me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 11 February 2011

Day 11 ~ A picture of my favourite memory

assalamualaikum ..

banyak yg boleh dikaitkan bila bercakap pasal fav memory .. antaranya :

1 ~ majlis nikah dan kenduri kawin ..

2 ~ momen indah melihat sofia buat kali pertama

3 ~ beraya bertiga (tahun pertama beraya sebagai isteri dan ibu)



tapi gambar2 xda plak.. malas nak cari kat mana ntah. jadi kita bercerita tentang fav memory yang terkini je lah hihihihihi boleh yea?




sofia dah pandai guna pelampung .. sambil kaki cuba2 jejak lantai kolam tolak kedepan belakang 






xda langsung riak takut .. mama je yang nervous hihihihi sofia belum ada swimming suit jadi buat masa ni sofia guna romper atau baju n seluar pendek lubang2     :)



~ us ~

@ pavillion swimming pool kuantan tembeling resort



my second fav memory will be breasfeeding time .. yeay!




harap2 memori ni kekal sebagai memori indah buat kami sekeluarga , insya Allah.



whats ur fav memory? mind to share..?




xoxo

Thursday, 10 February 2011

Day 10 ~ A photo of my favourite place to eat

assalamualaikum ..

jom kita makan2 yeay!



antara tempat makan yang best ialah :-

*bukan disusun mengikut tahap terbaekkk yea
*tempat2 terpilih di sekitar kuantan je.. harap maaf  :)



1 ~ mula2 kita makan yang berat2 dulu hahahaha nasi lah tu kan?..

weekend biasanya hari cuti memasak, jadi selalu gak melilau cari tempat makan yg dapat memenuhi kehendak selera



*credit to ms widy @ dilakochan 

nasi beriyani nya layan ... selalu pergi dgn en gie tapi xpenah ingat nak snap gambar :p

sampai sofia pun suka makan nasi beriyani. setakat ni cuma bagi nasi beriyani kosong je..

so apa lagi jom pakat try nasi beriyani taj .. :)



2 ~ untuk minum petang ehh makan petang saya pilih big apple donut






*credit to en google

donut kat big apple so far terbaeekk .. donut nya lembut, filling choc x kedekut hehehehe

kalau pergi ecm mesti singgah sini, beli untuk makan kat rumah sambil layan dvd .. best!



3 ~ dah makan kenyang2, minum pun kena la yang best2 kan?



signboard kedai menjelaskan apa menu yang famous di sini

selalunya en gie tapaukan untuk kami .. pekena tengah hari lepas makan nasi layan oooo



tu jer kot yang best kat sini.. lain2 tempat xjalan habis lagi. nanti kalau ada tempat menarik mungkin boleh post kat n3 seterusnya untuk kita share. ok?



xoxo

posisi penyusuan ~

salam...

hari ni nak kongsi pengetahuan tentang posisi penyusuan :) semoga dapat menjadi info berguna untuk kegunaan masa hadapan, insya Allah..

p/s: buat pembaca yang masih bujang aka anak dara, jangan risau ilmu ini berguna buat semua bila tiba masanya. menyusu lah kerana itu yang terbaik.. jangan menidakkan hak anak2 anda. ingat susu ibu adalah hak mutlak bagi seorang anak. berikan yang terbaik selain kasih sayang dan perhatian seorang ibu :)





1~  posisi dukung buai @ cradle hold

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.

2 ~ posisi dukung bersilang @ cross cradle hold

Posisi ini hampir sama seperti posisi mendukung (cradle hold) di atas. Cuma bezanya ialah dalam posisi ini bayi diampu oleh tangan yang satu lagi. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang

3~  posisi mendakap @ fotball hold

Posisi ini sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean kerana badan bayi tidak menekan abdomen ibu yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian pembedahan. Dalam posisi ini bayi diletakkan di sisi (kiri atau kanan) ibu. Badan bayi disokong oleh bantal dan juga lengan ibu. Juga ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang.



4~  posisi berbaring @ lying down

Posisi ini juga sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ceaserean dan juga ibu-ibu yang bersalin normal yang tidak selesa untuk duduk tegak dan mungkin sakit di bahagian bawah. Ibu-ibu perlu berbaring mengiring ke kiri atau ke kanan. Belakang badan ibu dan kepala disokong dengan bantal dalam keadaan selesa. Bayi juga diletakkan dalam keadaan mengiring menghadap ibu. Belakang bayi juga disokong dengan bantal.



pastikan :
1. Kepala, tengkok dan badan bayi haruslah dalam keadaan selari

2. Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu

3. Bayi rapat dengan ibu, perut bertemu perut

4. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu

5. Ibu dalam keadaan selesa dan tidak membongkok

 
* tambahan : bagi ibu yang menyusukan dua bayi serentak sama ada tandem nursing atau kembar,
 
~ posisi dukung buai berganda : dengan meletakkan kaki bayi yang kecil diatas saudara tuanya
 
~ posisi double fotball hold : bayi duduk di sisi badan ibu (seorang di kiri dan seorang di kanan)
 
 
 
sumber info : ikhsan gambar dari mr google dan majalah 'mami & baby' - tandem nursing~ menyusukan dua bayi serentak
 
mohon maaf kalau ada ayat2 yang kurang difahami hingga menimbulkan kekeliruan..
 
