me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 12 April 2011

sofia tetap yang istimewa di mata mama dan ayah ~

 assalamualaikum..

tiba2 hari ni buat tocang dua kat sofia. hihihihihihii sikit aje rambutnya tapi mama gigih nak buat jugak. sofia pulak good mood, tahan aje apa mama buat kat kepala :) sayang anak mama




sofia dengan mia ~ jauh beza kan? yang pasti dua2 comey :)



 

lambat lagi nih nak tunggu rambut sofia macam mia hihihihihihi




 

senyum control .. geramnya! nak gigit pipi boleh sayang2 ku?





setelah penat di make over, the best treat of the day .. breastfeeding time! 





p/s : 'dia' tu sebok je komplen2 kenapa rambut sofia xlebat macam orang lain.. ehhehehhh biar la bukan kacau hidup orang lain pun.. yang penting anak i sihat dan bijak insya Allah





xoxo

Monday, 11 April 2011

will you be mine?..

assalamualaikum ..


tadi en gie bawak balik something.. katanya setiap staf dapat. mulanya buat xdengar je sebab kelam kabut masak2 en gie nak makan, lapar sangat katanya sebab tengah hari tadi xsempat nak gi makan..

tiba2 dengar sofia dok cakap, 'ello ello mama ello ...' ohh hand phone rupanye..





so en handphone yang menarik tertarik, will you be mine?   




p/s : abang, ni untuk bee ke? :)


xoxo

Sunday, 10 April 2011

tips asuhan alami cara saya bila anak demam atau selsema ~

assalamualaikum..

tips penting buat anak yang demam ialah kena banyakkan minum air.. esp air kosong. bila demam, selera makan pun makin kurang, tekak xboleh terima sebarang rasa. kalau ikut tekak memang xnak makan apa pun .. kan?
sebab semua xsedap. di tambah dengan selsema, kuah yang manis, masin, masam langsung xda rasa


hari ni sofia dilanda selsema lagi.. agaknya sebab main air lama sangat. tu pun jenuh pujuk, ugut sikit dan pujuk lagi baru la dia nak keluar bilik air. tapi xpe la, selsema aje.. kali ni xbagi sofia makan ubat pun sebab rasanya xteruk mana pun selsema tu. xnak dia bergantung sangat dengan ubat. bersin sikit dah telan ubat, hingus meleleh makan ubat. nanti badan dia tak kuat kalau asyik bergantung dengan ubat..

setakat selsema dan demam sikit biarlah badan dia bertindak balas sendiri. lagipun ada pendapat kata bila badan xsihat itu tandanya ada perubahan dalam badan kita. jadi selagi perubahan tu normal macam tumbuh gigi, lepas kena inject atau sebab mama biar anak main air lama2 xpe rasanya :)

ada yang setuju dengan saya? .. asuhan alami lebih baik dalam sesetengah perkara. biar badan kita bertindak balas sendiri, imun badan pun lebih kuat. kalau anak demam, lap badan dengan kain lembap, pakaikan baju yang nipis, banyakkan minum air dan susu ibu bagi yang masih menyusu..bayi yang menyusu susu formula ada yang menolak susu ketika demam atau selsema, jadi gantikan dengan air kosong atau jus buah.



ikan bawal masak asam pedas .. :p

bubur jagung 1st time buat .. refer resepi kat resepi.net jer. mujur jadi hihhihihihihihihi

 bukak peti ais tengok jagung yang en gie beli masih berbaki. semalam dah buat cucur jagung, laju je sofia dengan en gie makan :) seronok nya rasa.. tu yang berkobar2 nak masak selalu hihihihihihihiii jadi makan petang hari ni kita makan bubur jagung versi sempoi sebab xda sagu :)


teman baik dikala selsema :)

 sapukan vapor rub pada dada depan dan belakang. sapu nipis2 aje yea.. jangan disapu banyak2 dengan alasan cepat baik pulak. juga pada betis dan tapak kaki
pastikan juga vapor rub yang disapu khas untuk bayi dan kanak2. biasanya ada ditulis pada botol atau kotak. jadi rajin2 baca label yea. jangan main sambar je..
pernah saya baca ada kes si ibu sapu vapor rub yang biasa untuk adult tu kat hidung anak nya yang masih kecil. sudahnya, hingus yang terlalu kering di dalam hidung menyebabkan berlaku pendarahan. kes sama pada anak kawan kakak saya 3 tahun yang lepas .. iskhhhh berhati2 yea ibu2 semua



snek petang sambil layan marimar hehehehehehehe
melayan selera sofia yang xlalu makan.. saya tetap pujuk dia makan nasi walaupun xsampai 3 sudu besar. jadi lah, sekurang2nya perut dia tak kosong. saya buatkan sup ayam. sofia suka makan sup. habis dia hirup sup semangkuk tadi. lega rasanya ada jugak khasiat yang masuk.

