me .. myself .. mine ..

My photo
Langkawi, Malaysia
sharing story of our small family ..

him & her

Daisypath Next Aniversary Ticker

our 1st junior

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday 31 August 2011

wordless wednesday : mood raya 2011

selamat hari raya. maaf zahir batin dari sofia, ann & gie :)







testing baju raya 2 hari sebelum raya :)




xoxo



Tuesday 30 August 2011

raya depan tv sambil makan biskut raya

assalamualaikum ..

alhamdulillah pagi syawal buat kami 3 sekeluarga amat bermakna tahun ni :) saya dapat bersolat sunat aidilfitri setelah banyak tahun xjoin.


*reason : sibuk iron baju kemas rumah pagi raya. tu zaman excited nak raya x fikir nak rebut pahala. aduhaiiii.. noob sungguh masa tu huhuuhuhuhuhuhu


mandi sunat pagi raya, pakai baju bersih yang cantik dan wangi2 memang terbaik. sofia siap pakai tudung yang en suami beli kat pasar payang 2 3 bulan lepas :) gambar di n3 seterusnya insya Allah :)

kami pergi 3 beranak bersolat sunat di surau bandar puteri jaya. kami ke surau berdekatan sebab xnak bazir masa drive jauh2 tapi xsempat berjemaah sebab lewat. *salah sendiri kalau lewat, keluar rumah pun dah nak dekat 8.30am :p


raya pertama kami berulang alik ke kedai beli itu ini perkakas masak yang xcukup-cukup. si tukang masak di pagi raya dah ditanya dari semalam senarai barang yang nak dibeli tapi katanya semua dah ada dan cukup. mujur ada gak kedai yang sudi berbakti di pagi raya. dah tentu2 pemilik kedai nya cina kalau bukan india hahahahahaha kalau diorang pun pakat beraya, haru!

rombongan raya sesi pagi ialah anak2 yang mak bapaknya xbalik kampung sebab ayah keja pagi raya, mak baru keluar hospital bersalin adik kedua jadi raya kat sini aje dll

termasuk la satu kumpulan yang sampai hampir pukul 12, perut dah kenyang dengan ketupat dan lemang selamba berterus terang 'kami mai ni xmau makan dah..' :D sabar je la. memang dah sedia maklum motif budak2 ni merayau dari pagi ke setiap rumah. tapi bila terlalu straight to the point, terkedu sekejap jadinya :)


sepanjang hari terpaksa mengadap tv sebab xkeluar beraya ke mana2. bosan jangan tanya la .. mau kena perli pedas punya. dah petang sikit baru la sepupu en suami datang sebiji kereta. saya jadi emo bila teringat betapa bezanya beraya di rumah sendiri. kalau x kita yang pergi beraya, tetamu xputus2 datang ke rumah. pendek kata saya xbiasa sunyi di hari raya. malamnya kami pakat pandang sama sendiri. makan nasi dan lemang yang dibeli


syahdunya raya tahun ni.. dah la xberjalan beraya kemana2. saya masih belum dapat merasa ketupat daun palas santapan rutin setiap 1 syawal saban tahun. masa teringat fakta penting ni air mata memang bergenang je. serius x tipu.. saya yang sedih saya jugak yang pujuk en suami 'xpe lah, harap2 esok kita beraya gi mana2 dapat la jumpa ketupat palas. kita makan puas2 naa..'


erm tu aje la.. n3 raya saya tahun ni memang xmenarik. harap2 esok ok la, aminnn



p/s :  mak. tolong reserve kan ketupat palas seketul dua buat anakanda yang jauh di mata ni yea huhuhuhuhu





xoxo


Monday 29 August 2011

disini atau di sana sama saja ..

assalamualaikum..

turn beraya tahun ni di mana? bersama keluarga kita atau bersama mertua, bagi saya sama saja. keduanya tetap keluarga. sama penting sama bermakna

bagi yang ikut beraya ke rumah mertua, tawakal dan redha. minta2 pahala besar kita sebab ikut suami hehehehehe senyum jangan lupa. hulur tangan tolong apa yang perlu

family mertua pun harap2 nya faham kalau kita xpandai bawak diri. esp yang masih baru dalam keluarga mertua. kalau nak bantuan, bersuara lah. dan jangan ingat semua manusia boleh faham sendiri tanpa diberitahu. xnak lah nanti menantu dipulaukan sebab xmenolong di dapur. padahal niat menantu xnak mengganggu menyempitkan dapur yang kecil. sebab peel sesetengah kita kalau memasak di dapur xsuka diganggu. jadi ada banyak kemungkinan lain di situ. tu sebabnya kedua pihak kena bersuara


hmmm lama membebel nak pi dapur lah pulak.. jenguk dan bantu apa yang perlu :)




xoxo




p/s : selamat hari raya.. maaf zahir batin :)




Sunday 28 August 2011

bila semua jadi xkena ..



perut lapar hati panas

badan letih cepat marah

kepala berat semua nak cepat

bila perut kosong memang manusia kurang sabar ..