 
 
xoxo ~

Wednesday, 9 February 2011

Day 9 ~ A photo of the item I last purchased

assalamualaikum..

last week en gie bawak gi east coast mall. xkan lalu je kan? lagi pun ada 50% sampai 70% sale cny..
oleh sebab tag untuk hari ni pasal photo, so let the pic do the stories ok? boleh yea....?


item pertama :


 baju putih & purple seed yang di plan nak pakai dgn inner.. en gie tegur, selalu sangat kalau beli baju atau barang mesti warna putih xpun purple... hehehehehe rilek la en gie, dah my fav color nak bt macam mana :p



closed up label baju.. murah2 sebab ada sale so dapat la 3 helai.. tapi baju2 ni x dibeli pada hari yang sama serentak.

brown blaus DP tu beli hari apa ntah.. tapi macam besar sket plak saiznya. mungkin kena simpan sebagai blaus ibu2 mengandung hahahahaha *ada plan ke? teeetttttt....


item kedua :



yang ni pulak shawl plain warna hijau gelap dan hitam with cotton inner..
model setia dengan pose *erm taktaunakbaginama..

p/s: erk anak dara mama seksi la, nampak pampers plak



item ketiga :



dapat kasut baru.. en gie beli :p weeeee....... thank you abang!
kebetulan kasut en gie dah nazak sangat, pastu lalu plak depan kedai boya tu. singgah jap try test

kesimpulannya, kalau nak shopping tunggulah sale ketika cny atau krimas sebab lebih murah. tapi kalau raya posa punya sale macam xda kurang pun padahal ada tag sale 50% la 70% la... lalalalalalala



happy shopping ~



xoxo

perkembangan bahasa kanak~kanak

jom kenali tahap perkembangan anak2 anda. credit to majalah 'mami & baby' isu feb 2011 ~ muka depan melisa mauren dan inca


Lahir sehingga 3 bulan
~ beralih ke arah suara anda dan bunyi yang dikenali
~ mula meniru beberapa jenis bunyi


3 hingga 6 bulan
~ membebel dan meniru bunyi
~ melihat ke arah anda apabila anda sedang bercakap
~ bayi yang tidak memberikan reaksi terhadap bunyi atau meniru bunyi bermakna mereka mempunyai masalah pendengaran


6 hingga 9 bulan
~ semakin kuat membebel
~ memberikan reaksi terhadap ayat pertama mereka


9 hingga 12 bulan
~ perkataan seperti 'mama' akan memberikan lebih makna
~ cuba untuk meniru perkataan dan menggunakan gerak bahasa


12 hingga 18 bulan
~ menghasilkan ayat pertama
~ memahami arahan asas


sofia dah pandai bagitahu bila dia nak bf, 'ma, nak nenen', bila minta diangkat, 'ma, kung (dukung)..... 'ayah work' bila ditanya ayah pergi mana setiap pagi

dah boleh di harap untuk ambil towel sendiri ( kena letak di tempat yang sama setiap hari untuk mula2 ajar)
sebelum ni masa pakai disposable diapers, dia sendiri akan masukkan diapers yang dah diguna dalam plastik yang disangkut kat hand towel hanger dalam bilik air
setiap kali dia punggah bekas2 plastik dan tupperware saya akan ingatkan, ' ok, lepas main mesti simpan balik' .. dan ironinya, sesudah puas dia main masak2, dia sendiri akan 'susun' dalam kabinet semula dan lepaskan pintu kabinet kuat2 sambil buat gaya terkejut sebab bunyi pintu terhempas :)


18 hingga 24 bulan
~ perbendaharaan kata telah berkembang
~ menghasilkan ayat dengan menggunakan dua patah perkataan
~ tahu mengikut arahan


setiap anak2 perkembangannya mungkin tidak sama. ada yang cepat dan ada yang mengambil masa. sebagai contohnya, anak anda mungkin tidak boleh merangkak sedangkan bayi seusianya dah laju kemana2 tapi mungkin bayi anda sudah mula belajar duduk ketika itu..tapi jika anda rasa ragu2, jumpa lah doktor dan buat pemeriksaan...

 yang penting bagi masa kepada anak2 dan nikmati sepuasnya setiap hari membesar mereka. kerana peluang hanya sekali, sedar2 anak sibuk pilih nak masuk kolej mana satu :p



xoxo

Tuesday, 8 February 2011

Day 8 ~ my dream wedding

assalamualaikum...

