea saya suka tanya kenapa kenapa kenapa atau nape.. hehehehehehehe 'jom la, kesian kat sofia nanti dia carik pulak' *read as carik ayahnya

maka sambil tangan menyuap nasi, kepala ligat berfikir baju mana nak dibawak, beg kat mana dll. bila dah ada list dalam kepala senang sikit keje. sampai rumah terus kutip2 je dan pastikan semua yang drancang dibawa. beza kalau dah sampai rumah baru nak duduk fikir, memang nak kena tinggal la jawabnya! hahahahahaha


suka tengok gambar ni ~ sofia selsema :p

en gie bagitau kawannya akan sampai 8.30am.. masa balik dari kedai pun almost 8am. gigih mama kemas baju dan cd. en gie tolong kutip toiletries. 15min dah setel. sempat jemur kain yang basuh sebelum keluar gi makan tadi. kemas katil dan bilik tidur *yea, tadi bangun2 terus mandi dan siap nak keluar xtarik cadar apa pun :p basuh apa yang patut dalam sinki, buang sampah dan .... sapu sampah 

orang yang ditunggu xsampai2 lagi ~ sabar je la



bila la nak siapkan album kawin? ^-'


breastfeed sofia xsampai 5min, sofia dah sampai la la land hihihihhiihihi alhamdulillah perut dah kenyang, senang je dia tido

kami bertolak dari kuantan 9+am.. agak lewat dari plan awal, mana nak kejar meeting tengah hari tu jugak kat kuala terengganu huhuhuhu pandai2 la yea

check in di marang guest house elok2 je masuk waktu zohor. kami ambil 2 bilik sebab masing2 bawa keluarga. opps lupa nak bagitau kali ni kami ke sini dengan family kak ogie (roy suami nya ofismate en gie)
bilik ok jer, cuma bilik kami lebih kecik dibandingkan saiz bilik kak ogie padahal harga sama rm85. ermmmm....
ada air cond, water heater, queen size bed, tv channel 1 2 3 7 8 dan 9..dari luar ala2 rumah kampung sebab dindingnya kayu.. ok la not bad

gambar xde lupa nak snap :)

ape2 hal bagi anak makan dulu.. tips agar anak xmengamuk bila dah plan nak jalan2 sambil window shopping :p

keluar semula cari tempat makan.. sebelum tu drop en roy kat hotel apa ntah.. primula kot, dia ada meeting. maka en gie bertukar menjadi driver paksa rela yang mengusung anak bini nya dan anak bini roy hehehehehe

makan kat kuala terengganu xsusah bagi yang xmemilih. memilih dalam konteks ni merujuk kepada mereka2 yang boleh telan segala gulai yang manis pada hal kalau kat rumah makan gulai secukup rasa masin dan ada pedas2 sikit. kena pandai2 cari kedai yang mengikut selera tekak

en gie suggest kedai yang best.. sedap tapi tu lah punya sedap makan, gambar xda, nama kedai pun xtanya en gie hihihi tapi sebelah dia ada gerai yang jual macam2 kuih muih seawal 1pm. mahal nak mamp! kuih seri muka sepotong saiz 3 jari harga dia seringgit! seketul tu je.. kak ogie bayar je sebab dah amik :)

saya excited nampak kek coklat belasah amik 3 potong konon xmau berebut dengan en gie dan sofia nanti.. sekali seketul kek tu harga seringgit jugak.. hmmm xpe la saya bayar je sebab bajet kek tu marvelous bertingkat2 .. saya cerita pasal harga kuih2 kat en gie, dia senyum je tapi bila sampai part harga kek yang xsedapppp tu dia terus kata ' tu la, sapa suruh amik banyak2' ehh kita beli sebab ingat kat anak dan suami. kalau la saya tau xsedap, memamng xkan beli la kan? kalau beli jugak itu mungkin petanda awal saya kurang cerdik hahahahaha


usung bebear sampai ke marang ~ bear hadiah beli kitkat zaman mama masih bekerja 6 7 tahun yang lalu huihhh lama aih


selesai makan terus balik ke marang semula. rehat2 lagi pun cuaca sekarang panas terik. nak jalan2 pun malas. tunggu la redup sikit baru best kan.. esp kalau dapat jalan tepi pantai ^-^


sebelum balik marang en gie singgah jumpa kawan. nak amik barang katanya. bila dah sampai bilik baru en gie tunjuk.. saya dapat hadiah hehehehehehehe hepi2! terima kasih en gie! best la kali ni, dapat outing pastu dapat hadiah. alhamdulillah.. cerita pasal hadiah xboleh post kat sini atas permintaan en gie tapi tengok la nanti kalau ada masa saya bagi hint. pastu ikut suka la nak teka ke tak hehehe


sepanjang petang tu saya temankan sofia tido sambil en gie belek2 hadiah saya.. ehh kenapa dia yang belek bukan saya? hahahahaa xpe bagi peluang :p

memandangkan sofia masih tido, maka saya x ikut en gie gi kt *kuala terengganu amik en roy balik ke marang. anak2 kak ogie pun baru tido masa tu. masing2 letih jalan jauh. sempat la saya update fb sekejap sambil layan nora elena


tunggu punya tunggu, saya dan sofia dah siap mandi tapi en gie xsampai2 lagi dari kt. en gie mesej bgtau bos dia ajak gi makan, xboleh nak elak. hmmm maka kami berdua layankan makan biskut oreo sementara en gie balik bawak gi makan

makan kat kt. restoran tu ada jus buah naga. best dan terbaikkk lah! kat kuantan xjumpa lagi. saya makan nasi minyak malam2 hahahahaha ketepikan soal lemak tepu ke ape yea. ada saya kesah? janji perut xbunyi .. iskhhh riaknya! :)


selesai makan, kami berpeluh bersesak berjalan di lokasi fun fair. tempatnya dekat dengan stesen bas ekspres kalau xsilap. xmasuk fun fair pun, xda keja.. destinasi dituju ke tapak jualan macam2 benda kat sebelah tapak fun fair. ada tudung, baju, aksesori, kasut dll. saya beli inner tudung, makanan ringan buat nguo ngap dalam bilik, dan belon kat sofia. xbeli tudung atau shawl walaupun tu la tujuan asal nak ikut gi kt. sebab harga lebih kurang sama dengan di kuantan. so lebih baik beli kat sana je nanti


sofia dah tido masa kami sampai bilik. dah lewat sangat, 12lebih.. saya pun xtersengguk2 sambil update n3 panjang berjela ni. hahahaha saya memang suka menulis, kalau dah ada mood memang banyak la idea nak cerita. cuma menarik atau x je :)


ok esok saya sambung cerita selanjutnya.. ada dengar2 macam nak ke pasar payang esok :p



p/s : en gie punya keje postpone esok. ehh boleh ke cam tu?..




xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...