harus diingat yea ibu2, kurangkan makanan berminyak pada anak yang xsihat. saya buat sup tadi xguna minyak pun terus rebus isi ayam dengan air. pastu tambah halia, bawang merah dan garam sikit. saya olah sendiri berdasarkan pengalaman kita orang dewasa yang demam. saya sendiri bila demam atau selsema xlalu makan makanan berminyak. rasa mual + loya +++++    ^_^



tupperware baru dah kena gigit dengan nur raisa sofia .. sabar je lah :(


mama bekalkan sofia dengan air masak. sambil dia tertungging2 main, mama tanya sofia da minum air? cepat je dia bukak penutup straw dan minum hihihiiiiii bijak anak mama :)

garang ehh muka.. mama suh senyum la bukan buat muka fierce iskhhhhh...



itu saje tips yang saya dapat fikirkan sekarang ni. nanti2 kalau ada lagi kita share kat n3 seterusnya yea. kalau ada tersalah info , mohon tunjuk ajar dari semua. saya mama baru belajar hehehehehe

sharing is caring kan?


p/s : satu tips penting, kena banyak sabar dan lembut hati bila melayan kerenah anak yang xsihat..


xoxo

Saturday, 9 April 2011

macam nak hantar orang gi mekah pulak rasanya ..~

assalamualaikum..


cerita ni pada 30hb yang lepas.. tapi baru sekarang terinat nak upload. biasa la tanggung jawab banyak :) hal terlupa x ingat ni biasa sangat la kan..? hihihihihihi

kami ke kerteh airport menghantar abg sham aka abah sofia aka suami kaklong. yang nak ke kl atas urusan kerja .. hmmm lebih kepada temuduga rasanya. good luck naaa!


let the pics do the stories ok..?




ni lah sebahagian rombongan kami pada hari tersebut.. abah, udin, afif dan kakak
beriya mengusung luggage yang penuh dengan buku.. baju bawak 2 pasang je kot :)




sebahagian lagi rombongan ~ mama, sofia dan ummi.. muhd MIA




menunggu masa utk 'check in' .. sofia memang rapat dengan ummi. rilek je dia lepak dengan ummi sambil mama on9 hihihihihiihi





ni lah airport kertih yang cute dan comeyy.. penuh dengan staff petronas :D






x dapat naik, amik gambar pun jadi lah kan?.. kualiti gambar yang kurangggggg sebab cuaca hujan



itu saje untuk hari ni... nanti kita sambung lagi okey



xoxo

Friday, 8 April 2011

hasil seni kaligrafi cantik, menarik dan terbaik di pasaran ~

assalamualaikum semua ..

tengah hari tadi xsempat tengok whi sebab sibuk memasak di dapur .. ahh sibuk lah sangat kan? hihihiihiihihi bila on9 fb tadi baru sempat baca2 sket topik menarik kat whi.


dan antara yang menarik hari ni, yang saya nak share dengan beberapa kerat pembaca *:) ialah tentang blog menarik ini! 



cantik kan?... :)


kat sini ada jual lukisan kaligrafi secara COD.. ape tu? ha COD ialah cash on delivery, bermakna pembayaran dibuat ketika penghantaran barang kepada pembeli. selain tu tuan punya blog jugak akan pastikan kita sebagai pembeli berpuas hati dgn hasil seninya, barulah berlaku urusan jual beli..

best tu..! kepuasan sebagai pengguna terjamin hihihii


setakat ni tuan punya blog memberi jaminan harga lukisan kaligrafi yang dihasilkan mereka adalah yang termurah.. sebab mereka direct dengan pembeli jadi dah jimat kos2 lain. bagi saya dah elok sangat lah kalau ada sape2 yang berkenan nak cari perhiasan sesuai untuk dinding di ruang tamu, ruang makan atau dalam bilik boleh la ke sini .. 