hmmm lama saya berfikir sambil baca berkali2 tajuk task di atas :) kalau saya nak skip dulu boleh tak?.... hihihihihi

ala boleh la yea? saya xda idea langsung sebab semua idea tu dah dikeluarkan dan dilaksanakan 2 tahun yang sudah :p

nanti kalau ada masa dan idea, saya akan cuba selesaikan n3 ni. insya Allah!


hiiihihihiihhhhiiiiihihihihihi



xoxo

Monday, 7 February 2011

Day 7 ~ A Photo Of an Animal you'd love to keep as a pet

sejak akhir2 ni, selalu jugak tupai datang main kat balkoni rumah.. kadang2 kalau ingat, en suami selalu tinggalkan biskut utk si tupai. jinak2 tupai ni, sofia pun suka tengok tupai ni pulun nak habiskan biskut.

 tapi en suami pernah kena gigit kat ibu jari kaki, hihihihihi alkisahnya tupai tu datang nak amik biskut yang en suami letak, en suami pun diamkan diri sebab xnak takutkan tupai. sekali lepas amik biskut, dia gigit ibu jari hahahahah en gie jerit terkejut 'tajam giler gigi dia...' hahahahahahaa

:) nampak x si tupai kat hujung atap tu? imej kurangggg jelas.. snap guna hp jer. rasanya dah zoom tapi erm... ^-^

kalau dapat bela tupai version cumelll dan baik2 macam ni saya nak sangatttttt.....en gie, boleh x? :D


 x boleh? urm, ok2 yang ni?... please.... cumellll kan? mesti sofia pun geram nak hug **


rabbit si bunny :)



en cat yang innocent sentiasa :)
sofia dah lama request... tapi ayah buat dekkk jer huhuhuhuhuhuhu

dulu masa saya masih bujang dan bekerjaya echehhh ayat... saya ada bela ikan. kurang pasti sama ada namanya gold fish jugak atau x. sebab beza sikit dari goldfish yang biasa. yang ni badan dia gemuk bulattt macam sebiji bola. pastu bila ikan ni makan, pipi dia pun bulattt macam seketul2 je.. tapi jangka hayat ikan ni xlama.. xtau nape :( ehhh saya jaga baik2 la, makan cukup, tukar air



 kalau bela ikan ni pun bagus jugak, xsemak rumah hihiihiihii makan xsepah :p

.....
.......
............
......................





last but not least, ni satu2nya tetamu xdijemput yang rajinnnnnn datang ke balkoni kami...



xpayah berangan la en monkey, sampai bila pun saya xberminat nak bela!... so sila balik sekarangggg!..... hahahhahahahahhahaha



xoxo ~

Sunday, 6 February 2011

Day 6 ~ A Song To Match Your Mood

currently i'm enjoying listening to this song.. :) ~ Just the way you are ~

sambil2 berangan en suami tuju lagu ni kat saya hahahahaha .. sebenarnya lagu ni buat mood saya berbunga2. sebab rasa macam saya lah orang yang istimewa tu sampaikan 'dia' menerima saya seadanya.. dgn cara saya yang kadang2 ting tong :p dgn keadaan saya yang makin lewat mandi pagi hahahahaha

bagus bila dengar lagu ni, saya akan jadi bersemangat nak buat kerja cth nya bila saya xtau nak masak apa.. sambil2 nyanyi, tangan tu laju je masak campak itu ini. kaedahnya, en suami akan tetap sayang saya sebagaimana saya walaupun menu yang dimasak tu hanya sup daging, sayur campur dgn fish ball dan daging goreng kunyit hahahahaha... sabar je la kan, en gie? :)

so kita enjoy!... ehhh jom kita enjoy dengar lagu ni... mungkin mood anda2 diluar sana pun akan berubah :) mintak2 berubah kepada +ve la..





xoxo

day 1 to 30~

Saturday, 5 February 2011

you're my sunshine ~

assalamualaikum semua.... 

dulu masa kat sekolah rendah, selalu ulang2 nyanyi lagu ni 

you are my sunshine
my only sunshine
you make me happy
when skies are grey

you never know dear
how much i love you
please don't take my sunshine away ....
 

tadaaaa ... mama yang comot with sofia cute hihihihihihihi 

pic taken at benteng @ kuantan. saje keluar jalan2 makan angin  *djamin x gemuk n foc! hahahaha 
ayah? macam biasa la ayah lebih tertarik menarik nak tengok orang memancing.. jadi mama dan sofia yang kebosanan layan amik gambar syok sendiri huhuhuhuhu

 layan jer.. :)

 

sofia yang kadang2 susah bkerjasama time mama excited nak klik2.. haihhh nak kena gigit nih..! :p


 

sofia posing with her new 'topi'..



.....
......
..........
............