Saturday 27 August 2011

ramadhan + mercun = teman sejiwa

assalamualaikum ..

bila cakap pasal raya, kaitan paling sesuai mesti la budak2. xkira la puasa penuh atau tak, excited diorang boleh kalah excited wakil rakyat menang tanpa bertanding hihhihihihi *apa punya perbandingan ntah ..


senarai nama yang putus jari sebab mercun, xmau cerita la. tiap2 tahun masuk paper cerita yang sama tapi minggu pertama puasa tetap ada yang berlawan nak masuk carta. boleh senyum lebar sambil tunjuk tangan kudung, yb kawasan bergambar sama. happy sebab dapat duit raya dari yb ke? atau bangga dapat masuk paper muda2 lagi ..? nak tunjuk contoh sedasyat mana lagi kat budak2 ni baru diorang insaf dan xperabih duit kat penjual mercun dan bunga api? mai pikiaq sat.. bukan apa, takut nanti anak kita pun dok berguling meraung histeria mintak benda yang sama. haru haihhh...


pelik bila 'mereka2' tu gigih buat serbuan dan rampasan tapi benda2 ni still berlambak kat pasar malam dan bazar ramadhan. nak kata yang pegi bazar ramadhan tu xda sorang pun yang bekerja di sektor 'tu' macam xlogik la pulak.. betul tak?


semua orang boleh nampak kesan buruk benda2 macam ni jadi jangan la di ikut permintaan anak2 sangat. kalau kita terdorong untuk membeli, tu la bukti nyata yang anak2 dah berjaya mengawal kewibawaan kita sebagai ibu bapa dalam menentukan baik buruk setiap pilihan. xmalu ke kalau anak dah hilang jari, baru la kita tepuk dahi menyesal 'kenapa la aku pi beli benda ni.. kalau beli benda makan pun dah boleh dapat 2 3 menu iskhhhh...'



time tu sedara mara dan jiran pun malas nak kata apa. nak salahkan anak, diorang bukan tau apa sangat. nak berleter kat mak bapak silap hari bulan kita pun masuk hospital sama. hahahahahahaahaha paham2 lah yea :)



ramadhan dah hampir penghujungnya. mak bapak tolong pantau kegiatan anak. cuaca pun kerap hujan sepanjang hari. banyak kemungkinan buruk boleh terjadi. xmau la nanti kawan2 sibuk beraya, anak kita dok berselimut depan tv gara2 demam main hujan. kita nak berjalan sana sini pun xsedap hati.. kan?

minta maaf kalau ada yang kata saya salahkan mak bapak bila terjadi hal buruk kat anak2. x, x, x .. bukan macam tu..saya sekadar mengingatkan diri sendiri supaya lebih peka dan tegas dalam mendidik anak2 insya Allah. biar kita dikata mak bapak yang xsporting daripada terpaksa berulang alik hantar nasi kat hospital sambil termenung tengok tangan anak kudung sebelah




kawan2 riuh rendah kutip duit raya, awak duduk diam2 tunggu orang datang rumah yea ..


kita sentiasa nak yang terbaik untuk mereka, anak2 kita. biarlah kita beringat sebelum kena. x apa kalau diorang merajuk masam muka bila kita xbeli mercun meriah warna. xberdosa pun kalau kita kunci pintu sorok belakang pasu bila cuaca mendung awan berat angin kuat. jangan takut untuk tanya apa aktiviti diorang


kita sebagai mak bapak lebih tahu apa yang terbaik untuk anak2. ambil masa untuk bertenang dan jangan terlalu ikut cakap anak yang ada masanya xsesuai dengan keadaan tertentu


selamat beraya sakan sambil jaga keselamatan :) renung2kan dan selamat bergembira






xoxo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...