cerita aje tapi kalau xnampak bukti mesti macam xbest kan? ehh dia ni beriya cerita. betoi kaa?..... jadi jom kita cuci2 mata tengok hasil lukisan kaligraf di bawah





uhhhh lawaaaa! sesuai letak kat living hall.. sangat flora dan warna nya 'in' 





my fav color! simple n fabolous :)








ni kalau letak kat ruang makan sesuai nih .. mak, nak x? ehehhhhheehhhe






warna brown tu nampak macam real warna kayu.. nice!







sampai kat pic ni xtau nak komen apa dah .. speechless!
yang purple tu ada tulisan Allah kaler silver.     *in my list :p









bulan penuh yang cantik bercahaya .. kreatif nya! pandai dorang blend kaler kan?


last but not least .. gambar pokok yang ada 3 panel :) goooood job!


untuk pengetahuan semua ada banyak lagi gambar2 lain yang anda boleh tengok kat blog  
nak letak semua kat sini xelok plak kan?.. nanti orang leave comment nak order plak hahahaha jenuh! padahal dah berlambak ko copy paste gambo blog dia hahahahahaaha  

apa2 pun terima kasih banyak2 kat tuan punya blog yang bagi izin saya copy gambar2 dan link nya sekali :) mudah2an keinginan saya untuk berkongsi benda baik dengan blogger2 lain *baik sekejap hehehehehehe

dapat membantu mengembangkan bisnes nya. insya Allah

ohh lupa nak bagitau, harga setiap satu lukisan berbeza. mungkin ikut saiz dan corak lukisan.. nak info lanjut, jangan malu jangan segan cari je link ke blog di atas ..

terima kasih :)



p/s : pesanan khidmat masyarakat dibawakan oleh cik raihazi raisa sofia ..





xoxo

Thursday, 7 April 2011

Yuyu Zulaikha-Ferrero Random GiveAway

assalamualaikum .. 


hari ni nak try satu lagi giveaway oleh cik Yuyu Zulaikha yang femes tu :) jom pakat2 cuba, mana tau kalau ada rezeki.. boleh dapat ferrero hihihihihihi







hadiah2 yang sangat menarik    ^_^


** 1 ferrero colection dari Yuyu Zulaikha sendiri ,

** 1 skirt ala yuna tajaan iRdina Qistina bOutique,

** shawl untuk 33 pembaca bertuah tajaan http://shawlsayucinta.blogspot.com/ , KZNabihah Boutique , Butik Pinkku

** 5 pembaca bertuah dapat blog review sebanyak 5 kali dlm sebulan oleh Yuyu Zulaikha



oleh kerana saya baik hati *echehhhh puju diri sendirik* maka nak share giveaway ni dengan mereka2 dibawah.. mudah2an salah seorang dari kami menang :) boleh kongsi2 kan?.... :D


mama yanna



p/s : anda yang lain kalau berminat nak mencuba sila klik kat banner yea :)    peace!
 jangan susah hati sebab pemenang dipilih secara random.. cuba aje :p



xoxo

Wednesday, 6 April 2011

ku menunggu vs ku merindu

assalamualaikum semua

lately ramai dok bincang sana sini sapa tiru sapa.. hal tu biarlah mereka yang berhak je fikirkan. kita jangan serabut2. jom layan vc mereka2 ni.. weeeeeee :)


1st vc goes to ~ *tidak dipilih berdasarkan sebarang keutamaan

ku menunggu by rossa



and 2nd vc for today ~


ku merindu by ella ft shah




so, apa pendapat anda? yang mana lagi best?.. oppp xpayah jawab sebab saya xdengar pun hahahahaaha masing2 ada keunikan yang tersendiri. ada part2 tertentu yang obvious sgt ke'sama'annya..

as lagu ella tu dah lama jugak so rata2 beralih ke lagu rossa yang masih baru di dengar kat sini. kat indon mungkin dah lama kottt ntah xtau :)






p/s : enjoy di petang hari sambil teringat en gie yang outstation lagi .. arghhhhhh!



xoxo :)

Tuesday, 5 April 2011

semoga cepat sembuh, mama sunyi ...

assalamualaikum..

mama doakan buah hati mama yang dua orang ni semoga cepat sembuh.. cepatlah surut demam si ayah dan keringlah selsema si anak.