 

serba pink ~ senyum pun cover2

baju sofia banyak yang kaler pink.. erm, siapa yang patut bertanggung jawab ni? kadang2 tu ada gak plan masa kat rumah lagi sebelum keluar beli baju ..'abang, nanti kita beli baju kaler lain plak eh? asyik2 pink je..' 'ok' said en gie
tapi bila dah beratur nak bayar baru perasan 'erk pink again?' atau kalau terlebih seronok nak berjalan, sampai rumah masa nak letak barang2 di beli baru sedar yang kaler dipilih tetap yang itu2 jugak.. hahahahaha

xpe la sofia, ikut kan aje yea.. nanti dah pandai cakap or dah pandai pilih2, baru kita tukar strategi ok? hiihhhihi .....


 

anak mama yang sedang merancang perjalanan masa depannya.. semoga sofia sentiasa bahagia kerana sofia kebahagiaan mama dan ayah :D sayang sofia muah3.. 

dan sofia akan sentiasa menjadi my only sunshine sampai akhir hayat mama, insya Allah



p/s : bila meluahkan rasa sayang pada seseorang, hati ini mudah tersentuh.. semakin diucap rasa kasih dan rindu semakin takut kehilangan .. 





xoxo

Day 5 ~ What makes you different from everyone else

sekadar berkongsi fakta2 diri sendiri yang saya rasa membezakan saya dengan orang lain..

isi nya berterabur, konsep janji siap sementara sofia masih dibuai mimpi.. :)

ok... apa yang membezakan saya dengan anda ialah... :-

~ saya xmakan tempoyak tapi saya makan kuah masak lemak tempoyak ikan patin .. haaaa, saya pun pelik nape yea? kalau xpelawa aka sua sambal tempoyak, saya xheran sikit pun, jauh sekali terasa tapi bab masak lemak tempoyak ikan patin,,, huhhhh jangan lupa saya yea..




~ hanya mula minum air soya setelah umur mencecah 26 tahun :) kalau orang lain, mesti rata2 dah minum since kecik lagi, kan? sebelum tu, macam2 alasan saya bagi termasukla, 'ishhh air ni bau kuat la, xlalu...' sampaikan masa berbuka puasa mesti ada 1 air lain utk saya yg xminum air soya ni. abah xpenah lupa belikan, thanks abah!

yang boleh minum ni pun sebab en suami yang suruh belajar minum.. masa tu ngandung plak, ada la termakan  hasutan kononnya kalau minum air soya nanti anak putih ..hahahahahaha kalau dah mama & ayah nya golap, mana datang anak putih melepak? :) no comment! bagi saya kalau sekalipun itu terjadi, itu kerana ketentuanNya, bukan sebab air soya itu yea puan2..

p/s: ada baca kat blog sape ntah (sori dah lupa!) katanya, air soya xbagus utk diminum selalu. sebab kandungan air tu. lagipun soya ni manis, xbagus utk jangka masa panjang..pendek kata, kalau nak confirm, gogel sendiri dan buatlah keputusan yea :) peace!

~ kalau baju basah selepas selesai membasuh pinggan misalnya, saya sanggup tukar baju yg dipakai. saya sangat xselesa berbaju basah, tapi kalau masa tu saya diluar dan cuaca hujan lain la.. sebabnya nanti dlm setengah jam cam tu baju yg basah tu akan berbau .. bau basah + masam.. ha, saya xsuka!

masa sofia masih baby, saya selalu pakaikan bib sebab xmo baju dia basah dgn air liurnya. tapi saya tetap suka cium mulut dan amik bau dia setiap pagi sampai la sekarang hihihihihihihi macam tu gak dgn towel, seboleh2nya saya akan kutip dan cuci towel 2 3 hari sekali


~ sepanjang mengandung saya xpenah minum sebarang susu serbuk @ susu tepung @ susu yang perlu dibancuh.. saya cuma minum susu segar perisa coklat yang dalam kotak tu.. tu pun kadang2 saya xlalu sebab bau nya yang kuat.. itu salah satu sebab saya menyusu sofia secara ekslusif, xsampai hati nak suruh dia minum susu lembu yang berbau tu.. selagi ada pilihan, saya elakkan...




~ pertama kali dihidang sesuatu menu yang belum pernah dicuba, saya akan curi2 amik bau dulu. kalau ada sebarang bau kuat yang xmenyenangkan, saya elak utk makan. pernah gak mak tegur, jangan buat macam tu kalau pergi rumah orang.. alhamdulillah, dah kurang sikit habit tu. tapi kalau makan dgn orang terdekat, saya tetap amik bau dulu. kaedahnya, bau yang sedap menjamin rasa yang sedap hahahahaha sebab tu la saya xmakan rebung... bau pahittttt!






erm, rasanya tu aje kot fakta2 yang saya ingat sekarang ni.. lain2 tu mungkin biasa2 je :) apa2 pun saya tetap menerima keadaan saya ni seadanya walaupun mungkin pada satu2 masa kurang menyenangkan orang lain.. esp bila orang bagi air soya, saya tanya ' air masak ada?' hihihihi xpun bila saya tunduk dan curi2 bau apa yang dihidang :D

ini lah diri saya.. yang baik akan dikekalkan yang kurang baik akan dicuba elakkan,... insya Allah!



p/s: nape bestfren xkunjung tiba nih?....arghhh tension seketika


xoxo

day 1 to 30~

sayanglah saya seperti dulu ~

saya xminta dia melutut atau merayu,
cukup sekadar memohon maaf kerana buat saya lama menunggu..

saya xminta dia memuji,
tapi andainya saya berbuat sesuatu untuk dia
cukuplah agar dia memahami,
saya melakukannya sepenuh hati..

kalau ada masanya saya mendiamkan diri
itu bukan bererti saya xmenghormati suami,
tapi saya menahan sedih di hati..

sedih saya bukan untuk dilayan,
marah saya bukan kerana melawan,
tapi saya belajar membuat perubahan,
kerna syurga saya, suami yg tentukan,
biar rasa itu ditelan zaman,
namun untuk menengking atau melawan,
hanya kewarasan yang dapat tentukan..

saya xminta disanjungi,
jauh sekali berangan dilayan bak puteri
tapi jika abang masih sudi,
seperti dulu yang amat menyayangi,
amatlah saya hargai .. .. ..



xoxo

Friday, 4 February 2011

Day 4 ~ My favourite photograph of my best friend

siapa best friend saya?,, perlukah saya meng'gogel' semata2 utk menyiapkan n3 ini? hihihihihih sedihnya saya!

secara jujurnya, saya tidak ada kawan rapat sejak saya berumah tangga. sebabnya adalah seketul dua atau mungkin tiga.. yang penting untuk diketahui, saya bukanlah jenis orang yang xbermasyarakat semata2 kerana sudah berkeluarga. tapi alasan saya lebih kepada :-

1~ jarak jauh.. psahabatan masih memerlukan kita untuk saling bertemu dalam 1 tempoh. walaupun terdapat pelbagai kecanggihan teknologi yang boleh diguna pakai untuk terus berhubung, namun tetap tidak sama apabila kita sama2 lepak di kedai sambil order air saje :), bertukar2 cerita yg anda dapat lihat reaksi nya secara 'direct' tanpa berlapik2 (kalau tru fb, blog, frenster kan blh berlakon suci jer walau dikutuk kawan2) jarang berhubung sedikit sebanyak menjarakkan persahabatan, jd anda tahu bahawa saya ada alasan mengapa xdpt berhubung dgn kawan2 saya :p

2~ kekangan waktu.. saya tidak bekerja tetapi urusan rumah yang tidak surut sedikit sebanyak tidak mengizinkan saya untuk duduk berjam2 berbalas komen di fb, saling menjawab mesej gossip di hp, meng'upload' dan bertukar pendapat mengenai setiap gambar yg ada. kalau adapun itu kerana, saya sudah pastikan anak lena tidur dan keadaan rumah tidak menyakitkan mata :D

atau dalam sesetengah kes (echehhhh ayat xhengat!), mereka bekerja dari 9am to 5 pm atau mungkin lama lagi. waktu yg ada pulang dari kerja, digunakan utk menjemput anak, membasuh, mengemas ala kadar dll. jadi saya sebagai kawan yg baik, xsampai hati mencuri waktu mereka yang sgt terhad dan berharga itu... baik kan saya? :)

3~ ................ macam dah lari tajuk.. kalau kita teruskan dgn isi n3 yg sepatutnya boleh?

saya pernah berangan.. kalau saya dapat memilih dikalangan selebriti, pastinya my bff is :-

wardina safiyyah ~ ibu beranak 3 yg berjaya menyusukan anak2nya secara ekslusif, bekerjaya dan sedang menyambung pelajaran.. saya mahu bff saya sehebat dia supaya saya juga terkesan dgn kejayaan dia. senang cerita xkan saya cuma nak tgk dia mencapai itu ini sedangkan saya hanya surirumah sepanjang masa..


ini wanita hebat yg berjaya menggerakkan hati saya utk bertekad menyusukan bayi saya secara ekslusif kerana itu yg terbaik.. tiada tolok bandingannya. ehh lupa nak kenalkan, dialah acik sue @ suraya lunatots. anda boleh jumpa dia disini
selain itu dia gigih mengajak sekaligus membantu ibu2 yg sentiasa mahukan yg terbaik utk anak mereka (seperti saya, sudah tentu! :) ) dia ada bisnes yang semakin berkembang, yang mana saya teringin menceburkan diri. saya mahu berjaya seperti mereka, tapi layakkah saya utk mendapatnya jika saya hanyalah diri saya yg sekarang.. huhuhuhuhuhu kena buat perubahan diri dulu ni :)


akhirnya, saya tetap gembira + bersyukur dan lega kerana mempunyai dia sebagai bff saya. dia terbaik dan terhebat.