mama sunyi sayang
sunyi sangat bila sepanjang hari
mama sorang kesana sini
sofia terbaring letih depan tv
ayah tertidur tak bangun lagi


sofia, kuatlah sayang ..
bangun dan main macam selalu



sunyi hari mama tanpa suara ayah dan sofia :(








xoxo

Monday, 4 April 2011

salam buat kekasih ~ layan rock dulu-dulu



sesekali layan lagu lama best kan? enjoy ...!

salam buat kekasih by nadia



xoxo

Sunday, 3 April 2011

ahad yang padat ~

assalamualaikum..

bangun awal pagi ni sebab nak kemas rumah yang dah iras2 penempatan haram. bersepahhhhh... rumah sapa nih? hehehehehehe

setiap yang berlaku pasti ada alasan.. sama ada untuk cover malu atau nak sorok kemalasan diri yang meninggi :p seriously, semalam letih sangat sampai buat2 xnampak kain menimbun belum lipat, lantai xbersapu tapi still licin effect mop 2 3 ari sudah, etc

laju je kutip kain baju masuk mesin sambil kemas dapur sebab en gie bagitau nak ajak keluar pagi ni. rupa2nya memang boleh pun buat kerja2 mengemas dalam masa yang singkat. selama ni dok kemas dari pagi en gie keluar gi keje bawak ke malam en gie sampai rumah, apa kes?  hahaha kantoi banyak ngelat :) biasa la buat keje sket, berenti makan. sambil kemas living hall harus la terjejas sejam dua layan cerita best. tu belum kira bila sofia suruh teman dia tgk dvd alvin n the chipmunks, buat air milo, bawak gi toilet tukar pampers, ajak bf sambil baring2 ouhhhh nikmat!

:p tu lah bahagia jadi suri rumah. jadual kerja atur sendiri janji segala urusan selesai. jangan waktu pagi macam tu, petang pun bersepah gitu jugak.. rumah bersepah itu lumrah tapi harusss jaga jangan sampai en suami tanya, ' eh you buat apa hari ni kat rumah? towel i kat belakang pintu pun u x tolong sidai...' hahahahahha pandai2 la kau


ehh melalut jauh yea. sambung tajuk n3. sesudah mandi dan bersiap kami 3 beranak menuju ke pekan kuantan. target pertama nak terjah klinik dulu sebab nak check sofia. dah la malam semalam asyik dok merengek jer, ayah risau anak dara nya demam ke apa ke.. sekali klinik nya tutup aiyarkk camne boleh xhafal jadual klinik nih? hahaha



 mama n ayah sentap bila baca kat pintu tu klinik buka 7pm to 10pm on sunday hahahahahaha


haluan diubah menuju ke jalan bay route. alang2 dah nak berjalan sakan hari ni, nak bayar sewa rumah pun sebok saya nak ikut :)  habuan untuk sofia biskut coklat hehehehe tq ricky!

destinasi seterusnya ke pasar tani. lokasi di stadium berdekatan terminal bas ekspress kuantan. harga ikan bolehhhhhh tahan. yang banyak dijual ikan patin :) best kalau dapat makan patin masak lemak tempoyak versi mak hihihihihi



ni ikan patin masak lemak tempoyak versi google image hehehehehe ..

malangnya en gie xmakan ikan sungai jadi laju je kami beli daging lembu, ayam sebelah dan sayur2. beli kat pasar tani ni yang bagusnya ada banyak pilihan. tapi yang fail nya ialah bila masih xcam 'hari tu beli sayur mahal giler kat peniaga mana satu ntah..' sudahnya main redah je tengok sayur yang berkenan, ambil secukupnya buat 2 org dewasa makan buat stok seminggu dan bayar je lah

sofia lena sepanjang sesi membeli belah keperluan masak masak. elok berjalan ke tempat parking, sofia pun terjaga :)  sofia buat muka blur bila tiba2 tengok tangan mama dah penuh plastik beli itu ini 'eh bukan tadi baru keluar dari rumah ke?' hahahahahaha

singgah makan nasi kat restoran sebelah oum kuantan. lupa plak nama apa.. choice makanan yang pelbagai. yea saya makan nasi pukul 10+am atas alasan belum breakfast jadi alang2 makan nasi terus :p  padahal lepas makan nasi pun masih ada nafsu nak makan yang lain pulak