sentiasa ada disisi saya, gelak bersama, menyapu air mata saya, membuat kejutan dengan tiba2 memeluk dan menghadiahkan ciuman untuk saya.. (suami saya sendiri kadang2 lupa utk kejutan itu hihihihihihihi)



dia lah best friend terbaik saya ~ nur raisa sofia .. semoga kami terus bahagia bersama :)


xoxo

day 1 to 30~

cerita kami hari ini ~

makan pagi yang lewat kerana bermalas2an hingga jam 10am :) hanya roti disapu kaya dan tropicana twister oren

en suami keluar awal pagi mencari kalau2 ada kedai membaiki motor dibuka di pagi raya kedua tahun baru cina

selesai mengemas serba sikit, kami melayan cd2 lama yang dah selalu sangat diulang tayang :)

petang~ menidurkan sofia sementara en suami keluar memancing :(

6.40pm bertiga ke kolam mandi..

malam~ merancang2 jadual esok hari seorang diri sambil membayangkan menu pagi nanti


xoxo

Thursday, 3 February 2011

jom kita beraya ~

mujur la raya orang lain, kalau raya sendiri bangun lambat camni, harus xsempat solat raya hihiihihihihi

kami ke bay route atas jemputan ricky.. nama je raya cina tapi menu yg terhidang semuanya makanan melayu hahahahaha agaknya dia takut kitorang xmo makan kalau dihidang mmenu cina.. antara menunya nasi dagang yang femes di bay route, nasi minyak, lontong dgn kuah lemak dan kuah kacang, karipap daging dan ikan, dll

sofia dapat angpow :p Rm5 maka diumumkan hari ni hari cuti memasak hehehehehe

selepas kenyang beraya, kami ke east coast mall. yang peliknya, ramai chinese disitu, ehh depa ni tak raya ka? siap boleh bershopping bagai.. kalau org kita pagi2 raya ni pakat mengadap lemang, ketupat atau ada yang masih di tanah perkuburan mendoakan mereka yang sudah tiada.. xpenah la lagi jumpa atau dengar pagi2 raya pertama orang kita pakat gi bershopping. haihh macam2 aihhh

sofia tertido otw balik rumah. lebih kurang pukul 3pm, mama dan ayah lapar lagi :) kami singgah di taman gelora pekena laksa dan mee kari bersama air tebu dan air jagung. layan je makan kat situ sambil tangan lenguh memangku sofia yang tido. angin kuat bertiup almaklum la angin laut, lagi la lena sofia tido

kami balik ke rumah, sambung kemas2 sebab masa keluar tadi main tinggal je .. tu la bangun lewat punya pasal. ala sekali sekala bukan  xboleh kan? hehehehehe bajet selamatkan diri sendiri

sesi menyejukkan badan pun berlaku bila mama & ayah angkut sofia ke kolam :) seronok sungguh sofia, lama dia xmandi kolam oleh sebab cuaca yang hujan setiap hari. tapi ramai sangat la pulak manusia yang mai mandi. situasi biasa bila ada cuti umum or cuti sekolah. kalau x, sunyi jer kat sini

sampai je kat rumah, sofia dah mula menguap2. mandi, siap berbaju tido ayah ajak gi makan. sofia dah tido sebelum sampai kedai makan. sampai kat rumah baru terjaga... hadoii nak suap apa kat sofia ni.. jenguk2 freezer, ada potato mash kfc semalam. panaskan balik, then suap kat baby girl tu. alamakkkk, xcukup pulak hihiihiiihiihi mujur sofia mintak nak makan biskut kalau nasi jenuh mama nak masak sepantas kilat hahahahahaa


tgk cj7 setengah jalan.. pastu ayah kata 'jom tido...'


xoxo

Day 3 ~ My idea of perfect first date

kita mulakan n3 dengan gambar2 yang dirasakan bersesuaian yea.. mungkin boleh jadi panduan bagi yang nak berfirst date hihihihhiihihihi

 1~ dicadangkan anda membawa bunga :) i like! tapi xsemestinya sejambak yang mahal2 tu, memadai sekuntum bunga ros merah.. ohhh romantik nya anda yang menghadiahkan bunga. kalau sekalipun, xsuka bunga ros, boleh ganti dgn bunga2 lain asalkan jangan tersilap pilihan sebab, lain bunga lain maknanya. warna juga ada maksud tertentu.. buat research yea!

2~ untuk first date, seboleh2nya pastikan outfit anda simple, kemas, sopan & menarik.. cth kat atas tu yang saya rembat dari gogel, comellll kan? itulah maksud saya, simple kemas & menarik.. bagi yang bertudung, pastikan outfit anda bersesuaian. bertudung dgn blaus dan legging mungkin kurang sesuai. jeans, skirt labuh dll lbh baik :) terpulang pada anda