ha, kaklong ku aka umi sofia ada exam hari ni.. student oum di maktab kuala terengganu. sempat mesej tanya khabar berita. sedihnya dia bagitau, 'xboleh nak jawab. blur...' hrmmm kesian kaklong. x dinafikan dengan jadual dia yang extra padat tu as teacher, wife, umi to 5 child and oum student xtau bila dia ngadap buku

next time cuba lebih baik lagi okey?.. jangan susah hati


otw balik rumah singgah tanjung api. en gie beli ikan bawal dan udang. harga nya so so la. sebab ni tempat orang bawak naik ikan. so kalau datang pada masa yang tepat boleh beli ikan fresh dengan harga berpatutan. kadang2 ada jugak melambung tinggi esp masa banjir dan hujan sepanjang minggu dulu..

beli keperluan dapur : cili boh, bawang merah, sos cili, milo kat kedai mini depan tempat orang jual ikan kat tanjung api. sesekali dah keluar dan teringat senarai barang yang dah habis, baik terus beli kalau x nanti nak masak pun terbantut


sampai rumah dah 12pm kelam kabut simpan barang2 basah masuk dalam peti ais hikmat. balik nanti baru cuci dan masuk dala bekas elok2. kami ada appoinment lepas zohor kat giant. nak sign agreement insuran prudential sofia.


ehsan google

jumpa kak syidah dekat food court. sembang+gossip sambil bagi penerangan pasal prudential ins. angguk2 sambil tanya soalan sekadar memahamkan point2 penting

sempat lagi sebelum berdating kat situ, masuk giant beli minyak masak.. sofia sebok nak berjalan sana sini. nampak pulak ada kuda ke apa ntah mainan yang masuk duit syiling ada lagu sambil goyang2 depan belakang

selesai urusan rasmi, sofia tunaikan hajat pulak. mengusung la mama bawa sofia masuk toilet yang xfriendly langsung. xda tempat untuk diaper change. tepi2 sinki pin xmuat nak baringkan sofia. mujur bawa playpant diaper. sarung je

en gie belanja makan kfc dan sofia dapat set chicky meal + botol air 3D. xsempat2 nak rasmi time tu jugak mujur sempat sorok dulu.

 
tapi bukan dapat mainan macam kat google image tu..


sofia sambung tidur otw balik rumah. kesian anak mama, mata kuyu jer. kalau boleh sofia bercakap mesti sofia nak bagitau yang sofia xlarat ikut mama & ayah kesana sini kan? sori lah sayang.. hari ni je yang ayah free. jadi segala urusan terpaksa settle hari ni jugak. 

urusan surirumah masih belum selesai.. masak memasak untuk makan malam sambil layan sofia yang suruh ambil sudu, mangkuk, carrot etc. malam ni saya masak daging black pepper yang hot++, sup chicken meatball dan bendi goreng garing. saya xmampu nak fikir menu yang lebih menarik sebab harus bersiap sesudah makan malam, menuju ke klinik pulak.. 


ahad saya yang padat tamat disini. sofia merengek lagi.. en gie dah sampai sudan agaknya hahahahaha 





xoxo 

Saturday, 2 April 2011

sofia selsema lagi huhuhuhuhuhuhu

assalamualaikum ..


selsema kali ni agak 'aktif' ..hahahahaha nape saya kata aktif? sebab hingusnya meleleh sentiasa. jenuh berkejar setiap kali dengar sofia bersin. kalau lambat sikit dah sah2 masuk dalam mulut :( lagi lambat la nak baik kalau di biarkan


agak2 berkesan x kalau diguna masa sofia mengamuk susah nak bernafas? google image


so, mama pun gigih la google cari extra info pasal selsema di kalangan bayi ni. ada info yang umum je. ala yang biasa2 kita dengar. tapi ada juga yang advice kerapkan mandi  'o' .. selalu dengar orang2 tua pesan jangan bagi mandi banyak kali sebab takut lagi melarat selsema nya nanti. kononnya makin sejuk la

pastu ada juga info pasal guna air cond .. aik mama dah penin! ingatkan xboleh guna sbb takut makin susah baby nak bernafas ..??