3~ bagi si jejaka, harus smart yea?... rambut xsemestinya pendek tapi mesti diurus baik. sesuaikan penampilan anda.. imagine seorang lelaki dgn tshirt berkedut beribu2, jeans lusuh yang koyak di hujung kaki seluar dan berselipar.. memang ada yang memilih utk tampil sesimple mungkin dan kononnya mahu jadi diri sendiri tapi kalau dah niat anda utk memikat hati seseorang, apa salahnya berpakaian kemas dan sekurang2nya memberi tanggapan pertama yang baik. insya Allah urusan anda lebih mudah selepas itu.. kan? tp xperlu tiru 100%spt diatas cuma saya nak tunjukkan contoh kekemasan.. terpulang pada cara anda menilai 'kemas'



4~ pastikan tempat makan sudah ditentukan awal2. kalau perlu tempahan, buat lebih awal. tempat yg menjadi tumpuan orang ramai atau dalam erti kata yang lain sentiasa penuh harus juga diambil kira. jika bajet anda tidak menjadi halangan, pilih lah tempat yang romantik yg tentu harganya agak mahal. menu juga mesti diambil tahu, jika dia vegetarian, jangan pulak dibawak makan di restoran2 seafood atau sushi. anda harus peka dengan keadaan pasangan. bagi yang masih belajar iaitu masih dalam tanggungan keluarga, xpayah mengada-ngada nak perabih duit ptptn atau elaun anda, kalau perlu pergi aje ke fast food. pilih makanan yang simple dan mudah dimakan hahahahaha kalau pasangan tanya 'kenapa kita makan kat mc'd je?' cepat2 jawab, 'i suka yg simple dan santai. makan pun rileks je xde nak cover2 dgn bunyi sudu dan garpu sebaliknya boleh spend masa untuk berbual panjang mengenali hati budi masing2...' confirm dia terharu dgn kesungguhan anda untuk meluangkan masa bersama sidia... :p

pesan saya, pastikan jangan ikut ketempat2 yang tidak sepatutnya yea adik2.. xperlu nak berdua2 di tempat yang kononnya 'privacy'.. anda faham kan? jaga diri sendiri kerana pada pertemuan pertama dia masih orang asing yang belum anda tahu niat di hatinya

jika hari ini dia kata 'saya sayang awak'.. berdoalah semoga dia masih ada disisi ketika anda beranak tiga dan potongan badan telah ke abjad L
jika dia bersungguh membuktikan betapa pentingnya anda dalam hidupnya hari ini, berharaplah semoga dia menghargai ketika anda berhempas pulas menyelesaikan rutin rumah tangga sambil mengelek anak disisi
jika hari ini dia sanggup berbuat apa saja utk membuktikan kesetiaannya, semoga bila anda keletihan menjaga bayi baru dia sudi bangun membancuh susu

jadilah siapa pun yang anda mahu kerana akhirnya anda tetap memerlukan teman sebagai pasangan sepanjang hidup



xoxo

Wednesday, 2 February 2011

sofia's new buddy :p

seperti yang mama gigih 'list'kan kat n3 terdahulu, xsangka ayah tunaikan dgn cepat... pada hal mama xsempat pun lagi bagitau aka bodek2 kat ayah pasal ni..

apa2 pun, alhamdulillah.. rezeki sofia :p sofia dah dapat basikal.. yeay!

gambarnya belum sempat nak di transfer kat sini sebab tuan punya basikal masih sibuk menolak basikal kesana sini

nanti2 lah yea?

nanti kita sambung cerita, nak pujuk sofia masuk tido. sudah lewat bangat!..



p/s: hari ni 1 lagi hari yg menggembirakan :) doa saya dimakbulkan, alhamdulillah!



xoxo

Day 2 ~ my Favourite movie

erm rasanya banyak gak movie yg saya suka.. saya suka movie yang ada unsur2 love story, friendship, mudahnya yang bercorak ringan dan santai.

xda effect bom sana sini, gaduh2 yg melibatkan pertumpahan darah.. saya kurang tengok movie tempatan. kalau  ada pun mungkin ketika tayangan seminggu hari raya. pendek kata, saya belum terbuka hati untuk keluar beli cd semata2 sebab artis2 malaysia yang balik2 muka tu je berlakon.. esp kalau salah seorang nya ialah fasha sandha opppppsssssssss gossipin plak :p soriii!

antara movie yang saya suka :-

yang ni saya suka sebab pelakon nya khaterine heighl (ehh betul ke ejaan tu?).. selama ni dok follow grey anatomy. dalam cerita ni suka tengok koleksi baju2 pengapit yang dia simpan sampai xboleh tutup pintu almari. dia sendiri ada banyak pengalaman membantu menyiapkan majlis kahwin orang lain. tapi dia sendiri fail dalam bab mencari pasangan.siap ada konflik dgn adik dia sendiri.

cerita ni yang paling kerap saya ulang tengok dlm kategori relationship+cinta+blablabla best!

saya dan suami selalu ulang2 tengok cerita ni sampai nak hafal dah pun. lawak nya best dan kartun dia plak macam real je dgn kehidupan manusia. kira kalau bosan waktu petang, kami pilih movie ni untuk relaks2


 ini dah jadi favourite movie sofia yang akhirnya terjangkit kat saya. sofia enjoy part si chipmunks tu nyanyi2 jer. tapi saya suka sebab binatang tu comellll.. kalau saya nak bela boleh tak?