info2 tu boleh baca kat sini yea. n3 nya panjang jugak. nak pilih2 point pun rasanya lebih bagus kalau baca yang lengkap. lebih mudah nak faham kan?  anyway terima kasih daun keladi pn fizanur. banyak info menarik. nak tau lagi kena pegi blog empunya diri

bila baca kat sini pulak, ramai yang advice guna air cond berbanding kipas.. sebab air cond menyedut habuk dan membebaskan udara bersih.. tapi harusss ingat yea, rajin2 la servis air cond tu jangan tunggu xkeluar angin sejuk baru ternganga-nganga hihihihihihi

alahai.. jangan demam pulak dah la yea sofia.. jenuh mama! google image


baca sana sini, ramai yang beritahu jangan bagi anak makan ubat batuk dan selsema sebab xsesuai untuk anak2 dibawah umur 6 tahun. lagi2 ubat batuk sebab fungsi ubat batuk adalah untuk menghilangkan batuk. bila x batuk, macam mana nak kurang kahak? tu yang jadi bertambah lama si anak batuk sebab kahaknya x berkurang



teman baik dikala selsema datang menjelma :)


kadang kala mengubat secara alami pun ada keberkesanannya.. cuma kita malas nak ikut sebab nak cepat dan mudah. leceh katanya kalau nak kena tumbuk kunyit, cari daun sirih bagai .. sama lah macam bila di ajak guna cd untuk kebaikan bersama, rata2 masih memilih dd

ehh melalut pulak.. back to topic! kat sini ada beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mengurangkan selsema.. langkah pertama mungkin boleh cuba bagi sofia minum air masak+madu . sebab dah mula batuk2 dan kahak pun mula nak bermaharajalela

thanks alot kak rahimah.. n3 yang berguna!



yang paling penting dan harus diamalkan ialah, kerapkan penyusuan susu ibu.. ia mampu menggantikan air dalam badan yang berkurang selain menguatkan antibodi.. hehehehehe i told u bf the best!!

n3 tanpa gambar kami anak beranak sebab sofia moody sentiasa :) sabar je la... google image



p/s: tqvm to all bloggers yang memberi info menarik. n3 yang elok dibaca selalu :)



p/s: en suami request suruh buatkan sup untuk sofia.. yea lah, patik menjujung perintah




xoxo

Friday, 1 April 2011

mengajak anak bersolat seawal 7 tahun.. mampukah kita? Insya Allah!.....

assalamualaikum

kali kedua membaca notes dari wardina safiyah officialpage *fb* terus terdetik nak share di blog ni. mudah2an dengan ingatan ikhlas untuk panduan kita semua dapat membantu memperbaiki setiap kelemahan anak adam

semua manusia mengharapkan akan mendapat anak sebaik berkahwin. bila dah ada anak timbul doa si ibu dan ayah yang ingin anaknya menjadi muslim hebat. hebat dari segi pekerti dan menjaga solat umumnya.. bacalah luahan hati si ibu yang sudi berkongsi pengalaman berharga nya dalam mendidik anak bersolat.

p/s: sofia, mama juga ingin merasa sebahagia mereka.. insya Allah sayang mama akan jadi manusia beragama Islam yang terbaik lebih baik dari mama :)


jom kita baca.. ulang berkali2 mudah2an melekat dalam hati dan dapat di aplikasi nanti   (',')



Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...


I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

 1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

 2)Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

 3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

 4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

 
5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????


She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.


Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!


and the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!
I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?


kali pertama baca hari tu agak emo sebab membayangkan sofia seperti amna :) mama bahagia! lega +++++ bila diulang baca tadi buat kali ke2, terdetik dalam hati, layakkah kita nak ajar dan suruh anak bersolat sedangkan diri sendiri x disiplin...?

solat kadang2 buat, kadang2 seronok berjalan lupa terus.. :( selalu lewat2 kan solat.. hrmm kena ubah segala yang -ve ni. jadi nanti xla malu dengan anak. mama suruh solat tapi mama xbuat huhuhuhuhuhu

**perasan x ada ayat2 tertentu yang di italic kan? sedikit sebanyak dapat tarik perhatian kepada point2 yang dirasakan penting .. insya Allah sama2 kita doakan yang terbaik


p/ss: membaca komen di fb wardina, ada juga yang mengutuk dengan tindakan wardina berkongsi cerita mengenai anak2nya. tuduhnya wardina menunjuk.. hadoiii susah yea nak puaskan hati semua orang?..



xoxo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...