ditambah dengan kehadiran chippets plak, memang best untuk layan nyanyi sambil buat kerja rumah (curi2 lari ke dapur bila sofia leka tgk benda alah tu nyanyi )
kalau kategori movie lama2, saya pilih yang ni.. paling best bila dengar en gie ajuk 'run forrest, run...' dan ditukar kepada nama saya. esp bila dia nak suruh saya bersiap cepat nak keluar pergi shopping2 :p

rasanya banyak lagi movie lain yang saya suka, tapi saya pilih yang ini sebab atas alasan2 yang diberi. yea la kadang2 bila nak ngadap tv layan movie kena pertimbangkan selera orang lain kan? tu sebabnya ada movie favourite saya selain en gie dan my dear sofia..

movie ter baru yang saya tengok ialah ...... erk lama xpeprgi panggung wayang rupanya! sejak ada sofia langsung belum jejak kaki lagi.. bukan apa, rasanya xsesuai bawa baby ke situ. jadi tunggu aje la keluar cd xpun kalau ada sesapa yang download, kita tumpang je la :)


p/s: en gie bagitau kawan dia dah download 'green hornet' ... hiihhihhihihii tp best ker? jom gogel2 dl tgk pendapat mereka2 yang rajin ke panggung


xoxohttp://raihazi83.blogspot.com/2011/01/30-things-in-30-days-challenge.html

sunyi nya bila ..

salam buat semua yg sudi singgah sini.. terima kasih banyak2 yea :)

mod saya di kala ini ialah 'sunyi kesunyian'... sila fahamkan sendiri yea sayang2 semua hihihihihihi saya agak berbelit2 sembangnya sebab masalah diatas


'sunyinya saya bila en gie tiada disisi

sunyinya saya bila en gie bercuti tapi hanya menidurkan diri

sunyinya saya bila sofia tidur di tengah hari

sebabnya tiada teman untuk saling mengisi

waktu senggang saya sepanjang hari ..'


hehehehe macam pantun berkerat2. apa nak buat lagi ni? nak kemas rumah, semua dah selesai, kain baju dah bersidai, menu tengah hari dah siap.. tido? ohh tidakkkkkk saya xsuka bila bangun tido petang2 mood jadi celaru, badan makin letih. memang xbest!

erm.. saya nak gi jalan2 jap mencari blog2 menarik untuk menambah ilmu keibubapaan chehhhh ayat skema sungguh!...

nanti nak sambung n3 untuk 'Day 2' tunggu yea..


p/s: ke mana destinasi anda cuti panjang kali ni? saya xdpt balik kampung, huhuhuhu

p/s: to en gie, xpe lah saya faham!.. lain kali yea?



xoxo

Tuesday, 1 February 2011

thank you huggies ~

kegembiraan berganda ala2 double prosperity mc'd ( yg dah lama saya xmakan..)

semalam acik sue buat saya senyum, hari ni en huggies plak.. ehh en ker? ntah lalala

tapi bendanya di kulim at the moment sbb saya guna alamat rumah abah. leceh guna address sini sbb post box nya comeiii sgt. takut nt diorg tinggal kan je kat atas or luar post box.. ehh macam tu ker? saya pun xtau jadi xmau amik risiko barang hilang..

(berfikir jap....)erk, tapi bukan ker ada satu barang tu saya guna alamat sini? ohhhhhh (sambil bertawakal)

nanti kalau dah ada bendanya depan mata saya akan uplooad gambarnya pulak. insya Allah

saya dapat mainan tu sbb redeem point pampers huggies sofia (campur ehsan pemberian kaklong :p ) dah redeem 3 mainan. ingat nak bagi kat kaklong 1 nanti, harus la kan sebab ada sumbangan hehehehe


harap2 esok ada 1 lagi berita gembira buat saya :)


xoxo

p/s: saya ada azam baru iaitu untuk bercd secara ekslusif ..hehehehe kasihan en huggies, mereka akan kehilangan seorang pengguna aka pembeli hihihihihihihi

Day 1 ~ my favourite song


sekarang ni sangat suka dgr lagu ni.. sebenarnya kalau nak di ikutkan semua lagu en mz ni saya suka :)

mula2 dulu asyik dok ulang nyanyi 'for the rest of my life'.. siap berangan en gie dedicate lagi ni hehehee pastu sejak sofia minat lagu ni, saya pun terjangkit sama.

lirik dia bagus, memotivasikan sesiapa yg mendengar dan menghayati

'jangan putus harap dgn Allah, berdoalah.. dia maha mendengar rintihan hambaNya..'


p/s: sofia pandai ikut part chorus aje. 'Insya Allah' tp ikut versi sofia la :)




xoxohttp://raihazi83.blogspot.com/2011/01/30-things-in-30-days-challenge.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...